HALAMAN 2

Isnin, 12 Oktober 2020

PEMBETULAN SOALAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 - 2020 SMK CONVENT


iv) Novel

(i) Faktor-faktor mengapa Dr Maxi dan Aqram cuba mendapatkan Farisa

P1   mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya  

P2  untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara kerana Karl sakit 

P3  menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha /mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok computer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.  

(isi cukup 3 isi – 4 markah)                                                                  

 

ii ) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut

 

Bil

Persoalan(1 markah)

Huraian ( 1 markah)

 

Kecanggihan teknologi pada masa hadapan

v  Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.

v  Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.

v   

 

Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.

v  Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.

v  Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

 

Kasih sayang sesama ahli keluarga

v  Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.

v  Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.

 

Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan

masyarakat.

v  Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.

v  Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup  sebagai ateis.

 

Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

v    Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat

v     

 

Sikap prihatin terhadap rakan

v  Sebagai rakan yang prihatin,Shida dan Rosman melawat Farisha yang sakit dan dirawat di wad 2B. Rosman berasa terkilan kerana membiarkan Farisha bekerja sendirian

 

Keberanian dalam membuat keputusan

v  Farisha berani menerima tawaran daripada Soft lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran 1.5 juta

 

Ketabahan dalam menerima kenyataan

 

v  Farisha tabah menerima hakikat bahawa keluarga Azraai ialah keluarga angkatnya dan Karl serta Medina yang dikenalinya ialah ibu bapanya yang sebenar

 

Persoalan nilai kemanusiaan sesama insan

v  Dr. Maxi dan Aqram membantu Medina (Marilyn) melarikan Farisha untuk diserahkan kepada keluarga angkat kerana tidak sanggup melihat bayi itu terus dijadikan bahan kajian Karl.

 





























PEMBETULAN RUMUSAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 - 2020


BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 Markah]

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemalangan jalan raya dan punca-punca berlakunya kemalangan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sudah pasti, kejadian perlanggaran antara sebuah bas ekspres dan sebuah bas sekolah berhampiran Merapoh di laluan Lipis - Gua Musang ketika orang ramai berpusu-pusu menuju ke kota selepas seminggu berhari raya mengundang polemik dan menjadi topik perbualan setiap lapisan masyarakat.

Namun, statistik Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) menunjukkan kes-kes kemalangan termasuk yang membabitkan kecelakaan nyawa menurun dari setahun ke setahun antara 1996 hingga 2002. Pengurangan ini mungkin sedikit sebanyak dibantu oleh keadaan jalan raya yang bertambah baik termasuklah pelebaran jalan persekutuan dan negeri, naik taraf jalan raya kepada lebuh raya dan pemasangan tanda-tanda keselamatan di kawasan yang disenaraikan sebagai kawasan kemalangan. Di samping itu, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan dari semasa ke semasa mengadakan operasi-operasi pencegahan. Perkembangan akitviti penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam industri automatif telah membolehkan pengeluaran kenderaan terkini yang dilengkapi dengan sistem pemanduan yang lebih sempurna dan sistem amaran awal. Selain korban dan kecederaan, kemalangan jalan raya turut menyumbang kepada implikasi negatif kepada sektor ekonomi. Perangkaan MKJR menunjukkan bahawa kerugian kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah RM6.1 juta (1997), RM5.6 juta hingga RM5.4 juta (2002). Selain itu, setiap tahun kerajaan dan pihak-pihak berkaitan membelanjakan RM6 bilionuntuk tujuan baik pulih, tuntutan insuran, dan bil perubatan akibat kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya yang menimpa golongan pekerja sewaktu ke tempat bertugas boleh menjejaskan produktiviti negara. Kehilangan seorang kakitangan dalam kemalangan jalan raya merupakan satu perkhabaran yang tidak baik kepada mana-mana organisasi. Hal ini kerana kos sumber manusia akan bertambah terutamanya yang membabitkan perbelanjaan mengambil pekerja baru dan kos untuk latihan semula. Jika diperincikan lagi, kebanyakan mangsa korban kemalangan berusia antara 18-40 tahun. Golongan ini merupakan aset masa hadapan negara. Jika masalah ini tidak diatasi kita akan kekurangan penduduk muda dan keperluan tenaga kerja terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing.

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku boleh menyebabkan pelabur-pelabur asing berasa pelaburan mereka ini tidak menguntungkan kerana proses penghantaran barang menjadi lambat ekoran kemalangan jalan raya. Para pelancong asing juga mungkin tidak mahu mengunjungi negara jika mereka menaiki kenderaan awam yang dipandu oleh pemandu-pemandu yang tidak berhemah dan tidak bertoleransi di atas jalan raya.

                                      (Diubahsuaikan daripada rencana Kesan Kemalangan Jalan Raya Terhadap Ekonomi’, Dewan Siswa, April 2004)

 

 

Jawapan :

Pendahuluan                                                                                                            

P1  Rumusan membincangkan akibat/impak kemalangan jalan raya di negara kita.          

P2  Rumusan membincangkan akibat/impak kemalangan jalan raya dan sebab-sebab/ faktor -faktor berlakunya kemalangan di negara kita.                                                                         

 

Isi tersurat                                                                                                                

P1  Keluaran Negara kasar mengalami kerugian                                                               

P2  Perbelanjaan tinggi untuk tujuan baik pulih, tuntutan insuran, dan bil perubatan            

P3  Kemalangan jalan raya yang menimpa golongan pekerja menjejaskan produktiviti negara      

P4  Kehilangan seorang kakitangan menyebabkan kos sumber manusia akan bertambah.  

P5  Negara kekurangan penduduk muda dan tenaga kerja                                              

P6  Negara terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing                                               

P7  Pelabur-pelabur asing berasa pelaburan mereka tidak menguntungkan                         

P8  Para pelancong asing tidak mahu mengunjungi negara                                                 

P9  Organisasi yang berkenaan akan kehilangan kakitangan                                              

 

Isi tersirat                                                                                                                  

T1  Pemandu memandu dengan cuai / lalai / mangantuk

T2  Pemandu memandu dalam keadaan mabuk

T3  Pemandu tidak berhemah

T4  Pemandu memandu dalam keadaan panas baran

T5  Pemandu melanggar peraturan jalan raya / memandu dengan hadlaju maksimum

T6  Keadaan jalan raya sempit / bengkang-bengkok / berlubang-lubang /kurang selesa

T7  Kereta tidak diselenggarakan dengan baik / betul / mengikut jadual

T8  Pemandu memandu mnegikut emosi

T9  Pemandu tidak bertoleransi

 

Kesimpulan                                                                                                               

Kesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama mengatasi kemalangan jalan raya agar keselamatan pemandu terpelihara.