HALAMAN 2

Sabtu, 28 September 2019

Tugasan Ulang kaji Novel 28.9. 20I9



Latihan dan ulang kaji novel Sejambak Bakti
Tingkatan I aspirasi dan I Inspirasi

Tarikh tugasan:  28.9.20I9

Tarikh hantar :   30.9.20I9 (Isnin)

Sila buat latihaanda dalam buku latihan komss antologi.


Tugasan:

Teliti jadual di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Jawapan anda mestilah dalam bentuk esei dan sekurang-kurangnya 4 isi .

Berdasarkan isi-isi penting dalam jadual

(a)    Bincangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel Sejambak Bakti.

(b)  Bincangkan pengajran-pengajran yang terdapat dalam novel Sejambak Bakti.


NILAI
CONTOH PERISTIWA
PENGAJARAN
1
Nilai Kegigihan
Contohnya,
Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya mendapat kejayaan.
2.
Nilai Pemaaf
Contohnya,
Razalisanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.
Kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan orang lain kerana sikap pemaaf merupakan sikap yang mulia.
3.
Nilai Kasih sayang
Contohnya,
Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira
4.
Nilai Bekerjasama
Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kenayaan
5
Nilai Bertanggungjawab
Contohnya,
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.
6.
Nilai Ketabahan
Contohnya,
Razali tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dicipta oleh Munir dan kawan-kawannya yang cemburu akan kejayaan Razali serta hubungan mesranya dengan Ramlah.
Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dalam kehidupan.
























Rabu, 21 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 8


Soalan 1 :  Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan rakan sebaya dalam kehidupan remaja dan kesan buruk tersilap memilih rakan sebaya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sekumpulan orang yang berada dalam lingkungan umur yang sama.  Rakan sebaya remaja terdiri daripada sekumpulan besar rakan mereka yang hampir sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan remaja.  Remaja lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehann. 

Peranan rakan sebaya menjadi lanjutan kepada proses sosialis dalam keluarga.  Kumpulan rakan sebaya dapat menjadi penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tegang.  Pada kebiasaannya, sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar.  Segala gerak geri dan tingkah laku akan diikuti oleh rakan sebayanya.  Rakan sebaya turut berperanan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.  Jika pelajar bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar, maka mereka akan terdorong untuk belajar dengan lebih gigih.  Rakan sebaya yang memiliki sikap positif secara semula jadi dapat mempengaruhi rakannya yang lain agar membuat perkara yang positif.  Oleh itu, remaja erlu bijak memilih rakan.  Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana rakan akan ada yang mempengaruhi kita ke arah kebaikan dan juga ke arah kejahatan.  Rakan sebaya yang dipilih perlu memiliki iman dan takwa, berprinsip serta teguh jati diri.  Mereka juga harus berakhlak mulia dan memiliki minat atau cita-cita yang hampir sama.

          Apabila remaja membesar, pengaruh rakan sebaya sebagai agen peneguhan semakin meningkat.  Agen peneguhan menjadi medium untuk remaja memantapkan jati diri dan kepercayaan mereka.  Mereka percaya bahawa mereka masih mempunyai seseorang atau sekumpulan sahabat yang boleh membantu atau setidak-tidaknya menjadi pendengar setia , berkongsi pendapat, membantu membuat keputusan atau lebih jauh sekiranya perkata itu melibatkan soal masa depan sendiri.  Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan rakan sebaya sebagai agen peneguhan diri untuk mengharungi segala rintangan yang mendepani mereka. 
Rakan sebaya juga berfungsi sebagai suri teladan sosial keana mereka seakan-akan “memberitahu” remaja tentang cara mereka harus bertingkah laku dalam situasi yang berbeza.  Tidak dapat dinafikan bahawa remaja memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerk balas tertentu denga memerhatikan tingkah laku rakan sebayanya.  Misalnya, remaja mempelajari bahawa memukul kawan itu salah dan tidak baik apabila melihat remaja yang  memukul kawan atau dimarahi guru.

          Rakan sebaya yang baik akan menolong kita tatkala kita menghadapi pancaroba  dalam kehidupan.  Oleh itu, pemilihan rakan yang baik sangat penting agar tingkah laku yang dibentuk hasil daripada pegaulan dengan rakan sebaya tersebut akan mendorong pembentukan sahsiah remaja yang baik pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Rakan Sebaya sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’ oleh Zulfazlan Jumrah, Dewan Siswa , Februari 2017)

Soalan 2(a) – Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)      Berikan maksud rangkai kata menghadapi pacaroba      [2 markah]

(ii)    Dalam petikan, pengarang telah menjelaskan beberapa panduan memilih rakan.

nyatakan  panduan-panduan tersebut.               [3 markah]

(iii)    Kesilapan ketika memilih rakan sebaya akan menimbulkan pelbagai implikasi buruk.

      Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa memastikan anak-anak memilih rakan sebaya yang betul?    [4 markah]

     

         


          












Sabtu, 17 Ogos 2019

PEMANTAPAN TATABAHASA - PERIBAHASA SPM


Soalan 3 – Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa



Soalan SPM Disember 2016

Soaln 3 (3)

Beri maksud peribahasa berikut:

(i)   Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

(ii)  Indah khabar daripada rupa.

(iii) Alah bisa tegal biasa.

                                                                                           [6 markah]


Soalan SPM Ulangan Jun 2017

Soalan 3(e)  



Peperiksaan SPM Disember 2017

Soalan 3(e)

Baca dialog di bawah dengan teliti.  Kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam dialog tersebut.


Dr. Hameed :  Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan  sikap berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.                      


Rajesh         :  Betul tu Dr. Hameed.  Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malahan kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepada jiran-jiran yang susah.                


Mei Ling       :  Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan itu. 


Rajesh         :  Saya bersetuju dengan pendapat Mei Ling itu.


                                                                             [6 markah)


Soalan Peperiksaan SPM Ulangan Jun 2017

3(e) Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang berikut:

(i)   Pelbagai kesusahan ditempuh sebelum menikmati kesenangan.

(ii)  Berani bertindak kerana tidak melakukan kesalahan.

(iii) Orang yang berjasa itu akan disebut-sebut namanya walaupun telah meninggal dunia.

                                                                                     [6 markah]


Soalan Peperiksaan SPM Ulangan Jun 2018

Soalan 3 (e)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam petikan tersebut.


           Pada cuti penggal sekolah yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah berkunjung ke Pulau Langkawi.  Pelbagai tempat menarik telah kami kunjungi dan banyak pengetahuan serta pengalaman baharu telah kami peroleh.  Bak kata orang ______(i)______.  Sekiranya kami tidak tahu arah untuk ke sesesuatu destinasi yang  hendak kami lawati, kami tidak berasa malu untuk bertanya kepada penduduk setempat agar kami tidak tersesat kerana ______(ii)______ .  Ada ketikanya perjalanan kami amat memenatkan dan cuaca panas menyebabkan kami ______(iii)______hingga pakaian kami basah dibuatnya.

                                                                                 {6 markah}


Soalan SPM Disember 2018

Soalan 3(e)

Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau yang hampir sama maksud dengan peribahasa berikut.

(i)   Gagak pulang ke benua.

(ii)  Alang-alang mandi biar basah.

(iii) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

                                                                                  (6 markah)



Soalan SPM Ulangan Jun 2019

Soalan 3 (e)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.

        Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan banyak kilang baharu didirikan di sesesuatu kawasan.  Pembinaan kilang-kilang ini telah menjadi tumpuan pennduduk sekitarnya untuk mencari rezeki dan sumber pendapatan.  Kemajuan bidang ini turut medorong orang luar datang menetap di kawasan tersebut. Oleh sebab itu, sebagai orang luar mereka perlu menyesuaikan diri dengan adat dan budaya setempat agar keharmonian dapat dikekalkan.


Jumaat, 16 Ogos 2019

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN & PEMAHAMAN SET 7 - Faedah Remaja Menyertai Persatuan


SKEMA JAWAPAN RUMUSAN 7 – FAEDAH REMAJA MENYERTAI PERSATUAN


Pendahuluan (P - 2 markah)

1.   Rumusan membincangkan manfaat-manfaat/kelebihan-kelebihan/kebaikan-kebaikan remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan penyertaannya.

2.   Petikan membincangkan manfaat-manfaat/kelebihan-kelebihan/kebaikan-kebaikan remaja menyertai persatuan dan sebab-sebab remaja melakukan perkara yang mendatangkan keseronokan tanpa memikirkan baik buruknya.


ISI TERSURAT (S  -  6 ISI = 12 MARKAH)

1.   Mengisi masa terluang

2.   Mengelakkan remaja daripada dipengaruhi anasir buruk

3.   Mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman

4.   Mendidik jati diri ke arah perkara yang pofitif

5.     Boleh memilih persatuan bergantung kepada minat dan kebolehan masing-masing

     6.     Mengembangkan bakat yang dimiliki

     7.     Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan

     8.     Membentuk hubungan kemanusiaan yang lebih baik/bersatu padu/saling menghormati/tidak mementingkan diri (mana-mana dua sifat)

     9.     Pergaualan sesama ahli akan mendewasakan remaja

    10.  Berfikiran terbuka /menerima perubahan yang membawa kebaikan

    11.  Dapat menyatakan pendapat/sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan

    12.  Memberi pendedahan tentang kepimpinan

    ISI TERSIRAT (T  -  4 MARKAH – 2 ISI)

     1.     Sekolah mengadakan aktiviti persatuan yang menarik minat remaja

     2.     Sekolah mewajibkan murid menyertai persatuan tertentu

     3.     Ibu bapa mendorong anak-anak agar berminat menyertai persatuan

     4.     Kerajaan/swasta/NGO mengadakan kempen tentang kelebihan berpersatuan

     5.     Menyediakan insentif yang menarik bagi remaja yang aktif dalam persatuan

     6.     Menjadikan syarat untuk melanjutkan pelajaran/mendapatkan pekerjaan
     
     
     KESIMPULAN (K  -  2 MARKAH)

     Semua pihak perlulah menggalakkan remaja untuk melibatkan diri dalam persatuan agar melahirkan generasi muda yang berketrampilan dan berdaya kepimpinan yang tinggi



f     CONTOH RUMUSAN LENGKAP

               Rumusan membincangkan manfaat-manfaat remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan penyertaannya.(P2)

               Antara faedah-faedahnya ialah melalui penyertaan dalam persatuan, remaja dapat mengisi masa terluang (S1) dan mengelakkan diri daripada dipengaruhi anasir buruk.(S2)  Selain itu, berpersatuan juga dapat mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman (S3) dan mendidik jati diri ke arah perkara yang positif.(S4)  Menyertai persatuan juga memberi peluang kepada setiap ahli mengembangkan bakat yang dimiliki (S5) di samping memberi pendedahan kepada remaja tentang kepimpinan.(S6)

              Langkah-langkah untuk menggalakkan penyertaanya ialah pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti berpersatuan yang menarik minat remaja.(T1)  Ibu bapa pula perlu mendorong anak-anak mereka menyertai persatuan yang diminati.(T2)

               Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggalakkan remaja untuk menyertai persatuan agar melahirkan generasi muda yang berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang tinggi,(K2)


                                                                               (112  patah perkataan)

     Pemarkahan:
P   P          =    2 markah
     S          =  12 markah
     T          =    4 markah
     K          =    2 markah
  
      Isi        =  20 markah

      Bahasa =  10 

      Jumlah =  30 markah

P




Khamis, 15 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN SET 7 - Kelebihan Remaja Berpersatuan

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah remaja menyertai persatuan dan langkah-langkah menggalakkan penyertaannya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai.  Banyak kes yang dicetuskan oleh golongan remaja, sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum agama.  Bagi remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka mempunyai banyak masa terluang.

          Bagi mengatasi rasa bosan dan masa terluang, remaja mengambil peluang untuk berkumpul dengan rakan sebaya.  Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya menjadi lebih agresif dan mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikirkan baik buruknya.  Perkara buruk mudah mendapat perhatian remaja tanpa disedari kerana perkara itu biasanya lain daripada yang lain.  Selain itu, melakukan perbuatan tersebut merupakan kemegahan dan kepuasan bagi mereka.

          Oleh itu, bagi mengisi masa terluang dan mengelakkan remaja daripada terpengaruh dengan anasir buruk, penyertaan dalam persatuan merupakan jalan terbaik.  Dengan menyertai persatuan, remaja dapat melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan kebaikan.  Ruang masa disalurkan kepada aktiviti persatuan yang dapat mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman dann mendidik jati diri ke arah perkara yang positif.

          Terdapat banyak persatuan yang sesuai disertai oleh golongan remaja.  Mereka boleh memilih untuk menyertai persatuan bergantung kepada minat dan kebolehan masing-masing.  Terdapat persatuan yang beroperasi pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah, dan tunggal.  Bentuk persatuan pula termasuklah bersifat sukarelawan, keagamaan, sukan dan hobi.  Semua persatuan adalah baik untuk disertai oleh remaja memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan kepada tujuan yang murni.

          Menyertai persatuan memberikan peluang bagi setiap ahli yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama mengembangkan bakat yang dimiliki.  Mereka dapat bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan demi membaiki dan meningkatkan kebolehan masing-masing.  Amat penting bagi ahli baharu untuk menimba pengalaman dengan ahli lama.  Ada persatuan melatih ahli tentang kepakaran tertentu termasuklah pertolongan cemas, kawad dan pengembaraan hutan.  Aktiviti ini merupakan sebahagian proses pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.

          Remaja yang menyertai persatuan dapat membentuk hubungan kemanusiaan yang baik, bersatu padu, saling menghormati, tidak mementingkan diri dan terbentuknya sifat-sifat murni lain.  Pergaulan sesama ahli persatuan akan mendewasakan remaja.  Pemikiran mereka lebih terbuka dan dapat menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan.  Remaja sendiri dapat menyatakan pendapat dan memberikan sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan.  Keadaan sedemikian menjadikan remaja lebih memahami kehidupan alam masyarakat yang kompleks. 

Malah persatuan juga memberikan pendedahan kepada remaja tentang kepimpinan.  Biasanya, remaja ditugaskan menjadi ahli jawatankuasa kepada persatuan yang disertainya.  Jawatan dalam persatuan merupakan suatu penghormatan kepada remaja. Pendedahan awal pengalaman memimpin persatuan merupakan asas terbaik untuk mendidik dan membentuk remaja menjadi pemimpin.  Lambat-laun remaja akan menggantikan pemimpin yang lama.  Mereka memerlukan pendedahan awal agar dapat mengabil alih tugas berat itu dengan persediaan yang cukup.  Seorang pemimpin bukannya dilahirkan , tetapi terbentuk melalui asuhan dan pengalaman yang berterusan.


(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Perlu Menyertai Persatuan’ oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, September 2015)


Soalan 2(a) - Pemahaman Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i)   Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat yang dimiliki.  
                                                                                       (2 markah)

(ii)  Pengarang telah mengemukakan pendapat tentang punca-punca remaja melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikir baik buruknya.

        Nyatakan punca-punca tersebut.                                  (3 markah)

(iii)   Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas beberapa faktor.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja tidak meminati aktiviti berpersatuan.    (4 markah)
                                                                                                       
          


semak jawapan rumusan di sini











Selasa, 13 Ogos 2019

SKEMA JAWAPAN HEBAT RUMUSAN 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 6


SKEMA JAWAPAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 6


Pendahuluan (2 markah)

Petikan membincangkan kaedah-kaedah/cara-cara  menerapkan semangat cintai alam sekitar dan cara-cara pendidikan alam sekitar oleh guru di sekolah.

Rumusan membincangkan kaedah-kaedah/cara-cara menerapkan semangat cintai alam sekitar dan kepentingan pendidikan penjagaan alam sekitar

ISI TERSURAT ( 6 ISI - 12 MARKAH)

1. Ibu bapa mendidik anak agar tidak menggunakan beg plastik semasa membeli barang keperluan
2. Ibu bapa mendidik anak memasukkan barangan ke dlaam beg kitar semula
3. Ibu bapa mendidik anak agar tidak melakukan pembakaran terbuka
4. Pihak sekolah mengadakan ceramah
5. Pihak sekolah mengadakan gotong royong- perdana
6. Pihak sekolah mengundang tokoh berpengalaman untuk berkongsi pendapat
7. Guru menyalurkan mesej tentang peri pentingnya cara hidup mesra alam
8. Pihak kerajaan mengadakan kempen sepanjang tahun
9. Pihak media menyediakan berita berbentuk pemantauan alam sekitar

ISI TERSURAT (2 ISI- 4 MARKAH) – kepentingan pendidikan alam sekitar

1. Melatih sikap menghargai dan bersyukur terhadap anugerah alam  sekitar
2. Melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar
3. Tidak melakukan sebarang kegiatan yang mencemarkan alam
4. Meningkatkan kesedaran generasi muda dan masyarakat
5. Mengelakan berlakunya pencemaran yang berleluasa 
6. Mewujudkan suasana kehidupan yang sihat dan sejahtera

KESIMPULAN – 2 MARKAH

Semua pihak perlukan bekerjasama dalam usaha mendidik generasi muda/murid tentang kepentingan penjagaan alam sekitar agar melahirkan rakyat yang cinta kepada alam sekitar anugerah Ilahi.  


PEMAHAMAN PETIKAN - Soalan 2(a)

(i)   Maksud rangkai kata 'impak yang besar' - kesan yang jelas

(ii)  cara guru memberi pendidikan alam sekitar
      
      -  melalui pengajaran dan pembelajaran yang menarik/tidak membosankan

      -  membawa murid belajar di luar kelas untuk merasai sendiri kepentingan alam sekitar yang bersih

      -  maklumat tentang alam sekitar diselitkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek tertentu seperti Bahasa Melayu 

(iii)    tindakan manusia yang mengakibatkan pencemaran alam
        
       - kegiatan perindustrian yang membebaskan asap hitam dari kilang

       - pembuangan sisa toksik , sampah-sarap, barangan pepejal ke dalam saliran dan sungai

       - pembakaran terbuka
      
       - penggunaan racun serangga berlebihan

       - kegiatan pembalakan haram










Isnin, 12 Ogos 2019

PEMANTAPAN TATABAHASA - AYAT SUSUNAN BIASA & AYAT SONGSANG

Kenali Ayat susunan biasa.
Subjek di depan dan predikat di belakang.

(Subjek + penerang subjek) + (predikat + penerang predikat.)

Contoh 1:

Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.

Siti Nurhaliza (subjek)
berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu. (Predikat)

* dengan kelahiran anak sulungnya itu (penerang predikat)


Contoh 2:

Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang.

Rumah yang telah usang itu (subjek)
* yang telah usang itu (penerang subjek)

telah roboh akibat angin kencang.(predikat)
* akibat angin kencang (penerang predikat)

Contoh 3:

Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.

Penduduk kampung (subjek)

menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.
* setiap tahun - keterangan masa 


Ayat Songsang apabila berlaku pendepanan predikat.

Contoh 1:

Berasa bersyukur Siti Nurhaliza dengan kelahiran anak sulungnya itu.
(pendepanan sebahagian predikat)

Berasa bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza.
(Pendepanan seluruh predikat)


Contoh 2:

Telah roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu.
(pendepanan seluruh predikat.

Telah roboh rumah yang telah usang itu akibat angin kencang.
(pendepanan sebahagian predikat)


Contoh 3:

Menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung setiap tahun.
(pendepanan sebahagian predikat)


Setiap tahun, menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung
(pendepanan sebahagian predikat.  - memulakan ayat dengan keterangan masa)


LATIHAN:

SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa  di bawah kepada  ayat susunan songsang  tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di sungai kanak-kanak itu.

2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
Ayat songsang: belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital.

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang. 
Ayat songsang : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

Ayat songsang: Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

Soalan 2:Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)                  Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
(ii)                  
(iii)                Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iv)               Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

Jawapan:

(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad. -(Pendepanan keseluruhan predikat)

 - Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu -(Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)

(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

-Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh predikat)

- Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana rasanya yang enak. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

- Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa adjektif)

(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

-        Di halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

-        Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)


-        Berguguran di halaman nuuah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan seluruh predikat)


SOALAN 3:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)      Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.

Ayat songsang: Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif sebentar tadi.

(ii)          Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi.

Ayat songsang: Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

(iii)      Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup  Sihat itu Sungguh menggalakkan

Ayat songsang: Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu.

SOALAN 2:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)        Budak-budak itu mandi di lombong.
Ayat songsang: Mandi di lombong budak-budak itu.


(ii)    Sufian Subandoro sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat di hospital Sufian Suharto.

      (iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik
Ayat songsang: Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.

       (ii) Anak-anak Pak Man Toya  itu berkejar-kejaran di taman.
Ayat songsang: Berkejar-kejaran di taman permainan anak-anak Pak Man.

(v)     Keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
Ayat songsang: Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.


(vi)  Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu


Ayat songsang: Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni.