Baca petikan dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah remaja
menyertai persatuan dan langkah-langkah
menggalakkan penyertaannya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Golongan remaja sering mendapat perhatian ramai. Banyak kes yang dicetuskan oleh golongan
remaja, sehingga mereka dipandang serong akibat perbuatan yang tidak bermoral
dan bertentangan dengan hukum agama. Bagi
remaja yang telah menamatkan persekolahan dan masih belum bekerja, mereka
mempunyai banyak masa terluang.
Bagi mengatasi rasa bosan dan masa
terluang, remaja mengambil peluang untuk berkumpul dengan rakan sebaya. Apabila berkumpul, sikap remaja biasanya
menjadi lebih agresif dan mudah terdorong untuk melakukan perbuatan yang
mendatangkan keseronokan tanpa memikirkan baik buruknya. Perkara buruk mudah mendapat perhatian remaja
tanpa disedari kerana perkara itu biasanya lain daripada yang lain. Selain itu, melakukan perbuatan tersebut
merupakan kemegahan dan kepuasan bagi mereka.
Oleh itu, bagi mengisi masa terluang
dan mengelakkan remaja daripada terpengaruh dengan anasir buruk, penyertaan dalam
persatuan merupakan jalan terbaik. Dengan
menyertai persatuan, remaja dapat melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan
kebaikan. Ruang masa disalurkan kepada
aktiviti persatuan yang dapat mendedahkan mereka kepada banyak pengalaman dann
mendidik jati diri ke arah perkara yang positif.
Terdapat banyak persatuan yang sesuai
disertai oleh golongan remaja. Mereka boleh
memilih untuk menyertai persatuan bergantung kepada minat dan kebolehan
masing-masing. Terdapat persatuan yang
beroperasi pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah, dan
tunggal. Bentuk persatuan pula
termasuklah bersifat sukarelawan, keagamaan, sukan dan hobi. Semua persatuan adalah baik untuk disertai
oleh remaja memandangkan matlamat penubuhannya berasaskan kepada tujuan yang
murni.
Menyertai persatuan memberikan peluang
bagi setiap ahli yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama mengembangkan
bakat yang dimiliki. Mereka dapat
bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan demi membaiki dan meningkatkan
kebolehan masing-masing. Amat penting
bagi ahli baharu untuk menimba pengalaman dengan ahli lama. Ada persatuan melatih ahli tentang kepakaran
tertentu termasuklah pertolongan cemas, kawad dan pengembaraan hutan. Aktiviti ini merupakan sebahagian proses
pembelajaran dan pengumpulan pengalaman.
Remaja yang menyertai persatuan dapat
membentuk hubungan kemanusiaan yang baik, bersatu padu, saling menghormati,
tidak mementingkan diri dan terbentuknya sifat-sifat murni lain. Pergaulan sesama ahli persatuan akan
mendewasakan remaja. Pemikiran mereka
lebih terbuka dan dapat menerima perubahan yang membawa kepada kebaikan. Remaja sendiri dapat menyatakan pendapat dan
memberikan sumbangan bermakna kepada kemajuan persatuan. Keadaan sedemikian menjadikan remaja lebih
memahami kehidupan alam masyarakat yang kompleks.
Malah persatuan juga memberikan
pendedahan kepada remaja tentang kepimpinan.
Biasanya, remaja ditugaskan menjadi ahli jawatankuasa kepada persatuan
yang disertainya. Jawatan dalam
persatuan merupakan suatu penghormatan kepada remaja. Pendedahan awal pengalaman
memimpin persatuan merupakan asas terbaik untuk mendidik dan membentuk remaja
menjadi pemimpin. Lambat-laun remaja
akan menggantikan pemimpin yang lama. Mereka
memerlukan pendedahan awal agar dapat mengabil alih tugas berat itu dengan
persediaan yang cukup. Seorang pemimpin
bukannya dilahirkan , tetapi terbentuk melalui asuhan dan pengalaman yang
berterusan.
(Dipetik
dan diubah suai daripada ‘Remaja Perlu Menyertai Persatuan’ oleh Lokman Ismail,
Dewan Siswa, September 2015)
Soalan 2(a) - Pemahaman Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat yang dimiliki.
(2 markah)
(ii) Pengarang telah mengemukakan pendapat tentang punca-punca remaja melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikir baik buruknya.
Nyatakan punca-punca tersebut. (3 markah)
(iii) Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas beberapa faktor.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja tidak meminati aktiviti berpersatuan. (4 markah)
Soalan 2(a) - Pemahaman Petikan umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengembangkan bakat yang dimiliki.
(2 markah)
(ii) Pengarang telah mengemukakan pendapat tentang punca-punca remaja melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronokan tanpa memikir baik buruknya.
Nyatakan punca-punca tersebut. (3 markah)
(iii) Masih terdapat golongan remaja yang tidak suka berpersatuan atas beberapa faktor.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan golongan remaja tidak meminati aktiviti berpersatuan. (4 markah)
semak jawapan rumusan di sini
7 ulasan:
Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours
More than 160,000 men and women are hacking their diet with a easy and SECRET "liquids hack" to drop 1-2lbs each night while they sleep.
It's painless and it works on anybody.
This is how you can do it yourself:
1) Go grab a glass and fill it with water half glass
2) Proceed to use this weight losing HACK
you'll become 1-2lbs skinnier the very next day!
nak jawapan untuk soalan pemahamannya
nak jawapan soalan pemahaman
Ya
Untuk menyemak
Ya
Untuk menyemak
Catat Ulasan