Isnin, 27 Julai 2015
Tema dan Persoalan Novel Di Sebalik Dinara
NOVEL DI SEBALIK
Tema
Persaingan dalam dunia sains.
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
Persoalan
1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
contohnya: Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.
· Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.
2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
contohnya: Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
· Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3. Kasih sayang sesama ahli keluarga
contohnya: Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.
· Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.
4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
· Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.
· Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.
5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
contohnya: Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
terima kasih untk informasi ini cikgu.saya tidak bersekolah selama 5 bulan jasi banyak tertinggal.
Juat nice... cayalahh
nice
nice cikgu
Padat dan tepat
Bagus
terima kasih , ianya sangat membantu serba sedikit
Sama sama
Nice and thanks
Mantap
Adakah sy seorang menusia?
Woi
👍🏻
Very nice bosskurr
Assalamualaikum..mohon izin kongsi nota ini bersama murid - murid..terima kasih
Tema cara menjawabnya mmg begitu ke cikgu?
Baik cikgu
Waduhhh ujian jo kami karang....pa"pun ponsikou la bgi tema sama cth
Saya nak salin ya cikgu
Ndak mau
Tak pe usaha lagi
Bukan awak seorg mAnusia
Catat Ulasan