NOTA & LATIHAN PKP
TATABAHASA
LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat )
Cerakinkan
setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.
1. Ayah
mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1: ayah mencuci kereta di halaman rumah
Ayat 2: ibu
memasak rendang di dapur
2. Salina
yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital
Sungai Buloh petang semalam.
3. Ayat 1: Salina telah meninggal dunia
4. Ayat 2:
Salina menderita penyakit kanser tahap empat
5. Pekerja-pekerja asing menjadi pilihan banyak majikan di
negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.
Ayat 1: pekerja-pekerja
asing menjadi pilihan banyak majikan di negara
ini
Ayat 2: pekerja
asing sanggup menerima upah ya ng lebih
rendah
6.
Adakah Encik Amran hendak ke Muzium
Negara atau ke Putrajaya.
Ayat 1: Encik Amran hendak ke Muzium Negara
Ayat 2: Encik
Amran hendak ke Puterajaya
7.
Pendebat itu petah berhujah dan bijak
mematahkan hujah lawan.
Ayat 1: pendebat
itu petah berhujah mematahkan hujah
lawan
Ayat 2: pendebat itu bijak mematahkan
hujah lawan
8.
Siswazah yang berpandangan jauh
tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1: Siswazah tidak
mengharapkan kerja makan
gaji sahaja
Ayat 2: Siswazah
berpandangan jauh
9.
Semua anggota masyarakat hendaklah
saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1: semua anggota masyarakat hendaklah
saling menghormati
Ayat 2:
kehidupan rakyat di Negara ini bertambah harmoni
10. Walaupun
jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan
masanya untuk bertemu dengan penduduk setempat.
Ayat 1: jadual
kerja pemimpin besar itu padat
Ayat 2: beliau masih dapat meluangkan masa
untuk bertemu dengan penduduk
setempat
11. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan
faedah yang banyak kepada murid-murid.
Ayat 1: aktiviti
kokurikulum memberikan faedah yang banyak
kepada murid-murid
Ayat 2: aktiviti
kokurikulum dilaksanakan di
sekolah
12.Sumbangan sektor perindustrian terhadap
kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi malah perlu
diberikan fokus utama dari semasa ke
semasa.
Ayat 1: Sumbangan sektor perindustrian terhadap
kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi
Ayat 2: Sumbangan sektor
perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia perlu diberikan fokus utama dari semasa ke semasa.
13.Pembeli yang memenangi
cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti
ketuhar.
14.Ayat 1: pembeli itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti
ketuhar.
Ayat 2: pembeli itu memenangi
cabutan bertuah.
15.Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk
dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1: produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk
dikomersialkan ke peringkat antarabangsa
Ayat 2: produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi
16.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
Ayat 2: perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19
17.Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana
melanggar arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Ayat 1: setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa
Ayat 2: ramai orang awam melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
18.Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat
cermat semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat
cermat semasa berbelanja
Ayat 2: sebagai
pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya menabung wang
LATIHAN PENGUKUHAN 2:
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
1. Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran
yang sukar oleh sesetengah pelajar.
Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh
sesetengah pelajar.
Jawapan: Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran
yang sukar manakala mata pelajaran Seni dianggap mata
pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
2. Buku cerita itu sangat tebal. Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang
diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Jawapan: Buku cerita yang dibeli bersempena pesta buku yang diadakan
di Plaza Angsana, Johor Bahru itu
sangat tebal.
3. Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu
dalam tempoh yang ditetapkan. Latihan
Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.
Jawapan: Para pelajar perlu menyiapkan latihan
Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Kalsom dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang
ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP). Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan
diri.
Jawapan: Dalam usaha mengawal jangkitan virus
Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan
Pegerakan(PKP). dan perlu sentiasa menjaga
kebersihan diri.
5. Kemalangan
ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.
Kemalangan itu berlaku di Jalan Kemboja.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:
Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Kemboja itu melibatkan beberapa
buah kenderaan dan menyebabkan kesesakan jalan raya.
6. Golongan muda tidak sepatutnya
lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban. Warga tua berkorban membangunkan negara
tercinta.
Jawapan: Golongan muda tidak
sepatutnya lupa akan jasa warga tua kerana warga tua telah banyak berkorban untuk
membangunkan negara tercinta.
7. Murid perempuan itu telah
menerima Anugerah Tokoh Kurikulum. Dia
berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami
kecederaan di bahagian kaki.
Jawapan: Murid perempuan itu
telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum kerana
berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan walaupun telah mengalami kecederaan di bahagian kaki
8. Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan
utama. Pokok-pokok tersebut mengindahkan
pemandangan persekitaran. Pokok-pokok
tersebut membekalkan oksigen.
Jawapan: Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan
utama untuk mengindahkan pemandangan
persekitaran dan membekalkan oksigen.
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca
panas. Kemarau berpunca daripada
kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan
tanah kering kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak
yang mati. Kegiatan manusia juga
terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau
mmenyebabkan air terpaksa dicatu.
Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan
perumahan. Hal ini dapat mengurangkan
masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat. (6 markah)
Jawapan:
1. Kemarau ialah bencana alam yang berpunca
daripada cuaca panas dan kurangnya
hujan.
2. Kemarau bukan sahaja
menyebabkan tanah kering kontang dan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati
malah
kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.
3. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan
Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
kembali pada soalan
6 ulasan:
Terima Kasih Cikgu kerana mengongsikan nota dan latihan. Mohon izin untuk menggunakannya sebagai latihan.
Terima kasih atas perkongsian. Mohon izin untuk menggunakannya sebagai latihan.
tkasih mohon share
Terima kasih atas pengkonsian. Mohon izin guna sebagai latihan
nicee
Catat Ulasan