HALAMAN 2

Ahad, 11 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - TEKNIK MENULIS RUMUSAN YANG TEPAT


MARI MENULIS RUMUSAN YANG TEPAT
HEBAT SPM 2019


Soalan Rumusan – 30 markah

 Teknik penulisan rumusan

      1.    Tulis dalam empat perenggan
-      Perenggan Pendahuluan
 -      Perenggan isi tersurat
 -      Perenggan isi tersirat
 -      Perenggan kesimpulan

     2.    Frasa untuk memulakan perenggan

Pendahuluan – Petikan/Rumusan ini membincangkan
Isi tersurat –   Antara ..(aspek pertama/kata kunci isi tersurat dalam soalan)
Isi tersirat  -   Antara..(aspek kedua/kata kunci isi tersirat dalam soalan)
Kesimpulan –  Kesimpulannya,

     3.    Pemarkahan Isi

Pendahuluan (P)  -                             2 markah
Isi tersurat (S)    -   6 isi                   12 markah
Isi tersirat (T)      -  2 isi                    4 markah
Kesimpulan (K)   -                              2 markah
                                                       _________
Markah Penuh isi                              20 markah


   4.    Pemarkahan Bahasa – 10 markah (markah bahasa separuh daripada markah isi yang diberikan)

   5.    Markah Isi     -                  20 markah
          Markah Bahasa-                10 markah

       Markah penuh rumusan       30 markah  


       

soalan rumusan SPM 2018


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian  buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lambakan graduan yang menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu membimbangkan, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk memastikan mereka dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan.  Masalah ini dapat diatasi sekiranya graduan membuat pelbagi persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.  Mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial, iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain.  Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja.

    Selain itu, graduan perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan.  Kepetahan dan kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa ditemu duga.  Penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi keutamaan para graduan.  Oleh yang demikian, mereka dapat berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar negara dan berupaya untuk bersaing pada peringkat global.  Tidak hairanlah graduan yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta kerana mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan graduan yang lain.  Mereka turut berpeluang untuk bekerja di luar negara ataupun bekerja dengan syarikat antarabangsa yang berpengkalan di negara ini.

                Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan.  Hal ini kerana reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang tekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal majikan.  Memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seorang itu diambil bekerja.  Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif kepada kerjayanya.  Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.

                Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), setiap graduan mesti melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik.  Ciri-ciri kepimpinan ini  hanya dapat dicapai melalui penyertaan graduan dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan kerja berpasukan yang memerlukan mereka berbincang, merancang, menilai dan membuat keputusan.  Di samping itu, graduan seharusnya menguasai kemahiran berfikir secara kirits dan analitis supaya mereka dapat menyumbangkan idea-idea berkualiti yang berkait rapat dengan budaya kerja cemerlang.  Jelaslah, untuk memastikan para graduan berjaya memperoleh kerja yang diidamkan, mereka sepatutnya melakukan beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang penting, bukan sekadar memiliki akademik yang tinggi semata-mata.


Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan’ oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015



contoh jawapan yang lemah



                Petikan membincangkan persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha untuk mengurangkan masalah penggangguran.

                Antara persediaannya ialah, ialah mempunyai kemahiran interaksi sosial,(s1) serta menguasai kemahiran komunikasi berkesan (S2) iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain.  Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja. Selain itu, graduan perlu beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik.(S3)Graduan juga perlu memiliki penampilan diri yang menarik (S4) dan  perlu   melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik(S5).

Ciri-ciri kepimpinan ini  hanya dapat dicapai melalui penyertaan graduan dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan kerja berpasukan yang memerlukan mereka berbincang, merancang, menilai dan membuat keputusan

                Kesimpulannya, semua pihak mesti mengatasi masalah ini.
                                                                                                 
 [122 patah perkataan.]



Ulasan Pemeriksa


    1.    Pendahuluan = 0 markah

Pelajar mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata kunci isi   tersurat. Oleh itu pendahuluan = 0 markah.

     2. Isi tersurat = 10 markah sahaja daripada 12 markah

-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi . Sewajarnya pelajar mesti mengemukakan satu lagi isi tersurat (maksimum 6 isi)

3.     Isi tersirat = 0 markah

Pelajar gagal mengemukakan 2 isi tersirat.   Sepatutnya pelajar mengemukakan 2 isi tersirat untuk mendapat 4 markah.

4.     Kesimpulan = 0 markah

Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat berbentuk cadangan dengan ayat berbentuk harapan seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung agar/supaya. 

Kesimpulan juga tidak merujuk tema soalan iaitu graduan.

Pemarkahan untuk jawapan calon ini.

Pendahuluan   -          0 markah
Isi tersurat     -        10 markah
Isi tersirat      -          0 markah
Kesimpulan    -          0 markah

markah isi     -        10 markah
Markah bahasa            5 markah

Jumlah markah calon  15/30



contoh rumusan yang diperbaiki. Calon 2



                Rumusan membincangkan persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran. (P=2m)

                Antara persediaannya ialah, graduan harus mempunyai kemahiran interaksi sosial(S1) serta menguasai kemahiran komunikasi berkesan(S2). Graduan juga perlu beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik(S3). Selain itu, graduan juga perlu memiliki penampilan diri yang menarik(S4) dan juga perlu melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik(S5) Akhir sekali graduan perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan analitis.(S6)

                Usaha-usaha untuk mengurangkan masalah pengangguran  ialah kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dalam pelbagai bidang  (T1) . Bantuan modal juga boleh diberikan kepada usahawan untuk memulakan perniagaan.(T2)

                Kesimpulannya, graduan haruslah melakukan persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan, agar masa depan mereka akan terjamin.(K=2 m)

                                                                                              [113 patah perkataan.]

Pemarkahan

Pemarkahan untuk jawapan calon ini.
Pendahuluan   -          2 markah
Isi tersurat     -        12 markah
Isi tersirat      -          4 markah
Kesimpulan    -          2 markah

markah isi     -          20 markah
Markah bahasa         10 markah

Jumlah markah calon  30/30...tahniah dan syabas





















6 ulasan:

Unknown berkata...

Asslam . Nak Tanya cikgu saya kata antara Tak boleh guna untuk isi tersurat dia suruh ambil terus dari full ayat contoh kelebihan kelebihan . Mintak jelaskan Dan beri pendapat cikgu terima kasih

Cikgu Kalsom berkata...

Boleh guna antara. perkataan kata kuncinya jangan diganda - itu kesalahan tatabahasa

contoh:
antara kelebihan ..... ialah

NHSYAH berkata...

Cikgu, nak tanya, betul ke cara tulis mcm ni

Contoh : Antara kebaikan menjalani pemeriksaan kesihatan adalah menjamin kesejahteraan kehidupan individu dan keluarga.

Betulkah penggunaan penggunaan kata pemeri adalah dengan menjamin ? Mohon mencerahan cikgu.. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Kalau guna nak guna adalah kena ada untuk contohnya adalah untuk menjamin kesejahteraan kehidupan individu dan keluarga.Kalau nak lebih pasti sure kan dengan cikgu awak

Unknown berkata...

cg antara tu betul ke boleh guna ? sebb saya sedng konfius skrng .disekolah antara takleh guna pun

Unknown berkata...

Cg rumusan kalau buat 1 perenggan boleh ke