HALAMAN 2

Khamis, 1 Ogos 2013

JEJAK SPM 2013 : SKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN - LATIHAN RUMUSAN 2





SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN - LATIHAN RUMUSAN 2

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Soalan 2(a) : Petikan Umum
i) Maksud rangkai kata kesejahteraan minda ialah:
• ketenangan / ketenteraman pemikiran/fikiran/akal - 2 markah
• ketenangan /ketenteraman minda - 1 markah
• kesejahteraan pemikiran/fikiran/akal - 1 markah
[Maksimum: 2 markah]

ii) Tabiat buruk yang diamalkan ketika makan:
• makan tanpa mengikut waktu makan yang sepatutnya.
• gemar menikmati makanan ketika menonton televisyen.
• makan tergesa-gesa.
[Maksimum: 3 markah]

iii) Langkah-langkah untuk mengalakkan amalan makan bersama-sama dengan keluarga:
• kempen galakan makan bersama-sama dengan keluarga.
• media massa menguar-uarkan kebaikan amalan makan bersama-sama dengan keluarga.
• ibu bapa menetapkan waktu makan bersama-sama dengan keluarga.
• melatih/mengasuh anak anak-anak makan bersama-sama sejak kecil.
• menyediakan makanan kesukaan/kegemaran keluarga.
[Maksimum: 4 markah]

Tiada ulasan: