Kenali Ayat susunan biasa.
Subjek di depan dan predikat di belakang.
(Subjek + penerang subjek) + (predikat + penerang predikat.)
Contoh 1:
Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.
Siti Nurhaliza (subjek)
berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu. (Predikat)
* dengan kelahiran anak sulungnya itu (penerang predikat)
Contoh 2:
Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang.
Rumah yang telah usang itu (subjek)
* yang telah usang itu (penerang subjek)
telah roboh akibat angin kencang.(predikat)
* akibat angin kencang (penerang predikat)
Contoh 3:
Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.
Penduduk kampung (subjek)
menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.
* setiap tahun - keterangan masa
Ayat Songsang apabila berlaku pendepanan predikat.
Contoh 1:
Berasa bersyukur Siti Nurhaliza dengan kelahiran anak sulungnya itu.
(pendepanan sebahagian predikat)
Berasa bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza.
(Pendepanan seluruh predikat)
Contoh 2:
Telah roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu.
(pendepanan seluruh predikat.
Telah roboh rumah yang telah usang itu akibat angin kencang.
(pendepanan sebahagian predikat)
Contoh 3:
Menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung setiap tahun.
(pendepanan sebahagian predikat)
Setiap tahun, menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung
(pendepanan sebahagian predikat. - memulakan ayat dengan keterangan masa)
LATIHAN:
SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di
sungai kanak-kanak itu.
2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh
kecil kebanyakan orang Asia.
3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
Ayat songsang: belum tentu selamat
bangunan tinggi itu.
4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat
ibu Fauziah di hospital.
5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di
padang.
Ayat songsang :
Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.
6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal
pagi sungguh dingin.
Ayat songsang: Pada awal pagi,
keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.
Soalan 2:Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung
kampung itu.
(ii)
(iii)
Keropok lekor sangat popular di
Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iv)
Dedaun kering berguguran di halaman
rumah apabila angin bertiup kencang.
Jawapan:
(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung
itu.
- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak
Ahmad. -(Pendepanan keseluruhan predikat)
- Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung
kampung itu -(Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)
(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu
kerana rasanya yang enak.
-Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang
enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh predikat)
- Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana
rasanya yang enak. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur
keterangan dalam ayat)
- Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana
rasanya yang enak. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa adjektif)
(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah
apabila angin bertiup kencang.
- Di
halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan
frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)
- Berguguran
dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan
sebahagian predikat — frasa kerja)
- Berguguran
di halaman nuuah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan
seluruh predikat)
SOALAN 3:Tukarkan setiap ayat susunan
biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
(i) Syarat-syarat
pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur
sebentar tadi.
Ayat songsang: Telah
diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya
kreatif sebentar tadi.
(ii) Cenderamata
yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari
perhiasan koleksi.
Ayat songsang: Tersusun dengan
kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh
rakan-rakannya.
(iii) Sambutan
yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu
Sungguh menggalakkan
Ayat songsang: Sungguh
menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya
Hidup Sihat itu.
SOALAN 2:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di
bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Budak-budak
itu mandi di lombong.
Ayat songsang: Mandi di
lombong budak-budak itu.
(ii) Sufian
Subandoro sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit
tenat di hospital Sufian Suharto.
(iii) Cincin yang bertatahkan
berlian itu sungguh cantik
Ayat songsang: Sungguh cantik
cincin yang bertatahkan berlian itu.
(ii) Anak-anak Pak Man Toya
itu berkejar-kejaran di taman.
Ayat songsang: Berkejar-kejaran
di taman permainan anak-anak Pak Man.
(v) Keadaan
suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
Ayat songsang: Pada awal pagi
keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.
(vi) Rumah Kak Limah yang
besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu
Ayat songsang: Sejak sepuluh
tahun yang lalu rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni.
7 ulasan:
Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
Over 160 000 women and men are utilizing a simple and secret "liquids hack" to lose 1-2lbs each and every night in their sleep.
It is simple and it works with anybody.
Here's how to do it yourself:
1) Grab a drinking glass and fill it up half glass
2) Now use this proven hack
and become 1-2lbs thinner as soon as tomorrow!
Assalamualaikum, saya minta izin untuk gunakan latihan ini kepada anak murid saya. Terima kasih. Semoga kehidupan cikgu penuh keberberkatan dan rahmat dariNya.
Assalamualaikum cikgu saya share latihan ini ya. Semoga cikgu murah rezeki. Terima kasih.
Assalammualaikum cikgu ilmu yg cikgu bagi ni sangat senang difahami 😁👍🏻
assalamualaikum cikgu..saya minta izin share latihan ini dengan anak murid sy ya..terima kasih
Perseta pertandingan pidato itu sangat petah berbicara
Terbaik cg nota yg diberikan
Catat Ulasan