HALAMAN 2

Sabtu, 7 Februari 2015

NILAI-NILAI MURNI NOVEL SEJAMBAK BAKTI (TINGKATAN 1)


Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti


Nilai amanah

Contohnya:

Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.

Nilai tolong-menolong

Contohnya:

Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat.

Nilai kerjasama

Contohnya:

Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Nilai kasih sayang

Contohnya:

Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya.

Nilai Keikhlasan

Contohnya:

Razali mengamalkan nilai keikhlasan. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat fitnah terhadapnya.  

Nilai Ketabahan

Contohnya:

Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu.

Nilai tanggungjawab

Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi.

Nilai Keprihatinan

Contohny:
Ramlah, Rozita, dan Saridevi begitu prihatin dengan kejadian yang menimpa Razali lalu bertindak melaporkan kejadian Razali yang dipukul oleh Munir, Leong, dan Silvam kepada Cikgu Zulkifli

Nilai Keinsafan

Contohnya:
Munir insaf atas segala kesalahannya setelah dijatuhi hukuman rotan di hadapan perhimpunan dan digantung persekolahannya selama seminggu.

Nilai Baik Hati

Contohnya:
Razali sanggup memaafkan segala kesalahan Munir dan membantunya dalam pelajaran.







Tiada ulasan: