HALAMAN 2

Selasa, 30 Julai 2013

NOTA NOVEL MELUNAS RINDU : Sinopsis Umum & Mengikut Bab


                                          NOVEL MELUNAS RINDU

                                     

BIODATA PENGARANG
HARTINI HAMZAH


· Hartini Hamzah dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, 
Perak Darul Ridzuan.
· Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun,
 Triang Pahang.
· Melanjutkan pelajaran dalam Bidang Perniagaan 
di Universiti Teknologi MARA
· Memperoleh Sijil Perguruan pada 1996
· Berkhidmat sebagai pendidik

Sumbangan Pengarang

· Novel Melunas Rindu (1999)
· Novel Fatin Nabila (1991)
· Cerpen Sesudah Mendung Berlalu (1992)
· Novel Merentas Kabus (2002)
· Novel Pia (1998)


Penghargaan Kepada Pengarang

· Novel Fatin Nabila menerima sagu hati kategori Novel Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991
· Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997
· Cerpen Sesudah Mendung Berlalu memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991



SINOPSIS UMUM


Sinopsis Umum

            Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga abang kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.


            Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua.


             Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital.


             Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya




 

SINOPSIS MENGIKUT BAB

Bab 1


· Fuad yang mencari kayu api tiba lewat di rumahnya.
· Selepas solat meghrib di rumah, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah.
· Sementara menanti waktu isyak, Fuad belajar membaca al-quran dengan bimbingan Pak Ismail.
· Fuad ke rumah Borhan apabila mengetahui anaknya demam. Dengan pertolongan Fuad, anak Borhan dibawa ke klinik.
· Sementara menenti anak Borhan diperiksa doktor, Fuad ke bangunan bank yang berdekatan.
· Fuad menyemak jumlah baki wang simpanannya menggunakan mesin ATM. Ayahnya telah memasukkan wang sebanyak RM200 ribu dalam akaun simpanannya.
· Fuad merancang untuk membeli sebuah kereta dengan wang pemberian ayahnya itu.



Bab 2


· Petang itu, Fuad pergi ke Pantai Batu Buruk dengan kereta baru yang dibelinya secara tunai.
· Fuad teringat akan kisah lalu. Hampir setahun lamanya dia mencuba memulihkan keadaan di Danau Seberang; menghadapi kebencian Mak Salmah dan cemuhan orang kampung.
· Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan anak perempuan kesayangannya, Sofia.
· Pak Ismail mempertahankannya dan mendekatkannya kepada Allah.
· Akhirnya, kemarahan orang kampung surut dan kebencian Mak Salmah berkurang.
· Fuad menguruskan perkahwinan Borhan dengan Maznah. Segala perbelanjaan perkahwinannya ditanggung oleh Fuad.
· Fuad berasa terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak mengetahui bahawa mereka bersaudara.
· Menjelang senja Fuad pulang ke rumah. Pak Ismail menunggunya untuk solat berjemaah di surau.
· Ketika makan malam, Fuad diberitahu oleh Mak Salmah bahawa ada orang yang mencarinya.
· Fuad menyatakan keinginannya untuk membeli sebidang tanah milik Awang Sojar kepada Pak Ismail.



Bab 3

· Fuad, Pak Ismail, dan Mak Salmah mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad.
· Walaupun Pak Ismail membantah, Fuad tetap menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah itu.
· Mak Salmah teringat akan kesedihannya yang kehilangan Sofia walaupun Sofia hanya anak angkatnya.
· Tindakan Fuad yang melarikan Sofia dan menyerahkan kepada ibu bapa kandungnya menyebabkan dia membenci Fuad. Keikhlasan Fuad menyebabkan hatinya tersentuh untuk memafkan Fuad dan menerima ketentuan Ilahi.
· Untuk menghilangkan rasa sepinya, dia banyak menghabiskan masa melakukan pelbagai kerja serta membaca al-Quran dan buku agama.
· Cikgu Abas datang untuk menawarkan pekerjaan kepada Fuad. Fuad diharapkan dapat menjadi guru sandaran atau guru kelas bimbingan.



Bab 4

· Pagi itu, Fuad ke sekolah Menengah Seri Setia untuk menjadi guru sandaran.
· Kehadirannya disambut mesra oleh guru-guru lain termasuk Cikgu Abas, Guru Penolong Kanan.
· Fuad diperkenalkan dengan Cikgu Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
· Farhana agak gusar untuk menerima Fuad yang memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika.
· Farhana menerangkan jadual harian, kelas, dan pencapaian pelajar kepada Fuad. Mereka berbincang tentang teknik pengajaran dan pemarkahan Bahasa Inggeris.



Bab 5

· Farhana tekun menyiapkan senarai program untuk dibentangkan pada mesyuarat kurikulum.
· Fuad yang datang untuk memulangkan buku yang dipinjamkannya diminta memberikan pandangannya dan menekankan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan program tersebut.
· Fuad meminta Farhana mengambil jagung yang dibawanya pada waktu pulang sekolah.



Bab 6

· Fuad yang ke kantin untuk melepaskan dahaga terserempak dengan Cikgu Zamani.
· Fuad mengagumi Cikgu Zamani yang dalam pengetahuan ilmu agamanya dan pandai berbahas.
· Chin datang untuk menanyakan khabar dan keadaan Fuad untuk disampaikan kepada ayah Fuad.
· Chin memujuk Fuad menziarahi ayahnya dan membantu perniagaan ayahnya.
· Fuad diharapkan dapat menziarahi bapa dan emak saudaranya yang dirinduinya.
· Fuad teringat akan arwah ibunya yang tidak pernah ditemui selama ini.
· Fuad menceritakan kedatangan Chin kepada Pak Ismail dan keinginannya untuk mencari pusara ibunya di Sungai Ruan.


Bab 7

· Fuad bertemu dengan Farhana ketika singgah di stesen bas untuk membeli buah tangan untuk keluarganya.
· Farhana yang hendak pulang ke kampung dipelawa menumpang kereta Fuad.
· Dalam perjalanan, Fuad dan Farhana menceritakan kisah keluarga masing-masing.
· Fuad singgah di rumah Farhana sebelum meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.



Bab 8

· Fuad tiba di rumah Peter Lim hampir tengah malam dan terkejut dengan keuzurannya.
· Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung perbelanjaan persekolahan Ah Soh dan Mei Lin
· Fuad menyatakan tujuan kedatangannya untuk mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.
· Peter Lim dan Swee Lan memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan.
· Fuad ke surau dan bertemu dengan Pak Said yang bersetuju untuk menemaninya ke Lembah Klau.



Bab 9

· Farhana resah menanti panggilan telefon daripada Fuad hingga menyebabkan ibunya menegur sikapnya.
· Farhana teringat akan keperitan hidupnya semasa belajar di London.
· Dia terpaksa memasak dan mengikut perut untuk mencukupkan wang biasiswanya.
· Ibu Farhana teringat akan arwah suaminya, Fakharudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan usu, menerimanya seadanya dan menjaganya dengan baik.



Bab 10

· Fuad dan Pak Said ke perkampungan Felda Lembah Klau untuk menemui Pak Ngah Lias, jiran datuk Fuad.
· Pak Ngah Lias gembira dengan kedatangan Fuad dan bersetuju untuk menemani mereka ke Kuala Lipis, rumah Mariah, kakak angkat ibu Fuad.
· Daripada cerita Pak Samsudin, jiran Mariah, Fuad mendapat harapan baru bahawa ibunya masih hidup.
· Peter Lim meminta Fuad bertemu dengan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar ibunya dan cincin bagi memudahkan pencariannya.




Bab 11

· Cikgu Abas dicengkam perasaan marah. Cikgu Abas marah kerana pelajar-pelajar di dalam kelas lanjutan berbuat bising. Beliau juga marah kerana guru yang ada halangan untuk mengajar kelas lanjutan tidak memaklumkan kepada pelajar. Selain itu, beliau juga marah kepada Cikgu Zamani yang ponteng mengajar kelas Geografi
· Semasa mesyuarat guru keesokan harinya, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya terhadap sikap sesetengah guru yang yang tidak amanah
· Pengetua sekolah Tuan Haji Samad menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan guru yang sering ponteng kelas
· Guru-guru juga diberi peringatan agar tidak mendengar khabar angin atau menyebarkan khabar angin bahawa kelas lanjutan telah dimansuhkan.
· Fuad berfikir-fikir sama ada dia bersalah dalam hal itu meskipun dia tidak pernah ponteng mengajar kelas lanjutan.



Bab 12

· Farhana menerima sekeping kad hari jadi yang berwarna merah jambu daripada Fuad.
· Fuad membawa Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar.
· Farhana merupakan gadis yang cukup istimewa di mata Fuad, sebaliknya Farhana beranggapan bahawa dirinya tidak seistimewa Sofia.
· Farhana memohon maaf kepada Fuad selepas Fuad menegaskan bahawa Sofia adalah adiknya.
· Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
· Kedatangan Farhana disambut mesra oleh Mak Salmah yang masih tidak dapat melupakan Sofia.
· Farhana simpati akan penderitaan yang ditanggung oleh Mak Salmah.
· Selepas solat isyak, Fuad menghantar Farhana pulang ke rumahnya.


Bab 13

· Fuad agak segan apabila terdengar bunyi hingga di rumah Cikgu Zamani. Sewaktu itu, dia tiba lewat berasa segan jika majlis telah bermula. Fuad beranggapan orang sudah membaca tahlil pada waktu dia tiba atau pada waktu itu orang sudah mulai mengedarkan hidangan
· Majlis itu hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Seri Setia iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli.
· Cikgu Zamani menasihati Fuad agar memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri.
· Fuad akhirnya dapat mengagak tujuan sebenar Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah iaitu menyertai parti politik.
· Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.



Bab 14

· Perwatakan Robert Lim berubah kepada seorang yang berwibawa kepada seorang yang perengus. Sikap itu berlaku lantaran masalah perniagaannya yang menemu jalan buntu. Selain itu, dia juga berasa kesepian     sejak ditinggalkan oleh Susan. Dia juga memikirkan Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan                     berkahwin.
· Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad.
· Fuad ketika itu tiada di rumah Pak Ismail ketika Robert Lim tiba kerana menziarahi ibu Farhana yang sakit lelah secara tiba-tiba.
· Robert Lim menyatakan kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan   Fuad mencari ibunya.
· Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan Fuad.



Bab 15

· Fuad resah gelisah kerana Farhana kerap kali bertengkar dengan Cikgu Zamani berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas.
· Fuad menelefon Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dirawat di hospital.
· Fuad mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.




Bab 16
· Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan. Farhana membawa Fuad melawati ibunya yang dirawat di tingkat empat.
· Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana.
· Farhana juga agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana binti Osman.
· Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu mereka berdua adalah adik beradik.



Bab 17

· Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dahulu rahsia daripada ibu mereka yang masih uzur.
· Fuad bercadang hendak membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang.
· Cikgu Zamani akan ditukarkan ke sekolah lain, manakala Fuad akan ke MPIK untuk mengambil Kursus       Bahasa Inggeris.



Bab 18

· Imbasan kembali kisah Mariana – Mariana ditinggalkan oleh Roslan. Dia menjadi gila meroyan selepas bersalin.
· Anak Mariana iaitu Abdul Halim atau nama lainnya Fuad telah dilarikan orang.
· Setelah pulih daripada penyakitnya dia berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pegawai polis.
· Dalam perkahwinan tersebut dia dikurniakan lima orang anak tetapi dia masih tidak dapat melupakan  Abdul Halim/Fuad.
· Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya.



Bab 19


· Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah.
· Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya.
. Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka



Tiada ulasan: