HALAMAN 2

Sabtu, 8 November 2014

RESEPI CUCUR GERAGAU BASAH BERLADO


Pernah tengok udang geragau...ala udang yang halus-halus tu.  Haa..udang nie kalau buat jemput-jemput atau cucur sangat sedap tau,  Tapi susah jugak nak cari udang nie..di pasar jarang ada. Kadang-kadang je kalau ada rezeki.  Tapi pagi Jumaat tadi memang rezeki kerana ketika nak beli ikan,,,ternampak udang geragau ..segar-segar lagi.  Beli tiga kilo..simpan peti ais boleh buat cucur tiga kali.   

Dan bila sebut pasal cucur geragau...teringat kepada arwah ibu.  Ibu suka buat cucur geragau dan memang favourite kami sekeluarga.  Cucur ni boleh dikatakan resepi nostalgia cikgu masa kedil dulu.

Udang Geragau Basah



BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram udang geragau basah (segar -  lebih kurang 1 mangkuk besar)
1 biji bawang besar - hiris kasar
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili atau sambal kicap sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci dan toskan udang geragau.
  2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi , bawang besar,cili hijau/merah, daun sup, dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (jangn  terlalu cair- jangan terlalu pekat), kiranya boleh dicedok dengan sudu.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau dijemput-jemput dengan jari. Goreng hingga kuning keemasan.
  5. Hidangkan bersama sos cili....




Ahad, 2 November 2014

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN NOVEL


Berdasarkan novel yang telah anda kaji, bincangkan perwatakan dua watak sampingan dalam novel tersebut.  [7 markah]

NOVEL MELUNAS RINDU


        Novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu.  Salah seorang watak sampingan dalam novel ini ialah watak Farhana.  Farhana  merupakan seorang yang penyayang.  Contohnya, Farhana sangat menyayangi Fuad, emak dan adik-adiknya.

        Watak sampingan seterusnya ialah watak Pak Ismail.  Pak Ismail digambarkan sebagai seorang yang taat kepada perintah agama.  Contohnya, Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering melakukan solat berjemaah di surau.


NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
        
        Novel yang telah saya kaji ialah novel Kabus Di Perbukitan.  Salah seorang watak sampingan dalam novel ini ialah  Rahayu.  Rahayu merupakan seorang yang penyayang.  Contohnya, Rahayu sangat menyayangi ibunya Salmah dan ingin bertemu dengan ibu kandungnya itu.

       Watak sampingan yang seterusnya ialah watak Azrul.  Dalam novel ini, Azrul digambarkan sebagai seorang yang  gigih berusaha. Contohnya, Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.



SOALAN PERBANDINGAN DUA NOVEL

Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, jelaskan perwatakan satu watak utama dalam setiap novel tersebut.   [8 markah]


      Dua novel yang telah saya pelajari ialan novel Kabus Di Perbukitan dan Melunas Rindu.  Watak sampingan dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah watak Rahayu.  Rahayu digambarkan sebagai seorang yang penyayang.  Contohnya, Rahayu sangat menyayangi ibunya Salmah dan sangat ingin bertemu dengan ibu kandungnya itu.

      Manakala dalam novel Melunas Rindu, watak sampingannya ialah Farhana.  Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang.  Contohnya , Farhana sangat menyayangi Fuad, emak dan adik-adiknya.




PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN NOVEL KABUS DI PERBUKITAN



Watak Rahayu

• Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.

• Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap „lembik‟.

• Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.

• Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai „ulat buku‟ oleh Azrul.

• Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.

• Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.


Watak Azrul

• Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.

• Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul contohnya: rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.

• Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.

• Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.

• Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.

• Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak.

• Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.
• Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.


Watak Kamarudin

• Bapa kepada Rahayu dan Faridah.

• Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.

• Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.

• Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.

• Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.

• Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.

• Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.

• Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.

• Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.

• Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

Watak Salmah

• Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
• Isteri pertama kepada Kamarudin.
• Usianya menjangkau 50 tahun.

• Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.

• Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.

• Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.

• Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

Watak Benny
• Berasal dari Dubai.
• Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny

• Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.

• Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.

• Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.

• Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.
















WATAK SAMPINGAN MELLUNAS RINDU

Watak Sampingan :

FARHANA

1. Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya.

2. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara.

3. Farhana berumur dua puluh empat tahun.Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.

4. sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

5. Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual.

6. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.

7. Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

8. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya.

9. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.

10. itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yangbertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu.

11. Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yangtegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

12. Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

13. Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.


Pak Ismail
Merupakan suami kepada Mak Salmah
Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya.
Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat berjemaah di surau.
Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika isterinya sakit.


Mak Salmah
Merupakan isteri kepada Pak Ismail
Mengambil Sofia sebagai anak angkat
Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.

Robert Lim
Nama Islamnya ialah Roslan.
Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Susan.
Merupakan seorang ahli perniagaan.






Rabu, 29 Oktober 2014

GILA ROS JEPUN PULAKKK...!!!!!


Warnamu sungguh memikat.  Ada pink, merah, peach, oren, carnation, kuning, pepel pekat, putih. Bungamu kecil-kecil comel menggamit segaris senyum di bibir sesiapa sahaja yang memandang.  Walaupun mekarmu seketika cuma, namun cukup menceriakan hati yang gundah.   
Tak sabar menunggu sang mentari melimpahkan cahayanya.  Untuk menyaksikan kudup-kudupmu berkembang mekar di keheningan pagi.
Yang pasti, aku dah jatuh hati.
Bunga ros jepun  atau nama singkatan glamournua bunga RJ   si bunga comel!


Nama Tempatan: bunga ros jepun
Nama Saintifik: Portulaca Grandiflora
Nama Lain: bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili: Portulaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal: tumbuhan tempatan


Kali ni cikgu nak share sedikit info  tentang salah satu bunga favourite yang ada di taman mini cikgu, iaitu bunga Ros Jepun yang comel-comel tu. Kenapa bunga ni jadi kegilaanku? Tak lain tak bukan  kerana selain daripada cantik dan comel, bunga ni sangat senang dijaga dan sangat kerap berbunga tau


Ros Jepun Ungu - Comel, Kan?

Bunga ros Jepun ini tergolong dalam keluarga Portulacaceae   dan "tanah tumpah darahnya" ialah negara-negara di Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil dan Uruguay.

Selain dipanggil ros Jepun (nama saintifiknya: portulaca grandiflora), bunga ini juga dikenali sebagai bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh dan bunga gelang di Malaysia. Kalau kat tempat lain pulak, bunga ni dipanggil moss rose, time flower dan ten-o'clock flower.

Ros Jepun boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu merah jambu, merah terang, putih kuning, ungu dan oren. Ada juga yang mempunyai dua warna pada satu bunga iaitu merah jambu dan putih.

Pokok bunga ini senang membiak melalui akarnya yang menjalar dan boleh juga dibiakkan melalui keratan batang. Cucuk jer ke tanah, pasti hidup! Boleh juga dibiakkan melalui biji benih.

Ros Jepun suka kepada cahaya matahari yang banyak. Pokoknya akan mengeluarkan bunga yang banyak sekiranya mendapat cahaya yang mencukupi. Oleh itu, dedahkanlah dia pada cahaya matahari kat luar rumah tu; jangan diletak di tempat teduh atau di dalam rumah ye!




Ros Jepun Pelbagai Warna  

Kalau nak tengok bunga ni kembang penuh, tunggulah di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Cantik , comel dan sungguh ciut-miut dia masa tu! Lepas pada waktu tu, ros Jepun akan mulai layu dan akan kembang semula pada keesokan harinya pulak. Jadi, kalau nak ambil gambar tu, kenalah pada waktu yang disebutkan tadi. Kalau tak, melepaslah jawabnya, hehe..

Pokok bunga ros Jepun ini sesuai ditanam di atas tanah sebagai pelitup bumi  .  Selain itu, boleh juga digantung dalam pasu atau letakkan saja pasu tu kat atas tanah. Tapi  ,  batangnya mudah menjalar dan bahagian yang menyentuh tanah akan ditumbuhi akar! Jadi, pandai-pandailah menjaganya:  


Ros Jepun Kuning  

Tanah yang sesuai bagi tanaman ini adalah tanah yang tidak menakung air contohnya campuran tanah peroi, tanah gambut (boleh diganti dengan baja organik) dan pasir sungai. Akarnya akan reput jika tanahnya menakung air.

Walau bagaimanapun, pokoknya perlu disiram setiap hari sebanyak dua kali sahaja iaitu sekali pagi dan sekali petang. kalau asyik hujan jer, tak payahlah disiram!

Selain itu, selalu-selalulah cantas pucuknya untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan bunga. Tentang baja pulak, kalau nak juga dibaja gunalah baja cecair kerana baja biji boleh mencederakan batang pokok.

Batang-batang yang dicantas tu cucuk aje dalam tanah , mudah hidup.


Khasiat perubatan: daunnya boleh digunakan bagi merawat luka-luka kecil. Caranya: hancurkan daunnya dan tampalkan pada luka tu. Beres! Buatlah beberapa kali hingga sembuh.

Apa lagi yang Kak Yah nak citer tentang bunga ni? Rasanya setakat inilah dulu. Kalau korang ada soalan bolehlah taipkan di ruangan ulasan blog ini. Mana-mana yang boleh Kak Yah jawab, insyaallah Kak Yah akan jawab, ok?


Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. Terdapat juga jenis yang mempunya icampuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ros jepun mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang.  Akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
kegunaan:

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Lagi gambar-gambar RJ ku
































RESEPI IKAN SELAR MASAK ASAM REBUS BERNENAS...SEDAP!!!


       Apa sahaja masakan yang ada nenas memang favourite cikgu.......emmm sedap betul!!
Kuahnya yang masam-masam manis tu memang membangkitkan selera.  Kali ini nak share resepi favourite dan menyihatkan lagi lazat...sebab tak payah tumis pakai minyak...rebus aje...Makan dengan nasi putih panas-panas dan sayur memang sedap sampai berpeluh-peluh ..hehe



Mari tengok resepinya.


IKAN SELAR MASAK ASAM REBUS BERNENAS

4 ekor ikan selar @ ikan kembung ( guna ikan lain pon boleh)
Bersihkan dan rendam sekejap dengan air asam untuk hilangkan bau hanyir.

Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 hirisan kunyit hidup
8 batang lada kering
belacan

air asam jawa (cikgu tak suka guna asam keping)
3 tangkai daun kesom
3 potong kobis jeruk
1 batang serai (dititik)
nenas dipotong kecil2 atau dihiris pun boleh(ikut suka berapa banyak) dan dicelur sekejap
gula  
garam
air secukupnya

Cara-cara masak :

1. Sediakan periuk yang sesuai.  
2.  Masukkan bahan-bahan yang dah dikisar, serai , daun kesom , kobis jeruk ke dalam periuk.  Kacau sekejap
3. Masukkan 2 cawan air asam jawa
4. Jerang dengan api kecil sampai mendidih.
5. Masukkan nenas.  Kemudian masukkan ikan...gula....garam
6. Sesuaikan rasa masamnya...tambah air atau air asam jawa yang mana perlu sampai kuahnya menutupi ikan ye.
7. Bila kuah mendidih semula boleh la tutup api.  


Dah siap..senangkan.  Sedap.












Isnin, 27 Oktober 2014

NOTA TEKNIK PLOT NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

NOVEL TINGKATAN 5 - KABUS DI PERBUKITAN-TEKNIK PLOT
TEKNIK PLOT

Teknik plot ialah cara-cara yang digunakan oleh peengarang cerita untuk membina plot cerita



Secara dasar teknik plot berperanan

1. Mengembangkan jalan cerita (plot)

2. Menceritakan / memperkenalkan watak dan perwatakan watak

3. Menceritakan latar cerita



Terdapat beberapa teknik plot yang sering digunakan oleh penulis dalam novel ini

1. dialog

2. monolog

3. imbas kembali

4. imbas muka

5. pemerian

6. suspens

7. kejutan

8. gambaran peristiwa serentak



1.DIALOG




Perbualan antara dua atau lebih daripada dua orang



Contoh:



“Maafkan abang. Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar. Namanya Faridah. Abang tak pernah beritahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa. Faridah tinggal bersama ibunya. Semalam dia kemalangan di Bukit Fraser, malangnya dia telah hilang.” Kamarudin menceritakan seba sedikit, dia ingin ke tempat kejadian, memastikan apa yang sebenarnya berlaku.



2. MONOLOG



Bercakap seorang diri /bercakap dalam hati



Contoh:



“Selamat tinggal Melina.” Benny berbisik perlahan yang hanya didengarinya

sendiri.

Muka suarat 214



“Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek,” bisik Melina.

Muka surat 230



3.IMBAS KEMBALI



Contoh:

Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun.

Muka surat 101



4.IMBAS MUKA



Contoh:

Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga,

menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu,

barangkali menantinya pulang.

Muka surat 12



5.PEMERIAN



Contoh:

Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Lampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga.

Muka surat 13



6.SUSPENS



Contoh:

“Saya dengar kakak orang Selangor juga,” kata Datin Aisyah memulakan perbualan.

“tentu datin tertanya-tanya,” balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga.”

“Masya-Allah, sekampung rupanya kita,” balas Datul Azrul kagum. “Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... .”




-Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.

Muka surat 205



E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya.




-Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik.

Muka surat 208



Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar.




-Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya.

Muka surat 228



7.KEJUTAN



Contoh

“Mungkin sudah takdirnya di sini,” balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. “Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... .”

“Datuk kenal arwah adik saya?”

Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan.

“Tentu Faridah ingat saya juga – Azrul... .”

Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. “Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... .”




-Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah.

Muka surat 206



Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli




-Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu.

Muka surat 68



Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu




-Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser

Muka surat 73



Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking




-Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh buaya putih yang keramat.

Muka surat 83



8.GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK


Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa

Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah selama 14 tahun.



KISAH 1

Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di perpustakaan. Dia

melihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang jalan berkecai dan Rahayu

terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya melihat pucuk-pucuk kayu merimbun

kehijauan lantas menjerit meminta tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai.



Pada masa yang sama



Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal. Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya berpinar-pinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan tidak sedarkan diri.



Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama.



KISAH 2

Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk menemui Benny bagi membincangkan masa depan Melina dan Benny.


Cikgu Chom

Selasa, 21 Oktober 2014

KARANGAN ULASAN PT3 - KEBAIKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN


BAHAGIAN C

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti.  Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Kandungan Buah-buahan dan 
Sayur-sayuran serta Kebaikannya




Kandungan                                                                                         Kebaikan

  • mengandungi serat yang tinggi                           -   dapat mengurangkan risiko      
  • mengandungi mineral dan vitamin                          menghadapi sembelit
  • banyak mengandungi potassium(kalium)        -   dapat mencantikkan kulit dan 
  • membekalkan antioksidan                                       menyembuhkan luka pada kulit
  • mempunyai rasa yang tersendiri                        -   menguatkan otot-otot badan                                                                                                                -   melambatkan penuaan dan                                                                                                                      membentuk wajah                                                                                                                                   yang ceria 
  •                                                                                        -   dapat dijadikan sebagai                                                                                                                                  pembasuh  mulut








PENGENALAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran  memang banyak khasiatnya
ISI TERSURAT
-   Mengandungi serat yang tinggi untuk mengurangkan risiko menghadapi masalah sembelit
-   mengandungi mineral dan vitamin serta potassium (kalium) yang dapat membantu mencantikkan kulit , menyembuhkan luka pada kulit dan menguatkan otot-otot badan


ISI TERSIRAT
-  gaya hidup pada masa kini menyebabkan terdapat golongan masyarakat terutama golongan remaja yang terlalu gemar makan makanan segera yang bukan sahaja tiidak berkhasiat malah boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti dan darah tinggi.
-  masyarakat perlu digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat mental dan fizikal
-  pelbagai kempen tentang perlulnya makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta
-  maklumat tentang kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diuar-uarkan kepada masyarakat melalui iklan atau rancangan televisyen
-  ibu bapa perlu memberi anak-anak mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran sejak kecil lagi

PENUTUP
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia.


Contoh Karangan

                Buah-buahan dan sayur-sayuran memang banyak khasiatnya.  Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi untuk mengurangkan risiko menghadapi masalah sembelit. Kandungan mineral dan vitamin serta potassium yang dapat membantu mencantikkan kulit , menyembuhkan luka pada kulit dan menguatkan otot-otot badan,   Masyarakat perlu digalakkan untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat mental dan fizikal. Pelbagai kempen tentang kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dilaksanakan oleh pihak kerjaan dan pihak swasta.  Ibu bapa perlu memberi anak-anak mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran sejak kecil lagi . Justeru, buah-buahan dan sayur-sayuran memang mengandungi pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia.

                                                                                                                               (100 patah perkataan)


Ahad, 19 Oktober 2014

ULANG KAJI & LATIH TUBI TATABAHASA - SIRI 1 :Mengenal pasti kesalahan tatabahasa

Kepada;

Pelajar-pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari 2014

Tarikh latihan:  19 Oktober 1014 (Hari Ahad) 

Arahan:
1.  'Copy' latihan dalam 'microsoft word'
2.  Jawab soalan dan hantar jawapan ke emel cikgu untuk disemak.
     emel cikgu:  kalsom.haron@yahoo.com
3.  Sebagai pilihan lain, pelajar juga boleh menulis jawapan di bahagian      ulasan di bawah.
4.  Pelajar-pelajar yang membuat latihan dalam blog akan mendapat
     markah bonus yang akan ditambah dalam markah peperiksaan akhir      tahun. 
5.  Selamat membuat ulang kaji.  Terima kasih


Bahagian A

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh:

Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.

Tiap  -        Setiap/Tiap-tiap________________


1.   Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
______________________________________

2.  En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
______________________________________

3.  Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
______________________________________

5.  Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
______________________________________

7.  Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
______________________________________

8.  "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
______________________________________

9.  Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.
______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

11.  "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.
______________________________________

12.  Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi di dalam hutan.
______________________________________

13.  Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.
______________________________________

15.  Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
______________________________________

16.  Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai. 
______________________________________

17.  Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan dibangunkan oleh pemaju perumahan.
______________________________________

18.  Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di sekolah.
______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
______________________________________

20.  "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
______________________________________

21.  Sejak tadi lagi  pemuda itu asyik pandang Farhana.
______________________________________

22.  Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
______________________________________

23.  Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.
______________________________________

24.  Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.
______________________________________

25.  Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.
______________________________________

26.  Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
______________________________________

27.  Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.
______________________________________

28.  Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
______________________________________

29.  Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-bual dengan mereka seketika.
______________________________________

30.  Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.
______________________________________

31.  Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.
______________________________________

32.  Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
______________________________________

33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.
_____________________________________________________

35.  Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.
______________________________________

Ahad, 12 Oktober 2014

KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL

 ASPEK LATAR MASYARAKAT

Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat/Kritikan Sosial Masyarakat

             KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL MELUNAS RINDU

1. Masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.
• Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.

2.     Masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.
•       Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Perbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.

3.     Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain
•       Cikgu Zamani menjemput rakan-rakan guru yang lain termasuk Fuad untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada suatu malam. Cikgu Zamani mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan orang lain. Cikgu Zamani yang tidak suka akan sikap Farhana yang lepas laku menasihati Fuad supaya tidak memilih Farhana sebagai isterinya.

4.     Masyarakat yang menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga.
•       Fuad terpaksa berpisah dengan ibunya Mariana setelah ayahnya iaitu Robert Lim bercerai dengan ibunya.

5.     Masyarakat yang tidak boleh menerima teguran
•       Cikgu Zamani marah apabila ditegur oleh Cikgu Farhana kerana tidak masuk ke kelas Matematik 5 Cemerlang .
       
6. Masyarakat yang tidak taat akan perintah agama.
• Farhana yang kerap meninggalkan solat ketika dalam perjalanan. Dia juga sering meninggalkan solat Subuh terutama ketika bercuti di rumah ibunya dan hanya menunaikan solat mengikut keselesaannya.


KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

1.     Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga.
•       Peristiwa penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan isterinya, Salmah. Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu.

2.     Masyarakat yang longgar pegangan agama.
•       Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya.
•       Benny minum arak walaupun dia orang Islam

3.     Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hidup barat
•       Melina yang mengamalkan gaya hidup bebas. Melina bebas bergaul dengan Benny walaupun Benny baru dikenalinya. Dia mengajak Benny masuk ke pangsapurinya sementara dia bersiap untuk ke pusat bandar.

4.     Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
•       Kamarudin meninggalkan isterinya Salmah tanpa khabar berita dan tidak memberikan nafkah zahir batin terhadap isterinya.
•       Benny meninggalkan Melina tanpa khabar berita

5.     Masyarakat yang curang.
•       Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya dan berkahwin dengan Hamidah tanpa kebenaran isteri pertamanya, Salmah.

6. Masyarakat yang terlalu ekstrim dengan perjuangan Islam.
• Benny terpengaruh dengan perjuangan Islam yang ekstrim yang diketuai oleh Muhammad Attar sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

7. Masyarakat yang percaya kepada bomoh.
• Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh bomoh bukan




MODUL SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan 4(a)
Berdasarkan satu novel yang anda pelajari huraikan dua kepincangan masyarakat yang dikemukkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
 (7 markah)

Novel Melunas Rindu

                     Novel yang saya pelajari ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.  Kepincangan masyarakat ialah sifat-sifat negatif masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel.  Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.  Ini jelas dibuktikan melalui peristiwa Cikgu Zamani yang tidak amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Cikgu Zamani kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.

          Selain itu terdapat juga masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.  Contohnya, Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Perbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.

    (Markah Isi = 4, markah bahasa 3 = 7 markah)




Kabus Di Perbukitan



             Novel yang saya pelajari ialan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah.  Kepincangan masyarakat ialah sifat-sifat negatif masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel.  Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah  Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga.  Contohnya dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan isterinya, Salmah. Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu.

             Selain itu, terdapat juga masyarakat yang longgar pegangan agama.  Contohnya melalui peristiwa  Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya.




MODEL SOALAN DUA NOVEL

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari jelaskan dua kepincangan masyarakat daripada setiap novel.  [8 markah]


          Novel yang saya pelajari ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel yang saya pelajari ialan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah.  Kepincangan masyarakat ialah sifat-sifat negatif masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel.

         Antara kepincangan masyarakat yang dipaparkan ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.   dalam novel Melunas Rindu , kepincangan masyarakat ini jelas dilihat apabila  Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Perbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.  Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula. Mejar(B) Kamarudin meninggalkan isterinya Salmah tanpa khabar berita dan tidak memberikan nafkah zahir batin terhadap isterinya.
Benny juga meninggalkan Melina tanpa khabar berita.

         Kepincangan masyarakat yang seterusnya dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah  masyarakat yang longgar pegangan agama.  Sebagai contoh,  Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya.
       
         Manakala dalam novel Melunas Rindu terdapat kepincangan masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.  Contoh jelas ialah melalui peristiwa Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.



 Cikgu Chom