HALAMAN 2

Khamis, 16 April 2020

LATIHAN SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK DINARA


SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA  & LATIHAN PKP FASA  3
NOVEL DI SEBALIK DINARA



Nama:


Tingkatan :                                                                  Tarikh:  6/4/2020

Lengkapkan sinopsis novel ‘Di Sebalik Dinara’  dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai . sila gunakan font berwarna biru.

      Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor berkisar tentang seorang gadis bernama Farisha yang dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan kerana mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar iaitu (a) ____________.
      Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang dikenali sebagai (b) ____________.  Akram berusaha untuk membawa Farisha masuk ke dalam Soft Lab kerana amat memerlukan (c) ____________ Farisha untuk menyelamatkan Dinara.  Kebetulan, rakan serumah Farisha, iaitu (d) ____________ telah ditawarkan sejumlah wang RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang Dinara.
      (e) ____________ sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina.  Semasa di Soft Lab, Farisha berasa pening kepala.  Farisha berada di bawah sedar dan mampu (f) ____________ dengan Karl dalam keadaan tersebut.
      Karl telah mereka khas (g) ____________ yang tertanam di tubuh Farisha.  Keadaan ini membolehkan Karl menyalurkan (h) ____________ kepada Farisha.  Dr. Maxi berjaya menyakinkan Shida agar (i) ____________ tempat Farisha.  Dua batang jarum mudah lentur ditusukkan ke tengkuk Shida untuk tujuan bahan uji kaji.
      Azraai memberitahu bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah        (j) ____________ wanita Portugal.  Nama ayahnya pula tidak tercatat dalam fail.  Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat untuk (k) ____________ Farisha.  Hal ini demikian kerana ada pihak yang mahu mengancam keselamatan Farisha.
      Semasa Shida berada di bawah sedar, Karl terlah (l) ____________ dalam tubuh Shida.  Karl yang menjalankan uji kaji sains telah mengubahkannya menjadi imej baharu.  Alia pula memperkenalkan dirinya yang sebenar.  Dia menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl.  Nama sebenarnya ialah (m) _________
tetapi Karl telah  (n) _________ menjadi Alia.  Medina memberitahu bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah Marilyn menjadi (o) ____________.  Karl juga menjadikan Farisha sebagai bahan uji kajinya.
      Akram menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl adalah apabila Karl (p) __________ Medina semasa menjalankan uji kaji.  Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila.  Akram pula membocorkan rahsia dirinya, iaitu dia telah diberikan (q) ____________ yang baharu.  Umurnya 60 tahun bukan 30 tahun.  Nama asalnya ialah Akeem dan merupakan (r) ____________ kepada Karl.  Dia terencat akal.  Uji kaji Karl terhadap Akram berjaya.
      Tepat jam 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.      Wasiat Karl adalah agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.  Upacara  menabur abu mayat dilakukan di Port Dickson.  Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida (s) ____________ kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl.  Farisha terkesima apabila mengetahui bahawa Karl yang berkata-kata melalui (t) ____________ Shida.
(42 markah)


Pilihan Jawapan:


1.   mengungkapkan
  1. Rusmina
  2. mikrocip
  3. Secured Shell Sdn. Bhd.
  4. Soft Lab
  5. identiti
  6. Medina
  7. kepakaran
  8. Dinara
  9. Shida
  10. menyembunyikan
  11. Rusmina
  12. berada
  13. Marilyn
  14. berkomunikasi
  15. menggantikan
  16. adik
  17. pemikirannya
  18. menukarnya
  19. tubuh
  20. mensabotaj



Selamat menjawab



Semak jawapan di sini.... 


Tiada ulasan: