Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun
tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi.
Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu
yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam
dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.
Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf(perbezaan
pendapat) dalam masalah ini.
Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila
ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu perniakahan,
hari-hari besar dan sebagainya.
Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak
bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu yang banyak mengandungi hikmah atau
nasihat. Ada juga sesetengah lagu bersifat doa dan dakwah. Hal ini bergantung
kepada tujuan dan niatnya. Selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah
hadis yang agak panjang, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut,
mafhumnya bermaksud:
“Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada
niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa
yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)
Bagi sesiapa yang melakukannya dengan tujuan maksiat, tentu hal
itu menyebabkannya menjadi fasik dan ia DILARANG. Begitu juga sebaliknya,
apabila nyanyian itu dijadikan sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan
hal-hal terpuji, sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.
Telah berkata Imam Al-Ghazali :
“Jika disebutkannya nama Tuhan sebagai sumpah bagi
sesuatu yang tampak dan niatnya tanpa tujuan, tidak dapat dianggap berdosa,
apalagi membuat syair, nyanyian dan sebagainya”
Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarkannya, adalah
antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:
“Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi S.A.W di rumah
‘Aisyah R.A pada hari raya, ada dua jariah(hamba sahaya) sedang menyanyi,
kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan ‘Apakah layak perbuatan syaitan ini dilakukan
di hadapan Rasulullah S.A.W?’. Kemudian, Nabi S.A.W besabda, “Wahai Abu Bakar,
biarkan mereka, hari ini adalah hari besar”
Adapun sebaiknya bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang
berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Agar tidak
terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.
Semoga apa yang kita dapat, dapat sama-sama kita ‘amal dan
sampaikan. InshaAllah.
::Rujukan: Hudal Islam, Fatawa Mu’ashirah sebuah
kitab karangan As-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi
This entry was posted in Hadith
& Pedoman, Persoalan, Semasa by Qolbun Saleem.
Bookmark thepermalink.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan