NOTA  & LATIHAN PKP 
TATABAHASA
LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat  )
Cerakinkan
setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.
1.   Ayah
mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1: ayah   mencuci kereta di  halaman rumah
Ayat 2: ibu 
memasak rendang  di dapur
2.   Salina
yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital
Sungai Buloh petang semalam.
3.   Ayat 1: Salina telah meninggal  dunia
4.   Ayat 2:
Salina  menderita penyakit  kanser  tahap empat
5.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di
negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.
Ayat 1: pekerja-pekerja
asing  menjadi pilihan  banyak majikan di  negara  
ini
Ayat 2: pekerja 
asing  sanggup  menerima upah ya ng  lebih 
rendah
6.  
Adakah Encik Amran hendak ke Muzium
Negara atau ke Putrajaya.
Ayat 1: Encik  Amran hendak ke  Muzium Negara
Ayat 2: Encik 
Amran   hendak   ke Puterajaya
7.  
Pendebat itu petah berhujah dan bijak
mematahkan hujah lawan.
Ayat 1: pendebat
itu  petah berhujah mematahkan  hujah 
lawan
Ayat 2: pendebat itu bijak  mematahkan 
hujah  lawan
8.  
 Siswazah yang berpandangan jauh
tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1: Siswazah  tidak 
mengharapkan kerja makan  
gaji  sahaja
Ayat 2: Siswazah 
berpandangan jauh
9.  
 Semua anggota masyarakat hendaklah
saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1: semua  anggota masyarakat  hendaklah 
saling  menghormati
Ayat 2:  
kehidupan   rakyat di Negara   ini bertambah  harmoni
10. Walaupun
jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan
masanya untuk bertemu  dengan penduduk setempat.
Ayat 1: jadual
kerja  pemimpin  besar itu padat
Ayat 2: beliau masih  dapat meluangkan  masa 
untuk bertemu dengan  penduduk
setempat
11. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan
faedah yang banyak kepada murid-murid.
Ayat 1: aktiviti
kokurikulum memberikan  faedah  yang banyak 
kepada  murid-murid
Ayat 2: aktiviti 
kokurikulum dilaksanakan  di
sekolah
12.Sumbangan sektor perindustrian terhadap
kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi malah perlu
diberikan  fokus utama dari semasa ke
semasa.
Ayat 1: Sumbangan sektor perindustrian terhadap
kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi
Ayat 2:   Sumbangan sektor
perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
13.Pembeli yang memenangi
cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti
ketuhar.
14.Ayat 1: pembeli  itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti
ketuhar.
Ayat 2:  pembeli itu memenangi
cabutan bertuah.
15.Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk
dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1: produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk
dikomersialkan ke peringkat antarabangsa
Ayat 2:  produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi
16.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
Ayat 2: perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19
17.Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana
melanggar arahan  Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Ayat 1: setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa
Ayat 2:  ramai orang awam melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
18.Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat
cermat semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat
cermat semasa berbelanja
Ayat 2: sebagai
pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya menabung wang
LATIHAN PENGUKUHAN 2:
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran
yang sukar oleh sesetengah pelajar. 
Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh
sesetengah pelajar.
Jawapan:   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran
yang sukar manakala  mata pelajaran Seni dianggap mata
pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.     
2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang
diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Jawapan: Buku cerita yang  dibeli bersempena pesta buku yang diadakan
di Plaza Angsana, Johor Bahru  itu
sangat tebal.
3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu
dalam tempoh yang ditetapkan.  Latihan
Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.
Jawapan:    Para pelajar perlu menyiapkan latihan
Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Kalsom dalam tempoh yang ditetapkan.  
4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang
ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan
diri.
Jawapan:    Dalam usaha mengawal jangkitan virus
Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan
Pegerakan(PKP).  dan  perlu sentiasa menjaga
kebersihan diri.
5.   Kemalangan
ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan. 
Kemalangan itu berlaku di Jalan Kemboja. 
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:
 Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Kemboja itu melibatkan beberapa
buah kenderaan dan menyebabkan kesesakan jalan raya.
6.   Golongan muda tidak sepatutnya
lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara
tercinta.
Jawapan:  Golongan muda tidak
sepatutnya lupa akan jasa warga tua kerana  warga tua telah banyak berkorban  untuk
membangunkan negara tercinta.
7.   Murid perempuan itu telah
menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia
berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami
kecederaan di bahagian kaki.
Jawapan: Murid perempuan itu
telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum kerana 
berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan walaupun  telah mengalami kecederaan di bahagian kaki
8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan
utama.  Pokok-pokok tersebut mengindahkan
pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok
tersebut membekalkan oksigen.
Jawapan: Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan
utama untuk   mengindahkan pemandangan
persekitaran  dan membekalkan oksigen. 
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya
menjadi tiga ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kemarau ialah bencana alam.  Kemarau berpunca daripada cuaca
panas.  Kemarau berpunca daripada
kurangnya hujan.  Kemarau menyebabkan
tanah kering kontang.  Tumbuh-tumbuhan banyak
yang mati.  Kegiatan manusia juga
terhalang akibat ketiadaan air.  Kemarau
mmenyebabkan air terpaksa dicatu. 
Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan
perumahan.  Hal ini dapat mengurangkan
masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.      (6 markah)
Jawapan:
1.    Kemarau ialah bencana alam yang berpunca
daripada cuaca panas dan  kurangnya
hujan.
2.   Kemarau bukan sahaja 
menyebabkan tanah kering kontang dan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati
malah 
kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. 
3.   Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan
Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
kembali pada soalan
 
 
6 ulasan:
Terima Kasih Cikgu kerana mengongsikan nota dan latihan. Mohon izin untuk menggunakannya sebagai latihan.
Terima kasih atas perkongsian. Mohon izin untuk menggunakannya sebagai latihan.
tkasih mohon share
Terima kasih atas pengkonsian. Mohon izin guna sebagai latihan
nicee
Catat Ulasan