Rabu, 29 Julai 2015
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
Nota padat yang sangat berguna kepada pelajar tingkatan 4.. Semoga cikgu dilimpahkan rezeki
padat , mantop, sedap, padu dan berguna bagi pelajar
Ok bagi pelajat tingkatan 4&5 ...semoga mereka yang menduduki SPM 2018 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
assalamualaikum..mohon untuk dikongsi sebagai rujukan..terima kasih
Tq Bosku
minta izin copy ye bagi tujuan kerja pembentngan
Terima kasih, izinkan saya rujuk
terima kasih akhirnya jumpa juga..... esok last hantar buku skrap
Nasib baik jumpa. Boleh buat rujukan
Terima kasih yehee boih
Terima kasih
terima kasih. ia sangat membantu saya mempelajari novel ini.
SPM LAST Minit!!!! URAAAAA
Catat Ulasan