SKEMA JAWAPAN – RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN SET 2
SKEMA RUMUSAN:
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah
menghidupkan semangat kejiranan dan kepentingannya.
Isi tersurat- cara-cara menghidupkan semangat kejiranan
- Masyarakat digesa untuk menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga
- Mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan orang ramai
- Kerajaan mengadakan Kempen Kesedaran Semangat Kejiranan
- Penggunaan media massa (seluas mungkin) dengan iklan yang menarik terhadap isu ini
- Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan penting dalam kehidupan masyarakat
- Ketua penduduk perlulah memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni
- Ketua penduduk perlu sentiasa mengambil berat terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah.
- Ketua penduduk mesti memikirkan cara-cara mengukuhkan hubungan kejiranan
Isi tersirat – kepentingan semangat kejiranan
- Mewujudkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu
- Mewujudkan masyarakat penyayang
- Membanteras kes jenayah dan masalah social
- Mewujudakan sikap hormat-menghormati/toleransi
- Mewujudkan semangat cinta akan tanah air
- Mewujudkan keamanan dan kemajuan negara
Kesimpulan:
Semua pihak harus mengambil perhatian serius terhadap amalan
semangat kejiranan agar rakyat dapat hidup sejahtera.
SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN TEKS.
(i) Maksud rangkai kata ditangani secepat mungkin ialah diatasi/diselesaikan dengan segera
(ii) Punca-punca semangat kejiranan semakin pudar di
bandar-
- Gaya hidup masyarakat yang setiasa sibuk dengan
pekerjaan masing-masing
- kemajuan tekonologi seperti telefon bimbit,
internet serta faksimili menyebabkan anggota masyarakat kurang berinteraksi
antara satu sama lain
- Corak kehidupan yang bersikap individualistik
- Taggapan bahawa hidup berjiran tidak penting
(iii) KBAT- apa
yang harus anda lakukan untuk mengeratkan hubungan dengan jiran
- Sentiasa bertegur sapa/bertanya khabar
menunjukkan keprihatinan antara satu sama lain
- Bertukar-tukar juadah sesama jiran terutama pada
hari perayaan seperti Hari Raya supaya hubungan silaturahim dan kemesraan dapat
terjalin
- Bertolak ansur dan bertoleransi supaya tidak
menimbulkan persengketaan dengan jiran
- Amalan kunjung-mengunjung ke rumah jiran
terutama ada hari perayaan supaya wujud kemesraan dan berkenal-kenalan.
- Menziarahi jiran yang sakit untuk menunjukkan
sikap mengambil berat
- Tolong-menolong ketika jiran dalam kesusahan
supaya hubungan rapat sesama jiran
1 ulasan:
Ulasan ini sangat membatu iya juga bole dijadikan bahan rujukan
Catat Ulasan