LATIHAN PERIBAHASA
Fahami petikan
di bawah ini. Gunakan frasa yang sesuai
untuk melengkapkan perenggan yang berikut.
indah
khabar daripada rupa
ada
udang di sebalik batu
bertanam
tebu di bibir
sudah
jatuh ditimpa tangga
cepat
kaki, ringan tangan
darah
baru setampuk pinang
air
yang dingin juga yang dapat memadamkan api
bagai
kaca terhempas ke batu
Yana dan Yani merupakan
adik-beradik kembar. Namun begitu, sikap
mereka berbeza. Yana seorang yang
penyabar, manakala Yani agak pemarah. Yana
akan bercakap lembut dengan Yani untuk meredakan kemarahannya, bak kata orang
____(1)____.
Sejak akhir-akhir ini,
hubungan mereka agak renggang. Puncanya ialah
tindakan Yani yang menerima pelawaan rakan lamanya, Zetiy untuk berhijrah ke
Kuala Lumpur. Zety yang bermulut manis
itu pula bijak memujuk Yani agar mengikutnya.
Yana yang mengesyaki sesuatu cepat-cepat menasihati Yani. Bagi Yana, Zety itu mungkin ____(2)___ kerana
selama ini hubungan Zety dan Yani tidak begitu rapat.
“Usahlah Yani ikut Zety ke
Kuala Lumpur. Sebelum ini, dia
jarang-jarang menghubungi kamu. Tetapi,
kali ini tiba-tiba sahaja dia hendak mengajak kamu ke bandar besar itu. Entah-entah ____(3)____,” nasihat Yana.
“Jangan berburuk sangka,
kakak. Menurut Zety, kami akan mendapat
pekerjaan yang bagus di sana. Yani
ditawarkan bekerja sebagai eksekutif akaun,” balas Yani.
“Eksekutif akaun? Walaupun ____(4)____ kamu mendapat tawaran
sebagai eksekutif akaun? Jangan mudah
terpedaya oleh kata-kata Zety itu, Yani,” nasihat Yana lagi.
Yani tidak memperdulikan
kata-kata kakaknya. Dia tetap mahu
mengikut Zety ke Kuala Lumpur. Dia ingin
meraih pendapatan bulanan yang tinggi. Dia
percaya bahawa jika dia ____(5)____ ,
pasti dia akan mendapat kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Setibanya di Kuala Lumpur,
Yani berasa amat kecewa dan hatinya ____(6)____.
Jawatan yang ditawarkan kepadanya hanyalah kerani pejabat. Bangunan pejabat itu pula ____(7)___ kerana
bangunan itu agak usang keadaannya.
2 ulasan:
jawapan?
Jawapan
Catat Ulasan