HALAMAN 2

Sabtu, 15 Mac 2014

Latih Tubi Cerpen Israk (SPM Nov 2013) - SET 1

SET 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab ssoalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Lebih baik daripada kau yang liar tu,”  sambung Israk membela diri sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj.
“Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar.  Akar hati abang ke sana ke mari mencari kesalahan orang.  Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong, berlagak !”  Bom radang Ghaza dilepaskannya.                              “Hii, mengapa gaduh-gaduh ni!  Adik-beradik tidak manis bertikam lidah.  Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya.  Tapi kamu berdua ni bila nak bercantum?”  Wah mula masuk campur.
 Israk dan Mikraj terpempam.
“Wah tahu, kamu berdua bertekak pasal Wah, bukan?”  Wah sedar siapa diri Wah.  Wah tinggal di kampung, rumah buruk, tapi kamu tinggal di kediaman mewah.  Setiap hari kamu lihat pencakar langit, tapi di sini cuma ada pokok yang mencakar langit.  Kamu makan yang enak-enak, tapi di sini Wah hanya makan makanan tradisional, tak sedap pada kamu.  Wah sedar Israk tidak selesa dengan kedaan seperti itu.  Wah tahu……”
Wah memandang cucu-cucunya.  Kuyu mata Wah, tapi tentu kuyu lagi jiwa dan raganya.

(dipetik daripada cerpen ‘Israk’ oleh Erda Roslan Khairi, dalam antologi Harga Remaja, DBP)

(i)   Nyatakan perbezaan-perbezaan kehidupan antara Wah 
       di kampung dengan cucu-cucunya di bandar.  [2 m]

(ii)  Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang 
       patut dilakukan oleh Israk dan Mikraj untuk meredakan 
       perselisihan faham antara mereka?                 [3 m]

(iii)Jelaskan satu perwatakan Wah yang terdapat dalam 
       petikan cerpen di atas dan satu perwatakannya yang 
      lain daripada keseluruhan cerpen itu.           [4 m]

Jawapan:

(i)   Perbezaan- perbezaan kehidupan antara Wah di kampung dan cucu-cucunya di bandar ialah rumah Wah buruk manakala rumah cucunya mewah.  Selain itu, Wah melihat pokok yang mencakar langit  manakala cucunya melihat bangunan pencakar langit.  Akhir sekali, Wah makan makanan trdisional yang tidak sedap pada cucu-cucunya.

(Nota:  Sekurang-kurangnya dua isi - mesti ada perbandingan antara kehidupan Wah dan cucunya)


(ii)   Pada pendapat saya, tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh Israk dan Mikraj untuk meredakan perselisihan faham antara mereka ialah dengan mematuhi segala nasihat Wah serta memohon maaf antara satu sama lain.  Selain itu, Mereka juga patut tinggal berasingan buat sementara waktu sehingga hati mereka berasa tenang dan perselisihan dapat diatasi.

-  ** isi lain - meminta bantuan orang lain sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka
      - bertolak ansur sesama mereka atau salah seorang mesti mengalah .
(sekurang-kurangnya 2 isi- tindakan sudah layak mendapat 3 m)

(iii)   Satu perwatakan Wah dalam petikan cerpen di atas ialah Wah seorang yang penyayang.  Contohnya Wah tidak mahu cucu-cucunya Israk dan Mikraj bergaduh sesama sendiri.
           Satu perwatakan Wah dalam keseluruhan cerpen pula ialah Wah seorang yang berani.  Contohnya Wah berani menyelamatkan cucunya Israk daripada mati lemas di dalam sungai.

***Isi-isi lain:
dalam petikan cerpen di atas
- seorang yang sensitif - Wah terasa apabila Israk dan Mikraj bergaduh 
  tentang dirinya
- seorang yang rendah diri - wah sedar dirinya tinggal di rumah buruk di 
  kampung berbanding cucunya yang tinggal di bandar

isi dalam keseluruhan cerpen
- Tabah - Wah tabah menerima kenyataan kematian suaminya
- Rajin  - Wah rajin mencari buah-buah untuk hidangan cucu-cucunya
- Bertanggungjawab -  wah bertanggungjawab menjaga cucu-cucunya
- Taat akan agama - Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai
  berkumandang
- Amanah - Wah tidak menjual tumahnya kepada pihak Majlis Daerah
  seperti yang diamanahkan ibunya.

Tiada ulasan: