OBJEKTIF:
1. Murid
dapat mengenal pasti stuktur ayat aktif dan ayat pasif
2. Menukar
ayat aktif kepada ayat pasif dengan betul.
3. Menukar
ayat pasif kepada ayat aktif dengn betul
SET
1
Teliti ayat-ayat dibawah
dan kenal pasti jenis ayat pasif dan tukar ayat-ayat tersebut kepada ayat
aktif.
Ayat pasif dengan ganti
nama diri pertama dan kedua
Ayat pasif dengan ganti
nama diri ketiga
1.
Amalan
menabung atau menyimpan wang perlu dilatih oleh ibu bapa sejak anak-anak masih
kecil. ( Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga )
Ayat aktif: Ibu bapa perlu melatih amalan menabung
atau menyimpan wang sejak anak-anak masih kecil.
2.
Sijil-sijil penyertaan bagi program kecemerlangan
itu telah ditandatangani oleh Tuan Pengetua semalam. (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga)
Ayat aktif: Tuan Pengetua telah menandatangani
sijik-sijil penyertaan bagi program kecemerlangan itu semalam.
3.
“Semua SOP perlu anda patuhi semasa menunggu
giliran untuk menerima vaksin di pusat kesihatan,” kata pegawai kesihatan itu.
(Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua)
Ayat aktif: “Anda perlu mematuhi semua SOP semasa
menunggu giliran untuk menerima vaksin di pusat kesihatan, ” kata pegawai
kesihatan itu.
4.
Diri sendiri harus dilengkapkan oleh para siswazah
dengan pelbagai kemahiran sebelum menceburi sesuatu kerjaya. (Ayat pasif dengan
ganti nama diri ketiga )
Ayat aktif: Para siswazah harus melengkapkan diri
sendiri pelbagai kemahiran sebelum menceburi sesuatu kerjaya.
5.
Perkemahan Kadet Polis yang akan diadakan pada
minggu hadapan akan kami sertai untuk meningkatkan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran. (Ayat pasif dengan ganti
nama pertama)
Ayat aktif: Kami akan menyertai perkemahan Kadet
Polis yang akan diadakan pada minggu hadapan untuk meningkatkan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran.
6.
Borang-borang permohonan untuk menyertai
pertandingan Pidato ini perlu saya teliti terlebih dahulu sebelum menyenaraikan
calon yang layak. (Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama)
Ayat aktif: Saya perlu meneliti borang-borang
permohonan untuk menyertai pertandingan Pidato ini terlebih dahulu sebelum
menyenaraikan calon yang layak.
7.
“Taklimat pelaksanaan program itu perlu segera awak hadiri jika hendak mendapat
peluang untuk menyertainya,” kata kerani itu kepada saya. (Ayat pasif dengan ganti
nama diri kedua)
Ayat aktif: “Awak perlu segera menghadiri taklimat
pelaksanaan program itu jika hendak mendapat peluang untuk menyertainya,” kata
kerani itu kepada saya.
8.
Segala cabaran akan aku hadapi walau sebesar
manapun demi mencapai cita-cita dan kejayaan pada masa hadapan. (Ayat pasif
dengan ganti nama diri pertama)
Ayat aktif: Aku akan menghadapi segala cabaran walau
sebesar manapun demi mencapai cita-cita dan kejayaan pada masa hadapan.
9.
Pinjaman bank terpaksa dibuat oleh Encik Sofian
untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar. (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga)
Ayat aktif: Encik Sofian terpaksa membuat pinjaman
bank untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar.
10.
Kaedah-kaedah untuk menghasilkan karangan yang yang
baik telah diterangkan oleh cikgu Halim kepada murid-muridnya. (Ayat pasif
dengan ganti nama diri ketiga)
Ayat aktif:
Cikgu Halim telah menerangkan kaedah-kaedah untuk menghasilkan karangan yang
baik kepada murid-murid.
11.
“Segala titah perintah tuanku akan patik laksanakan
dengan sebaik mungkin,” kata laksmana kepada Sultan Melaka. (Ayat pasif dengan
ganti nama diri kedua)
Ayat aktif:
“Patik akan melaksanakan segala titah perintah tuanku dengan sebaik mungkin,”
kata laksmana kepada Sultan Melaka.
12.
Pelaksanaan Perintah kawalan Pegerakan Bersyarat
(PKPB ) yang akan dilaksanakan di Selangor bermula esok telah diumumkan oleh
Menteri Keselamatan Dalam Negara (Ayat
pasif dengan ganti nama diri ketiga)
Ayat aktif: Menteri
Keselamatan Dalam Negara telah mengumumkan Pelaksanaan Perintah kawalan
Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan di Selangor bermula esok.
SET 2
Baca
petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tukar ayat aktif yang bergaris kepada
ayat pasif tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.
Baru-baru ini Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan persembahan
makyung. Penulis dapat menyaksikan persembahan makyung yang sungguh unik. Penulis juga yakin masa
tidak akan terbazir apabila menonton persembahan makyung itu. Ramai
penonton menghadiri persembahan seni tradsional makyung yang berlangsung pada
pukul 8:30 malam. Meskipun begitu, kehadiran mereka belum dapat
menjamin kelangsungan seni persembahan berterusan. Penggiat makyung
memerlukan bantuan daripada pihak yang berwenang untuk mempromosikan makyung.
Promosi menerusi media sosial merupakan salah satu cara menyebarluaskan
maklumat tentang seni persembahan ini. Sehubungan itu,
Kementerian Kebudayaan dan kesenian telah melancarkan Bulan Kesenian
Tradisional untuk memastikan kelangsungan budaya tradisi seperti Makyung.
(Dipetik
dan diubah suai daripada ‘Seni Persembahan Warisan Bangsa Menuju 2050’ oleh
Armin Azhari Saleh, Dewan Budaya, Bil.7/2018)
1.
Persembahan makyung yang sungguh unik dapat
disaksikan oleh penulis.
2.
Persembahan seni tradisional makyung yang
berlangsung pada pukul 8.30 malam dihadiri oleh ramai penonton.
3.
Bantuan daripada
pihak yang berwenang diperlukan oleh penggiat makyung untuk mempromosikan
makyung.
4. Sehubungan itu, Bulan Kesenian Tradisional telah dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan kesenian untuk memastikan kelangsungan budaya tradisi seperti Makyung.
[8 markah]
SET 3
NO |
AYAT AKTIF |
AYAT PASIF |
1 |
Cikgu Latifah
sentiasa menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan
hampir tiba. |
Ali sentiasa dinasihati oleh Cikgu Latifah agar
belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba. |
2 |
Saya telah
mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang baru diumumkan pada minggu lepas. |
Keputusan yang baik telah saya capai dalam
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu
lepas. |
3 |
Kerajaan akan mengambil kira pandangan
rakyat dalam membangunkan negara ini |
Pandangan rakyat
akan diambil kira oleh kerajaan dalam membangunkan negara ini. |
4 |
Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan
keadaan yang harmoni di negara kita. |
Keadaan yang
harmoni akan diwujudkan oleh masyarakat yang bersatu padu di negara kita. |
5 |
Para pengunjung terutama
pelancong asing dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di
pulau peranginan itu. |
Keindahan alam
semula jadi dapat dinikmati oleh para pengunjung terutama pelancong asing
semasa bercuti di pulau peranginan itu. |
6 |
Kita harus
mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa
terjamin. |
Makanan yang berkhasiat harus kita ambil
setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin. |
7 |
Cikgu Hasiahl mengajar
pelajar tingkatan 4 Perdagangan mata pelajaran Sejarah pada setiap hari
Sabtu. |
Pelajar tingkatan
4 Perdagangan diajar oleh Cikgu Hasiahl mata pelajaran Sejarah pada setiap
hari Sabtu. |
8 |
Pekerja kontrak telah menebang pokok
rambutan yang reput itu petang tadi. |
Pokok rambutan
yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi. |
9 |
Kami membaiki
motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara. |
Motosikal pusaka
kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara. |
10 |
Setiausaha
peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia. |
Maklumat tentang
Sijil Pelajaran Malaysia sedang dijelaskan oleh Setiausaha peperiksaan. |
11 |
Kami sedang
menjalankan tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang. |
Tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan
Pelajar sedang kami jalankan di Merang. |
12 |
Saya telah menebang
pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk semalam. |
Pokok kelapa pandan telah saya tebang di
belakang rumah datuk semalam. |
13 |
Ketua Taman Desa
Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis
Daerah Kuala Selangor. |
Surat aduan tentang masalah anjing liar
ditulis oleh ketua Taman Desa Mawar kepada pihak Majlis Daerah Kuala
Selangor. |
14 |
Murid-murid
tahfiz telah menyusun kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid sebelum
mendirikan Solat Asar. |
Kasut-kasut yang
bersepah di pintu masuk masjid telah disusun oleh murid-murid tahfiz sebelum
mendirikan Solat Asar. |
15 |
.Kami menikmati pelbagai jenis hidangan
makanan Siam ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai. |
Pelbagai jenis
hidangan makanan Siam kami nikmati ketika berkunjung di salah satu kedai
makan di Hatyai. |
16 |
Persatuan
Kebudayaan telah merancang pertandingan permainan tradisional semasa sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah. |
Pertandingan
permainan tradisional telah dirancang oleh Persatuan Kebudayaan semasa
sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. |
17 |
Saya akan
membantu ibu di gerai selepas sesi persekolahan.
|
Ibu akan saya bantu di gerai selepas sesi
persekolahan. |
18 |
Pengetua menyeru
calon-calon SPM agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan. |
Calon-calon SPM
diseur oleh pengetua agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan.
|
19. Emak
memasakkan abang yang baru pulang ke kampung itu rendang ayam. |
abang yang baru
pulang ke kampung itu dimasakkan rendang ayam oleh ibu. |
20. Awak perlu mengemaskan Peralatan yang
bersepah di atas lantai itu dengan segera sebelum pelanggan tiba. |
Peralatan yang
bersepah di atas lantai itu perlu awak kemaskan dengan segera sebelum
pelanggan tiba. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan