HALAMAN 2

Sabtu, 29 Jun 2019

LATIHAN MELENGKAPKAN PETIKAN DENGAN PERIBAHASA

LATIHAN PERIBAHASA
                          

Fahami petikan di bawah ini.  Gunakan frasa yang sesuai untuk melengkapkan perenggan yang berikut.


indah khabar daripada rupa
ada udang di sebalik batu
bertanam tebu di bibir
sudah jatuh ditimpa tangga
cepat kaki, ringan tangan
darah baru setampuk pinang
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

bagai kaca terhempas ke batu



                     Yana dan Yani merupakan adik-beradik kembar.  Namun begitu, sikap mereka berbeza.  Yana seorang yang penyabar, manakala Yani agak pemarah.  Yana akan bercakap lembut dengan Yani untuk meredakan kemarahannya, bak kata orang ____(1)____.

                     Sejak akhir-akhir ini, hubungan mereka agak renggang.  Puncanya ialah tindakan Yani yang menerima pelawaan rakan lamanya, Zetiy untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.  Zety yang bermulut manis itu pula bijak memujuk Yani agar mengikutnya.  Yana yang mengesyaki sesuatu cepat-cepat menasihati Yani.  Bagi Yana, Zety itu mungkin ____(2)___ kerana selama ini hubungan Zety dan Yani tidak begitu rapat.
                    
                     “Usahlah Yani ikut Zety ke Kuala Lumpur.  Sebelum ini, dia jarang-jarang menghubungi kamu.  Tetapi, kali ini tiba-tiba sahaja dia hendak mengajak kamu ke bandar besar itu.  Entah-entah ____(3)____,” nasihat Yana.

                     “Jangan berburuk sangka, kakak.  Menurut Zety, kami akan mendapat pekerjaan yang bagus di sana.  Yani ditawarkan bekerja sebagai eksekutif akaun,” balas Yani.
                     “Eksekutif akaun?  Walaupun ____(4)____ kamu mendapat tawaran sebagai eksekutif akaun?  Jangan mudah terpedaya oleh kata-kata Zety itu, Yani,” nasihat Yana lagi.

                     Yani tidak memperdulikan kata-kata kakaknya.  Dia tetap mahu mengikut Zety ke Kuala Lumpur.  Dia ingin meraih pendapatan bulanan yang tinggi.  Dia percaya bahawa jika dia  ____(5)____ , pasti dia akan mendapat kenaikan pangkat yang lebih tinggi. 

                     Setibanya di Kuala Lumpur, Yani berasa amat kecewa dan hatinya  ____(6)____.  Jawatan yang ditawarkan kepadanya hanyalah kerani pejabat.  Bangunan pejabat itu pula ____(7)___ kerana bangunan itu agak usang keadaannya.

                     Yani berasa kesal.  Dia ingin pulang ke kampung semula.  Namun dia ibarat ___(8)____.  Beg tangannya diragut oleh penunggang motosikal ketika dia berjalan di kaki lima jalan raya.  Yani menangis mengenangkan nasibnya yang malang.