Soalan 1 : Rumusan
(30 markah)
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
rakan sebaya dalam kehidupan remaja dan kesan buruk tersilap memilih
rakan sebaya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rakan sebaya boleh didefinisikan
sebagai sekumpulan orang yang berada dalam lingkungan umur yang sama. Rakan sebaya remaja terdiri daripada
sekumpulan besar rakan mereka yang hampir sama umur, kelas, jiran atau rakan
sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
remaja. Remaja lazimnya menggunakan
rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah
laku, personaliti, kemahiran serta kebolehann.
Peranan rakan sebaya menjadi
lanjutan kepada proses sosialis dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya dapat menjadi penggantian jika perhubungan dengan
ibu bapa tegang. Pada kebiasaannya,
sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang
besar terhadap pelajar. Segala gerak
geri dan tingkah laku akan diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar. Jika
pelajar bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar, maka mereka akan
terdorong untuk belajar dengan lebih gigih.
Rakan sebaya yang memiliki sikap positif secara semula jadi dapat
mempengaruhi rakannya yang lain agar membuat perkara yang positif. Oleh itu, remaja erlu bijak memilih
rakan. Bukan semua rakan sebaya patut
dijadikan kawan kerana rakan akan ada yang mempengaruhi kita ke arah kebaikan
dan juga ke arah kejahatan. Rakan sebaya
yang dipilih perlu memiliki iman dan takwa, berprinsip serta teguh jati
diri. Mereka juga harus berakhlak mulia
dan memiliki minat atau cita-cita yang hampir sama.
Apabila
remaja membesar, pengaruh rakan sebaya sebagai agen peneguhan semakin
meningkat. Agen peneguhan menjadi medium
untuk remaja memantapkan jati diri dan kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa mereka masih mempunyai
seseorang atau sekumpulan sahabat yang boleh membantu atau setidak-tidaknya
menjadi pendengar setia , berkongsi pendapat, membantu membuat keputusan atau
lebih jauh sekiranya perkata itu melibatkan soal masa depan sendiri. Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya
peranan rakan sebaya sebagai agen peneguhan diri untuk mengharungi segala
rintangan yang mendepani mereka.
Rakan sebaya juga berfungsi sebagai
suri teladan sosial keana mereka seakan-akan “memberitahu” remaja tentang cara
mereka harus bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Tidak dapat dinafikan bahawa remaja
memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerk balas tertentu denga memerhatikan
tingkah laku rakan sebayanya. Misalnya,
remaja mempelajari bahawa memukul kawan itu salah dan tidak baik apabila melihat
remaja yang memukul kawan atau dimarahi
guru.
Rakan sebaya yang baik akan menolong
kita tatkala kita menghadapi pancaroba dalam kehidupan. Oleh itu, pemilihan rakan yang baik sangat
penting agar tingkah laku yang dibentuk hasil daripada pegaulan dengan rakan
sebaya tersebut akan mendorong pembentukan sahsiah remaja yang baik pada masa
akan datang.
(Dipetik
dan diubahsuai daripada ‘Rakan Sebaya sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’ oleh
Zulfazlan Jumrah, Dewan Siswa , Februari 2017)
Soalan
2(a) – Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan
1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menghadapi pacaroba [2 markah]
(ii) Dalam petikan, pengarang telah menjelaskan
beberapa panduan memilih rakan.
nyatakan panduan-panduan tersebut. [3 markah]
nyatakan panduan-panduan tersebut. [3 markah]
(iii) Kesilapan
ketika memilih rakan sebaya akan menimbulkan pelbagai implikasi buruk.
Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa memastikan anak-anak memilih rakan sebaya yang betul? [4 markah]
Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa memastikan anak-anak memilih rakan sebaya yang betul? [4 markah]
2 ulasan:
شركة رش مبيدات بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالهفوف
As claimed by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh 42 pounds lighter than we do.
(By the way, it is not about genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to do with "HOW" they eat.)
P.S, What I said is "HOW", and not "what"...
Click on this link to reveal if this quick test can help you discover your real weight loss potential
Catat Ulasan