SINOPSIS
KESELURUHAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI
Isi
tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis
novel berikut.
Suasana di koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat
seorang pembantu kedai dan tiga orang ___(1)___
sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Seorang pelajar lelaki
mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh seorang ahli lemaaga
pengarah. ___(2)___ masuk ke koperasi itu dan memaklumkan kepada ahli lembaga
pengarah bahawa pada petang itu akan diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan
ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat
telah membuat keputusan bahawa ___(3)___
telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.
___(4)__ berasa tidak puas hati kerana
tidak dipilih sebagai Penolong Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong
dan Silvam. Dia dan kawan-kawannya, Leong dan Silvam, mula ___(5)___ dengan
Razali. Kemarahan Munir bertambah apabila seorang pelajar baharu sekolah mereka
rapat dengan Razali. Di samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang
lain cuba menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas. ___(6)___ akan diadakan atas dasar
kebajikan dan untuk kebaikan murid-murid.
Sikap Munir yang sering tidak __(7)__
kerja sekolah, mengganggu pelajar perempuan, dan tidak melaksanakan
tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru
kaunseling sekolah itu, iaitu ___(8)___.
Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir berjanji
tidak akan berbuat demikian lagi. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut
menyebabkan Munir menajdi lebih marah dan menuduh Razali yang ___(9)___ perkara
itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membalas
dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap sebagai penghalang
hasrat mereka untuk merapati ___(10)___ dan ___(11)___
Petang itu, Razali ___(12)___ oleh
Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee lan, dan Saridedevi yang terjumpa dengan
Razali di tempat kejadian itu ingin ___(13)__ perkara itu kepada Cikgu Zulkifli
tetapi dilarang oleh Razali. Razali tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah
tirinya. Ketika sampai di rumahnya, ibunya terkejut melihat keadaan Razali.
Razali menceritakan perlakuan Munir terhadapnya. Ayah tiri Razali iaitu ___(14)___
ternampak akan keadaan Razali lantas menyalahkan Razali sebagai anak yang
sombong sehingga dipukul oleh orang lain. ___(15)___ mempertahankan anaknya.
Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin bersama dengan ayah kandungnya.
Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak Sopiah tetapi ibunya enggan
menceritakannya kerana perkara tersebut merupakan sejarah hitam buat Mak
Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan Silvam dihukum ___(16)___ kerana membelasah
Razali.
Razali telah menerima tawaran untuk
mengikuti kursus ___(17)___ bersama wakil koperasi-koperasi sekolah di Malaysia
di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah membuka mata Razali tentang
koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia. Selepas dia pulang dari kursus
itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang pertandingan koperasi anjuran
___(18)___. Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah
bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak mahu memberikan kerjasama dan
memilih untuk ___(19)___. Walau bagaimanapun, dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli
untuk melakukan tugas. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia ternampak ___(20)___
itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir dan rakan-rakannya merancang sesuatu
bagi membalas dendam terhadap Razali. Suatu malam, koperasi telah diceroboh
masuk. Kesesokan harinya, apabila koperasi dibuka, Razali mendapati kedai semua
barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak ___(21)___ telah dicuri.
Dia melaporkan kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat tetapi tiada
kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan
Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam ___(22)___ Razali yang memecah masuk koperasi
kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini kepada Pak Zakaria. Pak
Zakaria berasa amat marah lalu ___(23)___ Razali daripada rumah tetapi
dihalang oleh Mak Sopiah.
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai
koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan Marzuki bahawa Koperasi dicerobohi
lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan
untuk ___(24)___ dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya, pihak sekolah
telah dapat ___(25)___, iaitu Munir.
Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama nombornya
dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang ___(26___). Sebagai hukuman, Munir telah
dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan ___(27)___ selama seminggu. Munir mula sedar
akan kesalahannya dan meminta maaf kepada Razali dan keluarganya.
Keputusan pertandingan Koperasi telah
diumumkan. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan
telah mendapat __(28)__. Pihak sekolah
dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga dengan kejayaan
mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak Zakaria.
Kemudian, mereka terjumpa dengan __(29)__, iaitu bapa kepada Ramlah. Mereka
bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau
menjemput mreka ke bilik pejabatnya. Pak Ramli menceritakan hubungan mereka
bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah dan ___(30)___ kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat
terkejut lalu mencadangkan untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak
menyangkakan kejayaan koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan
adiknya.
Pilihan Jawapan
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)
bermain bola
kunci koperasi
RM200
Menuduh
Cikgu Zulkifli
|
memeriksa beg
digantung sekolah
Johan
Pak Ramli
ayah kandung
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
|
Razali
Munir
Berdendam
Menyiapkan
Bilik bacaan
Cikgu Muniam
Mengadukan
|
Koperasi
Menghalau
Bertanda ‘K’
Menangkap
Swee lan
Saridevi
dibelasah
|
Melaporkan
Mak Cik Sopiah
Pak Zakaria
rotan
|
3 ulasan:
Tp byk koperasi sekolah skrg menjalankan perniagaan yg melanggar perjanjian sewa kantin sekolah dan mengetepikan undang² KPM.
Byk koperasi dgn sengaja mengajar pelajar utk berniaga secara tak sah
Rujuk blog sy
https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/kantin-sekolah.html?m=1
Boleh dapatkan jawapan sekali?
Novel ini dari cerita koperasi kepada cerita hidup
Catat Ulasan