HALAMAN 2

Khamis, 15 Ogos 2013

NOTA NOVEL KABUS DI PERBUKITAN : BIODATA PENULIS




BIODATA PENULIS -Mohamad Kholid Hamzah



Pertemuan dan perpisahan memanglah takdir, namun hati yang terluka kadang-kadang sukar menerima. Kehilangan membawa resah berpanjangan, membawa diri mencari kedamaian hati dan cinta. Merentas dekad dan negara, cinta terpaut di bumi kiwi. Di situ kasih bercambah, di situ rindu melimpah. Hujan emas di negeri orang, namun tanah tumpah darah dan air mata mengamit jua. Faridah akur dengan runtunan jiwa, kembali menjejak bumi yang suku abad ditinggalkan, menautkan kasih antara dua negara. Dia berjanji pada tanah ini - susur galur - akar tunjang keturunan akan teguh. Dia pulang membina jati diri di tanah air sendiri. Dia bukan enggang, dia hanyalah bangau yang akhirnya pulang ke belakang kerbau.

Latar Belakang Penulis

Novel ini ditulis oleh Mohamad Kholid Hamzah. Beliau dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Dato' Manan Tanjung Karang dan Sekolah Menengah (lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Mendapat Diploma Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi(kaunseling) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.


Hasil Karya


Beliau banyak menghasilkan karya cerpen dan puisi. Kebanyakan hasil karya beliau disiarkan di akhbar, majalah dan termuat dalam antologi. Beliau juga menghasilkan novel kanak-kanak bersiri iaitu Siri Penyiasat Ekstrovert. Selain menghasilkan Novel Kabus di Perbukitan , beliau juga telah menulis Novel Desir Angin di Pergunungan(DBP,2008), Rahang Maut (PTS Millennia) dan Mengejar Pelangi (DBP2010).


Pencapaian

Cerpen beliau Anugerah memenangi sagu hati Hadiah Sastera Berunsur Islam IX, 2005, manakala novel Kabus di Perbukitan memenangi sagu hati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2006. Novel kanak-kanak beliau Pengembaraan Si Belimbing memenangi hadiah utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kategori Kanak-kanak Karyanet(DBP2006)


Tiada ulasan: