Setelah mengkaji novel dalam tingkatan 2, anda mendapati banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Huraikan pengajaran-pengajaran tersebut dengan contoh yang jelas.
Novel yang telah saya pelajari dalam
tingkatan 2 ialah novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani.
Terdapat banyak pengajaran yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan. Antaranya ialah
kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan
tanah air dan sanggup berjuang menentang musuh yang ingin menjajah tanah
air kita yang dicintai. Contohnya ialah
peristiwa Datuk Bahaman, Datuk Panglima
Raja dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah
air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah
Inggeris demi mempertahankan Semantan dan tanah
air yang dicintai.
Selain itu, juga kita hendaklah bersikap
berani menentang anasir atau penjajah yang cuba mengancam keselamatan, keamanan
dan keharmonian negara kita. Sebagai
contoh, peristiwa Datuk Bahaman berani menentang Inggeris yang cuba
menangkapnya dengan mendirikan rumah pasung di hadapan rumahnya. Contoh yang
lain ialah, empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad
juga dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha
keras untuk menjayakan usaha mengusir mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris
yang diketuai oleh Owen dan Syres dengan mendirikan kubu mereka
sendiri di Lubuk Senggarat.
Seterusnya terdapat juga pengajaran kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk
melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan yang diingini.
Contohnya, Zahid, Rahman, Samad dan Awang
Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah
Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk Senggarat. Penduduk
kampung juga sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk Bahaman dalam usaha
mngusir penjajah Inggeris dari negeri Pahang.
Akhir sekali, kita
hendaklah bijaksana dalam mengatur strategi untuk menentang musuh supaya
mencapai kejayaan yang diingini. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak
dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Akhir sekali terdapat juga nilai kebijaksanaan. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam
usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai besi dan
menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik. Datuk Panglima Raja pula bijak menggunakan
helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.
Kesimpulannya, memang terdapat banyak pengajaran yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan dalam novel ini.
10 ulasan:
If you're trying to burn fat then you absolutely need to start using this brand new personalized keto meal plan diet.
To produce this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and cooks have united to provide keto meal plans that are effective, suitable, cost-efficient, and delicious.
Since their launch in January 2019, hundreds of people have already remodeled their figure and health with the benefits a certified keto meal plan diet can provide.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones offered by the keto meal plan diet.
Lol
Salah cok,cgu Rabi'ah btul
Tiru jawapan ujian dulu
😅
Oo kau curik eh
Bagus sekali
ok
hmu XD
boleh ni untuk UASA HAHAHA
Catat Ulasan