NOVEL TINGKATAN 5 - KABUS DI PERBUKITAN-TEKNIK PLOT
TEKNIK PLOT
Teknik plot ialah cara-cara yang digunakan oleh peengarang cerita untuk membina plot cerita
Secara dasar teknik plot berperanan
1. Mengembangkan jalan cerita (plot)
2. Menceritakan / memperkenalkan watak dan perwatakan watak
3. Menceritakan latar cerita
Terdapat beberapa teknik plot yang sering digunakan oleh penulis dalam novel ini
1. dialog
2. monolog
3. imbas kembali
4. imbas muka
5. pemerian
6. suspens
7. kejutan
8. gambaran peristiwa serentak
1.DIALOG
Perbualan antara dua atau lebih daripada dua orang
Contoh:
“Maafkan abang. Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar. Namanya Faridah. Abang tak pernah beritahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa. Faridah tinggal bersama ibunya. Semalam dia kemalangan di Bukit Fraser, malangnya dia telah hilang.” Kamarudin menceritakan seba sedikit, dia ingin ke tempat kejadian, memastikan apa yang sebenarnya berlaku.
2. MONOLOG
Bercakap seorang diri /bercakap dalam hati
Contoh:
“Selamat tinggal Melina.” Benny berbisik perlahan yang hanya didengarinya
sendiri.
Muka suarat 214
“Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek,” bisik Melina.
Muka surat 230
3.IMBAS KEMBALI
Contoh:
Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun.
Muka surat 101
4.IMBAS MUKA
Contoh:
Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga,
menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu,
barangkali menantinya pulang.
Muka surat 12
5.PEMERIAN
Contoh:
Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Lampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga.
Muka surat 13
6.SUSPENS
Contoh:
“Saya dengar kakak orang Selangor juga,” kata Datin Aisyah memulakan perbualan.
“tentu datin tertanya-tanya,” balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga.”
“Masya-Allah, sekampung rupanya kita,” balas Datul Azrul kagum. “Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... .”
-Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.
Muka surat 205
E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya.
-Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik.
Muka surat 208
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar.
-Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya.
Muka surat 228
7.KEJUTAN
Contoh
“Mungkin sudah takdirnya di sini,” balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. “Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... .”
“Datuk kenal arwah adik saya?”
Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan.
“Tentu Faridah ingat saya juga – Azrul... .”
Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. “Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... .”
-Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah.
Muka surat 206
Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli
-Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu.
Muka surat 68
Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu
-Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser
Muka surat 73
Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking
-Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh buaya putih yang keramat.
Muka surat 83
8.GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK
Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa
Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah selama 14 tahun.
KISAH 1
Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di perpustakaan. Dia
melihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang jalan berkecai dan Rahayu
terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya melihat pucuk-pucuk kayu merimbun
kehijauan lantas menjerit meminta tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai.
Pada masa yang sama
Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal. Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya berpinar-pinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan tidak sedarkan diri.
Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama.
KISAH 2
Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk menemui Benny bagi membincangkan masa depan Melina dan Benny.
Cikgu Chom
Isnin, 27 Oktober 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Diamlah
Catat Ulasan