HALAMAN 2

Sabtu, 20 Julai 2013

ANALISIS CERPEN TEMPANG

 CERPEN TEMPANG
(PITTERIAH ABDULLAH)



 
Sinopsis

Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain bola sepak dengan teman-temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran, menyebabkan Kamil selalu menghinanya. Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin membalas, tetapi ditegah oleh Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan Kamil tidak berpuas hati. Pertengkaran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas. Pada hari perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada Hafizi.


Tema

Kemuliaan hati seorang remaja cacat yang tempang kakinya


Persoalan
v Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk memperoleh kejayaan
v Kelebihan yang ada pada orang yang cacat fizikal
v Kepentingan berusaha bagi mencapai kejayaan

Watak dan Perwatakan

Hafizi
ü  Anak orang yang berada
ü  Pelajar tingkatan 4 Sains 1
ü  Reda dilahirkan cacat, iaitu kaki kirinya pendek sebelah
ü  Bijak dalam pelajaran
ü  Penyabar
ü  Baik hati kerana sanggup menghantar Raja pulang ke rumah
ü  Berani iaitu menyelamatkan Kamil daripada lemas
ü  Tidak berdendam terutama terhadap Kamil




Kamil
ü  Pelajar tingkatan 4 Sains 1
ü  Suka menggangu Hafizi
ü  Cemburu terhadap Hafizi kerana kepandaiannya
ü  Suka membuat kecoh dan memulakan pergaduhan
ü  Insaf setekah hampir lemas

Raja
ü  Pelajar tingkatan 4 Sains 1
ü  Sahabat karib Hafizi dan kerap mempertahankan Hafizi
ü  Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah
ü  Suka merendah diri

Cikgu Ridzuan
ü  Guru disiplin yang tegas
ü  Prihatin terhadap anak-anak muridnya

Cikgu Lee
ü  Guru mata peajaran Sains
ü  Banyak memebrikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya

Latar
Latar Tempat
ü    Di dalam bilik darjah
ü    Di kolam mandi

Latar Masa
ü  Waktu pagi, iaitu sesi persekolahn bermula
ü  Waktu tengah hari, iaitu semasa Hafizi menunggu Pak Mat mengambilnya

Latar Masyarakat
ü  Masyarakat pelajar di sebuah sekolah menengah
ü  Masyarakat guru yang mengajar di sekolah menengah

Plot
·        Permulaan
·        Memperkenalkan watak Hafizi yang baru mahu memulakan sesi pembelajaran
·        Perkembangan
·        Kamil kerap menggangu Hafizi kerana berasa cemburu apabila Hafizi lebih pandai daripadanya. Kamil menolak Hafizi sehingga terjatuh tetapi Hafizi menegah Raja daripada mengambil tindakan terhadap Kamil

Klimaks
·        Kamil lemas di dalam kolam dan Hafizi berjaya menyelamatkannya
·        Peleraian
·        Kamil sedar akan kesalahannya dan memohon maaf daripada Hafizi. Mereka akhirnya bersahabat

Gaya Bahasa

Peribahasa
ü  Busuk hati
ü  Personifikasi
ü  Mulutnya terkunci untuk berkata-kata
ü  Metafora
ü  Kaki samseng


Nilai
ü  Kesyukuran
ü  Hafizi tidak pernah menyesal dilahirkan cacat
ü  Kesabaran
ü  Hafizi tetap bersabar dengan sikap Kamil yang suka mengganggu, menghina, dan membulinya
ü  Kemaafan
ü  Hafizi telah memaafkan kesalahan Kamil terhadapnya malah tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya
ü 
Setiakawan
ü  Raja dan Mei Ling sangat mengambil berat terhadap Hafizi. Mereka sering menolong Hafizi daripada gangguan Kamil
ü  Tolong-menolong
ü  Walaupun cacat fizikal, Hafizi telah menolong Kamil yang hampir lemas di kolam
ü  Kerajinan
ü  Hafizi sentiasa gigih berusaha sehingga menjadi pelajar yang pintar dan akif bersukan walaupun cacat
ü  Keinsafan 




Contoh soalan dan jawapan:


a)  Berdasarkan cerpen Tempang, jelaskan nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut.


       Antara nilai murni yang terdapat dalam cerpen ialah hemah tinggi, contohnya Hafizi tetap bersikap rendah diri walaupun daripada keluarga berada dan selalu dihina oleh Kamil. Selain itu nilai keberanian, contohnya Hafizi sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan Kamil daripada lemas. Seterusnya nilai baik hati, contohnya Raja selalu mendampingi dan memberi semangat kepada Hafizi. Akhir sekali nilai bertanggungjawab, contohnya Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee bersama-sama muridnya ketika pergi berkelah.



      Manakala Pengajaran daripada cerpen ialah kita jangan suka menghina atas kekurangan orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Kamil yang selalu menghina Hafizi janganlah diikuti. Selain itu kita perlu bersikap pemaaf, contohnya Hafizi memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Kamil. Seterusnya guru hendaklah selalu memberikan motivasi kepada anak-anak muridnya, contohnya Cikgu Lee menekankan kepada anak muridnya akan kepentingan berusaha jika ingin berjaya. Akhir sekali kita perlu mengambil tindakan yang cepat, contohnya Hafizi cepat menyelamatkan Kamil daripada lemas.



 Cikgu Chom



Tiada ulasan: