HALAMAN 2

Rabu, 4 Ogos 2021

LATIHAN RUMUSAN KSSM - PUNCA -PUNCA BANJIR LUMPUR DAN CARA-CARA MENGATASINYA



Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Bahan 1 – Petikan

        Bencana alam yang sering terjadi dan menghantui masyarakat kita dewasa ini ialah banjir lumpur.  Banjir teruk yang membawa lumpur bukanlah disebabkan oleh faktor semula jadi seperti hujan lebat yang berterusan dalam jangka masa yang lama semata-mata, sebaliknya diburukkan dengan aktiviti penggondolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa.  Menurut Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, masyarakat yang tinggal di kawasan mudah dilanda banjir berdepan risiko banjir teruk sepanjang tahun sekiranya aktiviti tersebut dibiarkan berterusan tanpa sistem tadahan air sebagai penampan.  Banjir lumpur boleh dielakkan jika pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal. 

        Kita tidak dapat menyangkal bahawa aspek pemodenan yang ingin dilaksanakan seperti pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya turut menyumbang kepada kejadian bencana ini.  Selain itu, tiada pemetaan dkawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan turut menyebabkan keadaan banjir lumpur bertambah teruk.  Walhal, pemetaan tersebut sangat penting untuk mengenal pasti kawasan yang tidak ada risiko banjir sebelum bertindak melakukan pembersihan kawasan.  Oleh sebab itu, agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif banjir agar masalah bencana banjir lumpur tidak berulang atau menghantui masyarakat. 

        Bencana banjir lumpur juga boleh berlaku akibat kegagalan pemilik tanah untuk menyelenggara sistem saliran dengan baik.  Kegagalan tersebut mengundang risiko banjir kilat atau banjir lumpur.  Pemilik tanah sepatutnya memastikan sistem saliran tidak tersumbat dan berfungsi dengan baik agar air hujan dapat mengalir dengan sempurna.  Kejadian banjir lumpur juga dapat dielakkan andai kata pihak berkuasa lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang.  Tamsilnya, jika mendapati syarikat konsesi atau pihak yang berkenaan tidak memiliki lessen dan menjalankan pembalakan haram, hukuman keras perlu dikenakan tanpa sebarang kompromi.

 

                (Dipetik dan diubah suai daripada Gondol Hutan Punca Banjir Makin Buruk Oleh Suzalina halid, BHarian Online, 11 Januari 2021)



Bahan 2 - Grafik

























Rumusan Set 2 - Chow Shu Ling 5ST

Pendahuluan

Rumusan membincangkan punca-punca menyebabkan banjir lumpur dan cara-cara menangani masalah banjir lumpur.

 

Bahan 1 – Petikan

Fokus 1 : Punca-punca menyebabkan banjir lumpur

1.

Faktor semula jadi.

2.

Aktiviti penggodolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa.

3.

Pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya.

4.

Tiada pemetaan kawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan.

5.

Kegagalan pemilik tanah untuk menyelenggara sistem saliran dengan baik.

 

Fokus 2 : Cara-cara menangani masalah banjir lumpur

1.

Pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.

2.

Agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitive hujan.

3.

Pemilik tanah memastikan sistem saliran tidak tersumbat dan dapat berfungsi dengan baik.

4.

Pihak berkuasa lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang.

 

Bahan 2 - Grafik

Fokus 2 : Cara-cara menangani masalah banjir lumpur

1.

Melibatkan diri dalam Program Kembalikan yang Hilang.

2.

Menyertai aktiviti penanaman semula pokok.

3.

Menghentikan aktivti penggodolan hutan.

4.

Bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar.

 

Penutup

Kesimpulannya, semua masyarakat hendaklah bekerjasama menangani masalah  banjir lumpur supaya kebajikan dan keselamatan rakyat terjamin.





Rumusan membincangkan punca-punca menyebabkan banjir lumpur dan cara-cara menangani masalah banjir lumpur.√P 2

       Antara punca menyebabkan banjir lumpur ialah aktiviti penggodolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa.√ 2 Selain itu, pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan raya.√2 Seterusnya, tiada pemetaan kawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan. √2

 

       Antara cara menangani masalah banjir lumpur ialah pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.√2 Selain itu, agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif hujan. Se√2terusnya, pihak berkuasa lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang.√2 Di samping itu, masyarakat melibatkan diri dalam Program Kembalikan yang Hilang.√2 Masyarakat juga boleh menyertai aktiviti penanaman semula pokok.√2 Tanbahan pula, masyarakat bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar.√2

 

       Kesimpulannya, semua masyarakat hendaklah bekerjasama menangani masalah  banjir lumpur supaya kebajikan dan keselamatan rakyat terjamin. √K2

 

( 123 patah perkataan )

















Tiada ulasan: