HALAMAN 2

Rabu, 29 April 2015

DEMAM ROS JEPUN ...SI TEISYA YANG CANTIK MANIS!!!


Demam rose jepun bukan sahaja tak mahu kebah malah makin serius. Kali ini memperkenalkan RJ yang sangat cantik dan menjadi kesayangan saya.  Kelopaknya bagai kelopak bunga mawar, warnanya pink belacan...sekali pandang memang macam bunga mawar.
Nama diberi oleh rakan di group RJ ...TIESYA...cantik namanya seindah bunganya.  Amboi
Tak jemu-jemu mengambil gambarnya untuk koleksi.

TIESYA! OH TEISYA!


TIESYA DAH KEMBANG PENUH








KUDUP TIESYA




MANISNYA TEISYA....GERAM!!











Selasa, 28 April 2015

TUGASAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI - TINGKATAN 1 DAHLIA & 1 CEMPAKA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada anak-anak murid cikgu yang pintar lagi bijaksana
tingkatan 1Cempaka dan 1 Dahlia

Tugasan minggu ini.
ARAHAN:

1.  Sila cetak nota dan model jawapan novel Sejambak Bakti 
- aspek tema dan persoalan
- nilai dan pengajaran

2.  Tampal dalam buku latihan novel

3.  Hafal tema , persoalan, nilai dan pengajaran berserta contoh

4.  Sesiapa yang dapat memahami dan menghafal dengan baik ..akan mendapat hadiah daripada cikgu.

5.  Yang dah menjalani ujian hafalan sila dapatkan hadiah daripada cikgu.  Jangan malu-malu ye.

6.   Ulang kaji untuk peperiksaan pertengahan tahun.

7.     Sila hantar buku latihan pada hari Ahad 14 Jun 2015


KLIK SINI YE...   Model soalan dan jawapan Tema dan Persoalan
                            Nota nilai dan pengajaran
                            Model soalan dan jawapan nilai dan pengajaran

Cikgu Chom



MODEL MIRIP PT3 - TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI


Karya Rejab F.I

Tema dan Persoalan
Model soalan dan jawapan.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut dengan contoh yang sesuai.

Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Novel ini bertemakan kegigihan murid dan guru  koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka.  Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.
Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi  iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.


Model 2
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5 persoalan penting yang terdapat dalam novel tersebut.

                Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
                Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.  Antara persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat.  Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.  Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya.

                Selain itu, terdapat juga persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji.  Contohnya, Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.

                Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

                Tambahan pula, terdapat persoalan amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan.  Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
               
                Akhir sekali ialah persoalan, Perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.  Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu.




Isnin, 27 April 2015

Soalan Format PT3 - NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI

Soalan Format PT3
Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.  Terdapat banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini.  Antaranya ialah nilai kegigihan.  Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

                Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab.  Ini jelas dapat dilihat melalui peristiwa Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
                Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang.  Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.


Soalan Format PT3 – Aspek Pengajaran
Model Soalan

Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan.  Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran  yang terdapat dalam novel tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:

                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.  Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini.  Pengajaran yang kita peroleh boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini.
                Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kejayaan.  Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

                Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita janganlah sesekali menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya, 
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah.
                Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.  Contohnya,  Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.



                Pengajaran terakhir ialah,   Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.


Cikgu Chom

NOTA NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI - TINGKATAN 1


NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI


NILAI
CONTOH PERISTIWA
PENGAJARAN
1
Nilai Kegigihan
Contohnya,
Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya mendapat kejayaan.
2.
Nilai Pemaaf
Contohnya,
Razalisanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.

Kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan orang lain kerana sikap pemaaf merupakan sikap yang mulia.
3.
Nilai Kasih sayang
Contohnya,
Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira
4.
Nilai Bekerjasama
Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kenayaan
5.
Nilai Keinsafan
Contohnya,
Munir insaf akan kesalahannya memfitnah Razali menceroboh dan mencuri wang koperasi sekolah.  Munir telah memohon maaf daripada Razali
Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan
6.
Nilai tolong-menolong
Contohnya,
Razali  sanggup menolong Munir yang ketinggalan  dalam pelajaran  bagi menghadapi SPM
Kita hendaklah menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan.
7
Nilai Bertanggungjawab

Contohnya,
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.
8.

Contohnya,
Munir telah dihukum gantung sekolah selama seminggu dan dirotan di hadapan murid-murid lain di tapak perhimpunan kerana menceroboh dan mencuri wang koperasi sekolah sebanyak RM200.00
Kita janganlah melakukan jenayah mencuri kerana akan merosakkan masa depan kita.
9.

Contohnya.
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah
Kita janganlah menyimpan dendam terhadap orang lain
10.
Nilai Ketabahan
Contohnya,
Razali tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dicipta oleh Munir dan kawan-kawannya yang cemburu akan kejayaan Razali serta hubungan mesranya dengan Ramlah.
Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dalam kehidupan.









Selasa, 7 April 2015

Soalan Rumusan SPM November 2014

Soalan Rumusan SPM November 2014
Soalan 1:  Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kaunselor dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
                Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor?  Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan khidmatnya.  Sebagai orang yangh terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu menangani sebahagian masalah di sekolah.  Antara masalah yang dialami oleh murid ialah tekanan emosi.  Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.
                Walau bagaimanapun, kaunselor bukanlah berperanan untuk menyelesaikan masalah seperti tanggapan sesetengah pihak.  Perkara ini perlu difahami oleh setiap murid yang mahu mendapatkan bantuan atau khidmat daripada kaunselor.  Kaunselor sebenarnya berperanan untuk memandu murid memahami serta menerima keadaan diri sendiri supaya mereka dapat meningkatkan perlakuan yang baik dan mengurangkan perlakuan yang sebaliknya.  Sehubungan dengan itu, murid tidak seharusnya menganggap bahawa mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang bermasalah semata-mata.  Tanggapan ini tdak benar sama sekali.  Hakikatnya, apabila bertemu dengan kaunselor, murid akan dibantu memilih jurusan atau kejaya yang sesuai dan bukan memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja. 
                Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya.  Hal ini penting supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid selaras dengan apa-apa yang diingini agar mereka berpeluang membuat perancangan masa depan untuk mencapai matlamat hidup.  Pada masa yang sama, kaunselor bertanggunjawab untuk membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri.  Pelaksanaan pelbagai program  bimbingan dan kaunseling seperti ceramah, kursus dan kem motivasi akan membolehkan kaunselor memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar.  Dalam hal ini, mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya dan jiran-jiran.  Selain itu, kaunselor juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid melalui sesi kaunseling yang dijalankan.  Penyemaian nilai-nilai murni ini akan meningkatkan mutu disiplin murid-murid di sekolah.
                Sesungguhnya, usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan kaunseling wajar dilaksanakan agar khidmat yang diberikan oleh kaunselor mendapat kepercayaan murid.  Sikap profesional kaunselor dalam melaksanakan tugas hendaklah menjadi keutamaan demi menaikkan imej perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memanfaatkan Khidmat Kaunselor’ oleh Nadiah Naufal, Dewan Siswa, April 2012)
Soalan 2(i)  Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, Jawab soalan-soalan beriku dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)                 Berikan maksud rangkai kata mendapat kepercayaan.                                      [2 markah]

(ii)                Pengarang mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor di sekolah.
Nyatakan tanggapan-tanggapan yang salah tersebut.                              [3 markah]

(iii)               Pada pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan yang wajar dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?                                                                                                       [4 markah}