8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah
berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
(i) Baca petikan novel di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Nanti
jika orang tahu apa pula kata mereka?"
"Peduli kata orang. Orang hanya
pandai bercakap tetapi tak mahu menolong. Embong, walaupun saya orang Cina tetapi
saya anggap Melayu ialah bangsa yang paling baik. Tengoklah, saya sekeluarga di
sini pun boleh hidup senang. Sikap orang Melayu dulu suka tolong-menolong
tetapi sekarang kurang sangat."
"Mereka
sibuk cari harta."
"Semua
orang hidup cari harta. Mahu hidup senang. Tapi janganlah fikir perut sendiri
sahaja. Dulu ada kenduri-kendara mereka kerja bersama-sama. Sekarang ramai yang
tolak. Esok ada majlis Maulidur Rasul, Imam Deraman mengeluh kepada saya. Dia
kata, nak suruh orang memasak bukan main susah. Semua kata sibuk. Kalau pun
sanggup, perlu dibayar upah. Susah macam ini," kata Tauke Lim.
"Sikap
orang bandar sudah masuk kampung.”
Dipetik daripada
novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan di atas, mengapakah
Tauke Lim menyatakan bahawa "Sikap orang bandar sudah masuk kampung."
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel
yang berikut:
(a) Leftenan Adan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin
(d). Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip
(A) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian anda.
[6 markah]
(i) (i) Sebab-sebab
P1 dulu suka
tolong-menolong tetapi sekarang kurang sangat 1m
P2 fikir perut
sendiri sahaja 1m
P3 Dulu ada
kenduri-kendara mereka kerja bersama-sama. Sekarang ramai yang tolak 1m
P4 Semua kata
sibuk 1m
P5 perlu dibayar
upah 1m
[Maksimum: 4 markah]
(ii) Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik perhatian pembaca sepanjang perkembangan cerita novel ini.
Antara peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu rumah adik angkatnya, Farisha dan menyambung interkom apartmen Farisha ke terlefon di rumahnya untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin . Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana menunjukkan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat seorang abang untuk melindungi diri
adiknya dari mara bahaya walaupun hanya sebagai adik angkat.
Selain itu peristiwa Farisha berbincang dengan abangnya dahulu iaitu Azraai sebelum mengambil
keputusan untuk menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab yang bernilai sebanyak RM 1.5 juta.
Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana tindakan merujuk dan mendapatkan nasihat sebelum membuat sebarang keputusan ialah suatu tindakan bijak untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.
Akhir sekali peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Azraai yang berani mengambil risiko untuk memberitahu Farisha bahawa dia
merupakan anak angkat dalam keluarganya yang diserahkan ketika dia berumur 2 tahun
26 tahun yang lepas walaupun dia tahu adik angkatnya itu akan berasa sedih apabila
mengetahui kebenaran. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana memaparkan keberanian dan kejujuran seseorang yang diamanahkan dalam menyatakan sesuatu
perkara biarpun sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.
Demikianlah antara peristiwa menarik perhatian saya dalam novel yang telah saya kaji.