HALAMAN 2

Jumaat, 14 Februari 2020

Latihan Esei Novel Darah Titik Di Semantan - Pengajaran

Latihan 2 - Pengajaran


Setelah mengkaji novel dalam tingkatan 2, anda mendapati banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.  Huraikan pengajaran-pengajaran tersebut dengan contoh yang jelas.


        Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 2 ialah novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani. 

        Terdapat banyak   pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.  Antaranya ialah  kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang  menentang musuh yang ingin menjajah tanah air kita yang dicintai.  Contohnya ialah peristiwa  Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja  dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi  mempertahankan Semantan dan tanah air yang dicintai.

       Selain itu, juga kita hendaklah bersikap berani menentang anasir atau penjajah yang cuba mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian negara kita.  Sebagai contoh, peristiwa Datuk Bahaman berani menentang Inggeris yang cuba menangkapnya dengan mendirikan rumah pasung di hadapan rumahnya. Contoh yang lain ialah, empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad juga dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha keras untuk menjayakan usaha mengusir mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris yang diketuai oleh Owen dan Syres   dengan mendirikan kubu mereka sendiri di Lubuk Senggarat.

       Seterusnya terdapat juga pengajaran  kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan yang diingini.  Contohnya,  Zahid, Rahman, Samad dan Awang Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk Senggarat.  Penduduk kampung juga sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk Bahaman dalam usaha mngusir penjajah Inggeris dari negeri Pahang.

      Akhir sekali, kita hendaklah bijaksana dalam mengatur strategi untuk menentang musuh supaya mencapai kejayaan yang diingini. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Akhir sekali terdapat juga nilai kebijaksanaan.  Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai besi dan menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik.  Datuk Panglima Raja pula bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.
    


       Kesimpulannya, memang terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan dalam novel ini.



10 ulasan:

Blogger berkata...

If you're trying to burn fat then you absolutely need to start using this brand new personalized keto meal plan diet.

To produce this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and cooks have united to provide keto meal plans that are effective, suitable, cost-efficient, and delicious.

Since their launch in January 2019, hundreds of people have already remodeled their figure and health with the benefits a certified keto meal plan diet can provide.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones offered by the keto meal plan diet.

Unknown berkata...

Lol

Unknown berkata...

Salah cok,cgu Rabi'ah btul

Unknown berkata...

Tiru jawapan ujian dulu

Unknown berkata...

😅

Tanpa Nama berkata...

Oo kau curik eh

Unknown berkata...

Bagus sekali

fina berkata...

ok

Tanpa Nama berkata...

hmu XD

Tanpa Nama berkata...

boleh ni untuk UASA HAHAHA