HALAMAN 2

Selasa, 18 Ogos 2020

Novel Di Sebalik Dinara - Analisis Bab 9



Novel Di Sebalik Dinara
Analisis Bab 9

4ST
Lee jia yan
Loong Jieh Yen
Lee jia xuan
Christine Yip Kwei Wen


Analisis:

WATAK

1.Farisha
2.Dr.Maxi
3.Shida
4.Karl
5.Aqram
6.Khairul Anwar
7.Rosman
8.Azraai
9.Amin
10.Farid
11.Alia


LATAR TEMPAT
1.Hospital Putrajaya-
Tempat Farisha dirawat setelah pengsan ketika berada di pejabat Soft Lab.

2.Rumah sewa Farisha-
Tempat Shida menemui dokumen sulit yang menyatakan bahawa Farisha merupakan anak angkat keluarga Azraai.

3.Di peti ais rumah sewa Farisha-
Tempat Shida cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal.

4.Di Wad 2B Hospital Putrajaya-
Tempat Farisha ditahan di dalam wad selama tiga hari akibat tekanan darahnya terlalu tinggi.

5.Di katil Farisha -
Tempat Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL

LATAR MASA

1. 5.30 petang-
Dr.Maxi, Khairul Anwar dan Aqram  akan melawat Farisha di Hospital Putrajaya.

2.Malam-
Farid dan Amin yang selalu mengekori Farisha berjaya mendapatkan maklumat Farisha apabila WALL melemah seiring dengan tahap kesihatan Farisha.

3.Dua minit-

Besi pengukur berubah warna kepada merah yang bermaksud kesihatan Farisha kurang memuaskan.
4.Tengah malam-
Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.

Persoalan

1.Persoalan kesungguhan memikul tanggungjawab dan amanah seseorang

Peristiwa:
Pekerja-pekerja Soft Lab berusaha menjejaki Farisha kerana itulah amanah Karl. Farisha sahaja yang mampu menggodam dan menyelamatkan Dinara.

Nilai-kesungguhan

Pengajaran-

Kita hendaklah bersikap kesungguhan dalam memikul tanggungjawab dan amanah seseorang.

2.Persoalan kepatuhan menjalankan amanah orang lain dengan baik

Peristiwa:
Azraai perlu patuh kepada surat amanah yang ditinggalkan bersama-sama Farisha.

Nilai-kepatuhan

Pengajaran-
Kita hendaklah patuh akan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.

3.Persoalan tentang sikap menepati masa dengan menguruskan segala hal dalam kehidupan.

Peristiwa:

Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar meninggalkan perkarangan bangunan Soft Lab untuk ke hospital tepat jam 5.30 petang seperti yang telah dirancang.

Nilai-menepati masa

Pengajaran-
Kita hendaklah menepati masa dengan menguruskan segala hal dalam kehidupan.

4.Persoalan sikap simpati terhadap masalah yang menimpa orang lain

Peristiwa:
Aqram bersimpati terhadap Shida yang akan dijadikan uji kaji bagi menggantikan tempat Farisha.

Nilai-simpati

Pengajaran-
Kita hendaklah bersimpati terhadap masalah yang menimpa orang lain.

5.Persoalan sikap mementingkan diri sehingga hilang nilai kemanusiaan

Peristiwa:

Dr.Maxi, Aqram, Khairul Anwar dan Alia sanggup mempergunakan Farisha dan Shida tanpa belas kasihan. Farrisha terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit kepala manakala Shida mengalami kemurungan selepas dirinya berada dalam minda bawah sedar.








Ahad, 16 Ogos 2020

HEBAT RUMUSAN 12 - Langkah-langkah untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan


Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 
Tingkatan 5 - 2020


Soalan 1  :  Rumusan

[30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan dan faktor-faktor yang menyebabkan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berdasarkan statistik, kira-kira 240,000 daripada 1.2 juta orang pelajar di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia akan menamatkan pengajian mereka pada setiap tahun. Hal ini bermakna lebih 200,000 orang graduan perlu bersaing dalam suasana yang sengit untuk mendapatkan kerja. Ekoran daripada itu, pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menstrukturkan program mereka dalam elemen ilmu, nilai dan kemahiran supaya dapat memantapkan kemahiran insaniah sebagai persiapan kebolehpasaran untuk para graduan mereka. Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di IPT awam dalam usaha memastikan graduan memperkasakan penguasaan bahasa tersebut. Diharapkan agar penguasaan kemahiran komunikasi dalam bahasa antarabangsa ini membolehkan mereka membina keupayaan yang tinggi sebelum melangkah ke pangkuan masyarakat. Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga melaksanakan program yang membolehkan siswazah mempunyai kecekapan yang diperlukan oleh majikan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan IPT. Menurut Menteri Pendidikan, program ini merupakan nilai tambah kepada graduan dalam pelbagai aspek.
Sehubungan dengan hal itu, kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan yang bukan sahaja berperanan untuk merancang, menyelaras dan memantau program, malahan menyediakan usahawan berpengetahuan. Hal ini demikian kerana apabila siswazah menamatkan pengajian, mereka mampu menjadi graduan yang berkualiti yang akan menyumbang kepada kekuatan modal insan yang diperlukan negara. Pihak Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia Centre (JMC) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara atas talian, mengendalikan proses temu duga dan menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling serta kerjaya di seluruh negara. JMC juga turut menjalinkan kerjasama dengan IPT bagi menyediakan pelbagai latihan kemahiran.
Sebenarnya, usaha untuk melahirkan siswazah yang berkualiti adalah penting untuk memenuhi tuntutan pekerjaan. Modal insan inilah yang akan dapat melestarikan pembangunan negara pada masa hadapan. Menyedari kepentingan inilah, kerajaan telah melancarkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) pada bulan Jun 2010 yang membabitkan 8,000 orang graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga telah menjalankan progam khas langkah jangka pendek kepada 12,000 daripada 20,000 orang graduan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan bagi menangani masalah pengangguran di negara ini. Secara tuntasnya, siswazah sendiri perlulah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan. Mereka mestilah membuat persiapan yang lebih mantap dengan menjana kualiti diri siswazah agar mereka dapat melestarikan pembangunan negara pada masa hadapan.
(Dipetik daripada ”Meningkatkan Kebolehpasaran Siswazah Tempatan”oleh Haji Samat Buang, Wadah Siswa 2012)

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i)           Berikan maksud rangkai kata membina keupayaan.[2 markah]

(ii)         Pengarang mengemukakan beberapa kepentingan melahirkan siswazah yang berkualiti  
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.  [3 markah]

(iii)        Sekiranya anda diberi pilihan untuk bekerja sendiri atau makan gaji, apakah pilihan anda.

      Berikan dua alasan anda                                    [4 markah]




        Semak jawapan di sini

Rabu, 5 Ogos 2020

ANALISIS SOALAN NOVEL BAHASA MELAYU SPM 2010 - 2019




                       ANALISIS SOALAN NOVEL BAHASA MELAYU SPM
Tahun
Soalan 4 - Novel
Nov.2010
(a) Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
(b) Menghuraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buahnovel yang dipelajari.
Nov.2011
(a) Menghuraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang dipelajari.
(b) Menjelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.
Nov.2012
(a) Jelas dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
Jun 2013
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.(7m)

(b) Pertentangan pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk mengembangkan jalan cerita.
     Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam novel-novel tersebut.(8m)
Nov. 2013
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. (7m)

(b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
    
     Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga perisitiwa yang dapat dijadikan teladan. (8m)
Jun 2014
(a) Sebuah novel - Watak sampingan - Huraikan watak dan perwatakan watak sampingan yang telah ditentukan mengikut novel. (7m)

(b) Sebuah novel - Jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang.. (8m)
Nov. 2014
(a) Sebuah novel - Huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7m)

(b) Dua novel - Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
Jun 2015
(a) Sebuah novel - Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedarankepada pembaca.(7m)

(b) Dua novel - Huraikan satu nilai keberanian yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
Nov. 2015
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.(7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8m)
Jun 2016
(a) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab peristiwa-peristiwa itu menyentuh perasaan anda. (7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan bagi setiap novel. (8m)
Nov. 2016
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai tanggungjawab. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masabagi setiap novel tersebut. (8m)
Jun 2017
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari (7m)

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan (watak utama). (8m)
Nov. 2017
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pennbaca.(8m)
Jun 2018
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa persoalan yang menunjukkan nilai ketabahan  yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.(8m)
Nov. 2018
(a) Dalam sesebuah novel, selain watak utama terdapat banyak watak sampingan. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan seperti yang berikut (Jadual disertakan). (7m)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang bekerjasama bagi setiap novel. (8m)
Jun 2019
a.    Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.          [7 markah]

b.    Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai pengorbanan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.          [8 markah]
Nov 2019
a.    Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.                                 [7 markah]

b.    Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
 Huraikan sebab anda berpendapat sedemikian.          [8 markah]







































Selasa, 4 Ogos 2020

NOVEL SILIR DAKSINA - CONTOH DARIPADA PERWATAKAN WATAK UTAMA





   Watak Utama berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )


Novel yang saya pelajari ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman.  Watak utama novel ini ialah Haiqal Hakimi.  Haiqal ialah anak kepada Abdullah Kayan dan Rafiqah . Novel ini telah menonjolkan perwatakan watak utama iaitu Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.

    Antara perwatakan Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah Haiqal seorang yang berani. Contohnya, Haiqal berani memberitahu kepada uminya tentang rancangannya ke Johor untuk menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya selepas tamat peperiksaan STPM.  Haiqal juga berani menaiki bas ekspres seorang diri untuk ke kampung Seri Purnama di Batu Pahat   untuk menjejaki kisah silam ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Johor.  Sifat Haiqal ini harus dicontohi supaya kita bersikap berani menempuh cabaran dalam kehidupan demi mencapai hasrat dan cita-cita.

     Selain itu, seorang yang penyayang. Contohnya, Haiqal sangat sayang akan ayah dan ibunya kandungnya. Haiqal sanggup menjejaki ayah kandungnya yang telah meninggal atas perasaan sayang yang mendalam akan ayahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa memberikan perasaan sayang yang mendalam terhadap keluarga supaya hubungan kekeluargaan menjadi lebih utuh.

Haiqal juga seorang yang gigih. Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pak cik Bakar.  Haiqal juga gigih belajar daripada Lazim di balai raya.  Kegigihan Haiqal ini memberi mengajar saya untuk sentiasa gigih berusaha untuk memastikan kejayaan dapat dicapai dalam sesuatu yang saya usahakan.

Akhir sekali, seorang yang prihatin. Contohnya, Haiqal Hakimi memujuk Ratna yang bersedih kerana mendapat tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM. Haiqal cuba untuk menenangkan hati Ratna yang sedih. Situasi ini juga harus dicontohi dalam kehidupan iaitu kita mesti  sentiasa prihatin terhadap hal sekeliling dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain.









































Ahad, 2 Ogos 2020

Watak & Perwatakan watak utama - Novel Silir Daksina

ABOUT - Laman PeiSee & LeeHar : Warisan Kebudayaan Malaysia


Pengenalan watak utama

Haiqal

Anak Abdullah bin Kayan bersama Rafiqah, Mempunyai ayah tiri dipanggil walid dan adik tiri Nurul Asiyah

Perwatakan:

Haiqal

1. Seorang yang berani –


Contohnya:

Haiqal berani memberitahu kepada uminya tentang rancangannya ke Johor untuk menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya selepas tamat peperiksaan STPM.

Haiqal juga berani menaiki bas ekspres seorang diri untuk ke Kampung Seri Purnama di Batu Pahat walaupun Haiqal berasa terkilan kerana uminya tidak merestui keputusannya itu. Semua ini dilakukan oleh Haiqal untuk menjejaki kisah silam ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Johor.

2. seorang yang peramah –

Contohnya:

Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan keramahannya dalam bergaul dengan orang kampung seperti Taukeh Ong, Pak cik Bakar, Lazim dan Ong See Hwa.

3. Seorang yang menghormati yang tua –

Contohnya:

Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberitahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.

4. Seorang yang berdikari –

Contohnya:

Haiqal bertindak sendiri dan  berseorangan menaiki bas ekspres dari Terengganu ke Kampung Seri Purnama di Batu Pahat Johor.

5.  Seorang yang taat perintah agama

Contohnya:

Apabila tiba di Batu Pahat , Haiqal menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum menaiki sebuah teksi ke Kampung Seri Purnama.

6.  Seorang yang penyayang

Contohnya:

Haiqal menyayangi uminya, walid, ayah kandungnya Abdullah bin Kayan dan adik tirinya Nurul Asiyah.

Haiqal menyayangi uminya dan dia tidak lagi bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana tidak mahu melukai hati uminya.

Haiqal sangat menyayangi ayahnya sehingga sanggup ke Batu Pahat seorang diri untuk menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Kampung Seri Purnama.

 7.  Seorang yang prihatin


Contohnya:

Haiqal sangat prihatin  memujuk Ratna yang menangis kerana mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang. Haiqal cuba untuk menenangkan hati Ratna yang sedih

8.  Seorang yang gigih

Contohnya:

Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pak cik Bakar.  Haiqal juga gigih belajar daripada Lazim di balai raya.

9.  Seorang yang bijak dalam pelajaran

Contohnya:

Haiqal bijak dalam pelajaran sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di Bumi Kenyalang selepas tamat tingkatan 6.



SOALAN-SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN PERWATKAN WATAK UTAMA - HAIQAL HAKIMI

 watak utama yang boleh dicontohi dalam kehidupan




Sabtu, 1 Ogos 2020

ANALISIS NOVEL SILIR DAKSINA MENGIKUT BAB - BAB 3




BAB 3 ; SENASKAH MANUSKRIP LAMA 

SINOPSIS

          Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. 

       Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. 

          Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. 

        Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. 

      Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri. 

         Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya, 

         Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling 

     Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. 

        Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya. 

      Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. 

        Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .


PERSOALAN 


1.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI l

Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil menyeru nama Aiman pada suatu malam. l Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.

2. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA

Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung Seri Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung nanti.

3. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT

Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan sambutan program Malam Sekampung Puisi.

4. KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI

Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku menyemak atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya demi kejayaan program itu.

5. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS

Akibat perpecahan Kumpulan Zapin D’Purmana , tarian zapin jincat yang menjadi identiti kampung Sri Purnama terkubur.

6. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN MENGHIDUPKAN KHAZANAH BANGSA

YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya kepada Menteri Besar nanti.

7. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN BAKAT PELAJAR l

Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.

8. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP ANAK MURID

Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan Matematik bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.

9.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA

Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh abangnya yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke bandar Parit Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.

10. KEGIGIHAN SEORANG KETUA KELUARGA MEMBINA KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELESA

Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga meraih hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar. l Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan.

11. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK

Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.

12. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT

Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif, Wak Parmin dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula Kumpulan Zapin D’Purnama sehingga anak-anak muda kampung D’Purnama yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi berminat dengan tarian zapin.

13. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI MASYARAKAT

Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk kampung berlatih menari zapin.

14. PERASAAN BANGGAAKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI

Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.



NILAI NILAI KEMANUSIAAN 


1. Kasih Sayang

Aku mencurahkan kasih sayang seorang bapa kepada Ai Ling kerana rindu akan anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.

2. Kegigihan

Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua orang pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi

3. Belas kasihan

Ai Ling berasa kasihan melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian ayahnya maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.

4. Keikhlasan

Aku dengan sukarela dan ikhlas membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak

5. Kesungguhan

Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh- sungguh berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat persembahan di hadapan YB Samsuri .

6. Ketabahan

Aku tabah menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan terhadap anaknya yang sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun. l Aku tabah melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.



NILAI KEMASYARAKATAN 


1. Kerjasama l Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan bergotong royong membuat persiapan bagi Malam Sekampung Puisi. l Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan. l Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku l Tauke Lim menaja makanan tetamu l Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.

2. Keprihatinan l Tauke Lim menasihati aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga hingga lewat malam l Ai Ling bimbang melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang kesihatan aku ketika mereka minum petang di rumah aku

3. Kesopanan l Ai Ling memberi ucapan selamat petang kepada aku apabila sampai di hadapan rumah aku sebelum naik ke rumah aku.
4. Tanggungjawab l Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk membimbing pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek matematik.



NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN 


i. Ketaatan

Pada waktu malam aku sering melakukan solat sunat sebelum tidur untuk mendapatkan ketenangan daripada Allah.
Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit (AJKKK)



PENGAJARAN 


1. KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA DENGAN PENUH DEDIKASI
Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek Matematik.

2.KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI
l Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha memperkenalkan dan mempersembahkannya di hadapan YB Samsuri.. l YB Samsuri berjanji akan mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar untuk diwartakan sebagai sala satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.

3. KITA MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH APABILA MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS
l Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih apabila dipilih menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu di sekolahnya l Ai Ling membaca buku sajak ketika menunggku aku berbincang dengan Cikgu Zanariah selepas waktu sekolah l Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak di rumah aku pada waktu petang

4. KITA MESTI MEREBUT PELUANG YANG ADA DEMI MENCAPAI CITA- CITA DAN HASRAT/IMPIAN l
Abang Bakir dan Pak Haji Jamal bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat untuk ditunjukkan kepada YB Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk mengembalikan zaman kegemilanganl kumpulan zapin D’Purnama yang popular dengan zapin jincat suatu masa dahulu. l Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim membenarkan Ai Ling menumpang keretanya ke sekolah untuk mendekati Ai Ling kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada anaknya Aiman. l Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi pembimbing kepada Ai Ling yang amat berminat dalam bidang sajak sebagai melepaskan rindunya akan Aiman.

5. KITA MESTI MENJAGA HUBUNGAN HARMONI DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA
  l Tauke Lim amat mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim menaja makanan tetamu semasa majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri. l Tauke Lim dan Ai Ling turut serta menyaksikan latihan zapin di balai raya kampung.

6.KITA HENDAKLAH MENJADI PEMIMPIN YANG PEKA/MENGAMBIL BERAT AKAN KEHENDAK RAKYAT
l YB Samsuri peka akan hasrat penduduk kampung Seri Prunama yang mahu mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB Samsuri datang menyaksikan persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama pegawai Yayasan Warisan negeri untuk tujuan penyelidikan. l YB Samsuri berjanji akan membawa seni zapin jincat ke pengetahuna Menteri besar untuk digazetkan sebagai salah satu rentak asli zapin

7.KITA MESTI AMANAH APABILA MENDAPAT KEPERCAYAAN
l Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang ditulisnya kepada Haikal

8. KITA MESTI BERUSAHA MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN TUHAN APABILA MENGHADAPI MASALAH
l Aku melakukan solat sunat sebelum tidur untuk menenangkan diri kerana aku berasa Allah amat hampir dengannya apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.



LATAR LATAR MASA


1. MALAM l
Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama l Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama l Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku l Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri l Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui anaknya itu

2. PETANG l
Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk minum petang bersama-sama aku l Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur l Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman

3. BULAN OGOS l
Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan peringkat mukim l Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos

LATAR TEMPAT

1. BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA l

Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama l Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama l Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku l Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri l YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana kejayaan aku kerana usahanya mengemudi persembahan pada majlis pertunjukan zapin. l YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat anak muda dalam tarian zapin.

2. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA l

Aku berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling

3. RUMAH AKU l

Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak bagi menyertai pertandingan itu di Sekolah Seri Purnama l Ai Ling bertanya tentang kesihatan aku kerana kelihatan pucat l Tauke Lim meminta bantuan aku menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki keretanya kerana keretanya rosak

4. RESTORAN MAMAK DI PEKAN l

Tauke Lim membelanja aku minum petang kerana menumpankan anak-anaknya ke sekolah dengan kereta aku l Tauke Lim mengingat kembali kebaikan arwah ayah aku yang selalu menolongnya ketika dia susah l Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah

5.WARUNG PAK DOLAH l

Tauke Lim membelaanja semua orang kerana meraikan kemenangan Ai Ling dalam pertandingan mendeklamasi sajak Sekolah Kebangsaan Sri Purnama l Tauke Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis cerpen l Pak Dolah menyatakan kegembiraannya melihat aktiviti khazanah bangsa seperti berkompang, bergurindam, berseloka dan berpuisi hidup semula di kampung Seri Purnama dan disertai oleh anak-anak muda l Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling kepada aku iaitu aku seorang guru yang hebat

6. PANTAI PUNGGUR l

Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur l Ai Ling bertanya tentang anak aku, Aiman l Ai Ling memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat sayang akan aku. l Ai Ling berjanji akan sentiasa menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku yang hidup sebatang kara l Aku teringat bahwa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan l Aku terkenang rumahtangganya yang hancur kerana darjat dan cita-cita yang berbeza antara aku dan bekas isterinya.



LATAR MASYARAKAT 


1. Pelajar l

Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama l Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM l

2. Golongan Pendidik l

Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama l Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu l Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam

3. Penduduk Pelbagai Kaum l

Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di Kampung Sri Purnama l Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama l Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pekan

4. Golongan Petani/Usahawan Tani l

Ayah aku mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit l Tauke Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan

5. Golongan Peniaga l

Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama