HALAMAN 2

Sabtu, 1 Ogos 2020

ANALISIS NOVEL SILIR DAKSINA MENGIKUT BAB - BAB 1 -2






Analisis Mengikut Bab


BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA 

SINOPSIS 

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan . Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika .  Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid.  Haiqal bertanya tentang ayahnya.  Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.   Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan



PERSOALAN 

1.RAHSIA SEJARAH HIDUP YANG MENGHANTUI DIRI SEORANG ANAK

l Haikal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah membaca manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari ayahnya yang telah lama terpisah dengannya.



NILAI NILAI KEMANUSIAAN 

1.KASIH SAYANG l Haikal amat menyayangi ibunya

NILAI KEMASYARAKATAN 
1.HORMAT- menghormati l Haikal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya sehingga dia tamat pengajian STPMnya

NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN 
1.KETAATAN l Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.

PENGAJARAN 
1. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN SEPENUH HATI. l Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya kepadanya pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.
2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA . l Haikal tidak pernah bertanya tentang ayahnya lagi setelah ibunya memintanya berbuat demikian sehingga dia dewasa.
3. KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA l Haikal taat akan kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang ayahnya.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN 
SINOPSIS 
l Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. l Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. l Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. l Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. l Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. l Haikal tidak tahu. l Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. l Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. l Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

PERSOALAN 
1. CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN GOLONGAN ANAK MUADA/REMAJA l Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang diminatinya. Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu
2. PERSAHABATAN IKHLAS l Haiqal dan Ratna bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering mengunjungi gerai makanan Ratna jika ada kelapangan

NILAI NILAI KEMANUSIAAN
1.PRIHATIN l Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia hidup ibu dan ayahnya yang terpisah
2.KASIH SAYANG l Ibu Haikal , ayah tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh kasih sayang

NILAI KEMASYARAKATAN 
1.AMANAH l Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan kepada Haikal

PENGAJARAN 
1. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI KEGAGALAN. l Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.
2. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI DALAM PERSAHABATAN l Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan SPMnya yang tidak begitu baik.
3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN KELUARGA l Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama- sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.
4.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB. l Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos la







































Tiada ulasan: