HALAMAN 2

Isnin, 6 Julai 2020

SKEMA LATIHAN PKP- AYAT TUNGGAL & AYAT MAJMUK


NOTA  & LATIHAN PKP

TATABAHASA


LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat  )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1: ayah   mencuci kereta di  halaman rumah
Ayat 2: ibu  memasak rendang  di dapur

2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
3.   Ayat 1: Salina telah meninggal  dunia
4.   Ayat 2: Salina  menderita penyakit  kanser  tahap empat

5.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.

Ayat 1: pekerja-pekerja asing  menjadi pilihan  banyak majikan di  negara   ini
Ayat 2: pekerja  asing  sanggup  menerima upah ya ng  lebih  rendah

6.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.
Ayat 1: Encik  Amran hendak ke  Muzium Negara
Ayat 2: Encik  Amran   hendak   ke Puterajaya

7.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
Ayat 1: pendebat itu  petah berhujah mematahkan  hujah  lawan
Ayat 2: pendebat itu bijak  mematahkan  hujah  lawan

8.    Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1: Siswazah  tidak  mengharapkan kerja makan   gaji  sahaja
Ayat 2: Siswazah  berpandangan jauh

9.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1: semua  anggota masyarakat  hendaklah  saling  menghormati
Ayat 2:   kehidupan   rakyat di Negara   ini bertambah  harmoni

10. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu  dengan penduduk setempat.

Ayat 1: jadual kerja  pemimpin  besar itu padat
Ayat 2: beliau masih  dapat meluangkan  masa  untuk bertemu dengan  penduduk setempat

11. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang banyak kepada murid-murid.

Ayat 1: aktiviti kokurikulum memberikan  faedah  yang banyak  kepada  murid-murid
Ayat 2: aktiviti  kokurikulum dilaksanakan  di sekolah

12.Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
Ayat 1: Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi
Ayat 2:   Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.


13.Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
14.Ayat 1: pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
Ayat 2:  pembeli memenangi cabutan bertuah itu


15.Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1: produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa
Ayat 2:  produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi

16.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
Ayat 2: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19

17.Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayat 1: setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa
Ayat 2:  ramai orang awam melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

18.Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja
Ayat 2: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya menabung wang


LATIHAN PENGUKUHAN 2:

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar.  Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
Jawapan:   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar manakala  mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.     

2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Jawapan: Buku cerita yang  dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru  itu sangat tebal.

3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan.  Latihan Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.

Jawapan:    Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Kalsom dalam tempoh yang ditetapkan. 

4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.

Jawapan:    Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  dan  perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.


5.   Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu berlaku di Jalan Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:  Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Kemboja itu melibatkan beberapa buah kenderaan dan menyebabkan kesesakan jalan raya.


6.   Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.
Jawapan:  Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua kerana  warga tua telah banyak berkorban  untuk membangunkan negara tercinta.


7.   Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Jawapan: Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum kerana  berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan walaupun  telah mengalami kecederaan di bahagian kaki
8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama.  Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.

Jawapan: Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama untuk   mengindahkan pemandangan persekitaran  dan membekalkan oksigen.



Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kemarau ialah bencana alam.  Kemarau berpunca daripada cuaca panas.  Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan.  Kemarau menyebabkan tanah kering kontang.  Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.  Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.  Kemarau mmenyebabkan air terpaksa dicatu.  Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan.  Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.      (6 markah)
   
                                                                                                              
Jawapan:
1.    Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan  kurangnya hujan.
2.   Kemarau bukan sahaja  menyebabkan tanah kering kontang dan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati malah  kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.

3.   Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.














Selasa, 2 Jun 2020

HEBAT RUMUSAN 2020 SET 9



SET RUMUSAN 9 - CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannyaPanjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai  langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah adanya kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil termasuklah melakukan pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat  awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman.  Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016)


     Soalan 2 (a) - Petikan Umum
    Berdasarkan petikan soalan 1jawab soalan-soalan yang berikut dengan  
    menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                  Berikan maksud rangkai kata tindakan awal.
[2 markah]

(ii)                 Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga
 kesihatan diri. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?     
[3 markah]

     (iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid.
[4 markah]
















SEKMA RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 9 - Cara-cara menjaga kesihatan diri




   SKEMA RUMUSAN
    PENDAHULUAN
PEND
JAWAPAN
MARKAH
P1
Petikan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / kaedah- kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri di Malaysia / di negara kita.
2
P2
Rumusan   ini   membincangkan  usaha-usaha  / langkah-langkah /kaedah-kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya.
2

ISI TERSURAT (Cara-cara menjaga kesihatan diri)
ISI
JAWAPAN
MARKAH
S1
adanya kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan.
2
S2
dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.
2
S3
melakukan pemeriksaan   kesihatan  berjadual   sekurang-kurangnya      tiga   kali setahun.
2
S4
perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
2
S5
melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu.
2
S6
amalan meminum air kosong.
2
S7
mengamalkan senaman yang konsisten.
2
S8
rehat dan tidur yang secukupnya.
2

ISI TERSIRAT (Cabaran untuk melaksanakannya)
ISI
JAWAPAN
MARKAH
T1
banyak makanan tidak berkhasiat di pasaran.
2
T2
sibuk dengan tugas harian.
2
T3
kurang pengetahuan tentang cara penjagaan kesihatan diri.
2
T4
nafsu makan yang tidak terkawal.
2
T5
kurang prasarana / kemudahan melakukan aktiviti senaman / riadah.
2
T6
kurang     mendapat   galakan    daripada                 keluarga /pihak bertanggungjawab.
2
T7
iklan / promosi / jualan murah.
2

KESIMPULAN
ISI
JAWAPAN
MARKAH
K1
Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat.
2
K2
Kesimpulannya,   semua  pihak haruslah  menyedari kepentingan menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada penyakit.
2


Contoh Rumusan lengkap:

    Rumusan ini membincangkan langkah-langkah  menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. (P)

                 Antara langkah menjaga kesihatan ialah adanya kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. (S1)Selain itu ialah dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan. (S2)  Melakukan pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun juga perlu.(S3) Seterusnya, kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan (S4)  di samping melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu.(S5) Rehat dan tidur secukupnya juga dapat mengekalkan kesihatan. (S6)

                 Antara cabaran untuk melaksanakannya ialah kurangnya pengetahuan tentang penjagaan kesihatan diri. (T1)Individu yang sibuk dengan tugas harian juga tidak mempunyai masa untuk bersenam.(T2)

                 Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan dapat menyumbang pada kemajuan negara.

                                                                           (112 patah perkataan)



SKEMA RUMUSAN PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata tindakan awal  :
ISI
JAWAPAN
MARKAH
(i)
langkah / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan
2
(ii)
tindakan / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan
1
(iii)
Langkah / awal
1

SOALAN (ii) Kepentingan-kepentingan :

ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
menjamin keceriaan hidup individu.
1
2
menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan.
1
3
tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
1

SOALAN (iii) Peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid :
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
kempen / ceramah / pameran kesedaran menjaga kesihatan.
1
2
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Sains.
1
3
aktiviti unit beruniform.
1
4
Program 1Murid 1Sukan.
1
5
pemeriksaan kesihatan di sekolah secara percuma.
1
6
jadual aktiviti riadah dan sukan
1
7
lawatan ke hospital.
1