HALAMAN 2

Selasa, 26 Mei 2020

SKEMA RUMUSAN - HEBAT RUMUSAN 2020 SET 8



Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

SKEMA RUMUSAN:

PENDAHULUAN

PEND
JAWAPAN
MARKAH
P1
Petikan   membincangkan manfaat-manfaat/faedah- faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dalam kalangan anak-anak/remaja/ seseorang.
2
P3
Rumusan    ini    membincangkan  manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan     memiliki aura           positif dancara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
2
P4
Petikan/Rumusan  ini    membincangkan 
manfaat-manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
1
P5
Petikan  membincangkan kelebihan-kelebihan    memiliki aura positif/
Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.
0

        ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura positif)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
S1
senang didekati.
2
S2
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa.
2
S3
tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar.
2
S4
menjadikan anak-anak berfikiran matang.
2
S5
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
2
S6
mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam
dirinya.
2
S7
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
2
S8
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya.
2

          ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam
          kalangan remaja)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
T1
mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan/majlis ilmu.
2
T2
mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.
2
T3
meminta nasihat daripada orang berpengalaman.
2
T4
sentiasa muhasabah diri
2
T5
menjauhi pemikiran negatif
2
T6
sentiasa berdoa/solat hajat
2

           KESIMPULAN
ISI
JAWAPAN
MARKAH
K1
Kesimpulannya, remaja  perlu  berusaha  memiliki  aura  positif                         agar
kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
2
K2
Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif.
1


 Contoh rumusan lengkap:

          Rumusan ini membincangkan kebaikan-kebaikan aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.

        Antara kebaikannya ialah, dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Selain itu, aura positif mampu menjadikan anak-anak berfikiran matang.  Malah, anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya. Seterusnya, anak-anak mampu mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya serta memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya.

        Cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja ialah remaja boleh mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan seperti majlis ilmu dan ceramah motivasi.  Remaja juga perlu mendampingi golongan berilmu dan peribadi positif.  

          Kesimpulannya,  Kesimpulannya, remaja perlu berusaha  memiliki     aura   positif agar kehidupan remaja lebih berkualiti  dan dipandang tinggi dalam masyarakat.
         

                                    (119 patah perkataan)       






       SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN 

       SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan minda :

PILIHAN
JAWAPAN
MARKAH
(i)
Mengembangkan/memupuk/menyemai/ akal/pemikiran.
2
(ii)
Mengembangkan/memupuk/menyemai minda.
1
(iii)
Menyuburkan akal/pemikiran.
1



         SOALAN (ii) Keadaan-keadaan :

ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Perasaan negatif dalam diri seseorang.
1
2
Keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan.
1
3
Pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri.
1

         SOALAN (iii) Punca-punca
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Pengaruh media massa.
1
2
masalah hubungan dalam keluarga.
1
3
Bebanan pelajaran/tanggungjawab terhadap pekerjaan.
1
4
harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
1
5
kurang pengamalan/ mengamalkan ajaran agama.
1
6
inginkan perhatian/dikenali ramai/ disanjungi.
1
7
sikap negatif dalam diri.
1