HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SETI 6
Soalan 1 - Rumusan (30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menerapkan semangat cintai alam sekitar dan kepentingan pendidikan penjagaan alam sekitar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam era globalisasi dan modenisasi, masalah
pencemaran alam semakin serius di negara kita. Pelbagai langkah proaktif telah
diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini daripada terus
berleluasa. Namun begitu, inisiatif yang
dijalankan ini tidak membawa impak yang besar, malah masalah ini terus menular. Oleh itu, satu wahana yang konkrit dan
pragmatik perlu disusun dan digagaskan untuk merungkai permasalahan yang
semakin serius ini. Penerapan semangat
cintai alam sekitar dalam diri rakyat perlu di laksanakan di peringkat seawal
yang mungkin.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang
dominan dalam menerapkan cara hidup mesra alam dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa juga perlu mendidik anak supaya
tidak melakukan tindakan yang mencemarkan alam sekitar seperti membuang sampah
ke dalam sungai dan melakukan pembakaran sampah secara terbuka. Oleh itu, ibu
bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka menjadi
individu yang mencintai suasana alam sekitar yang bersih pada masa hadapan.
Pihak sekolah juga haruslah mengadakan
ceramah untuk menerapkan cara hidup mesra alam kepada murid. Pihak sekolah boleh mengundang tokoh yang
berpengalaman untuk bersama-sama berkongsi pendapat yang berkaitan dengan cara
hidup mesra alam kepada murid. Malahan,
gotong-royong perdana peringkat sekolah hendaklah dijalankan dengan melibatkan
semua murid supaya mereka sedar akan tanggungjawab menjaga alam sekitar.
Selain itu, guru haruslah menyalurkan mesej tentang
peri pentingnya cara hidup mesra alam kepada murid-murid. Pendidikan alam sekitar ini dapat dilakukan oleh
guru melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan tidak
membosankan murid. Guru juga boleh
membawa murid belajar di luar kelas untuk melihat sendiri kepentingan alam
sekitar yang bersih. Maklumat tentang
alam sekitar pula diselitkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran secara
terancang melalui subjek tertantu seperti subjek Bahasa Melayu, Pendidikan
Sivik dan sebagainya.
Di samping itu, kerajaan juga
merupakan antara pihak yang menyumbang kepada penerapan cara hidup mesra
alam. Dalam konteks ini, pihak kerajaan
boleh melakukan kempen sepanjang tahun termasukkan menampal poster yang
berkaitan dengan cara hidup mesra alam pada dinding bangunan. Hal ini dapat memberikan ilmu kepada
masyarakat Malaysia secara tidak langsung.
Media pula boleh menyediakan lebih banyak berita berbentuk pemantauan
alam sekitar secara berterusan untuk pengetahuan orang ramai. Pemaparan berita seperti ini penting bagi
menambah pengetahuan dan persediaan masyarakat dalam menghadapi apa-apa juga
kemungkinan tragedi alam sekitar.
Sebagai kesimpulannya , jika masyarakat
mempunyai inisiatif melaksanakan tanggungjawab sivik dan sentiasa berwaspada
terhadap pencemaran alam sekitar, maka secara kolektif kesan terhadap dunia
adalah besar. Sudah menjadi inti
kehidupan kita seharusnya mahir dan berpengetahuan untuk memenuhi cabaran
menjadikan bumu sebagai satu persekitaran yang selamat dan cantik untuk
generasi yang akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mesrai Alam Sekitar' oleh Tee Yi Ting Dewan Siswa, Februari 2016)
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mesrai Alam Sekitar' oleh Tee Yi Ting Dewan Siswa, Februari 2016)
Soalan
2(a): Pemahaman Petikan Umum (9 markah)
Berdasarkan petikan Soalan 1 ,jawab soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata impak
yang besar. (2 markah)
(ii) Pengarang
menjelaskan bahawa pendidikan alam sekitar boleh dilakukan oleh guru di
sekolah.
Nyatakan cara-cara tersebut. (3 markah)
(iii)
Pencemaran
alam sekitar berlaku berpunca daripada tindakan-tindakan manusia sendiri.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan
manusia yang menyebabkan pencemaran alam? (4 markah)
SELAMAT MENCUBA
SKEMA JAWAPAN HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan