HALAMAN 2

Khamis, 14 Mei 2015

MODEL KARANGAN ULALSAN PT3 - GAYA HIDUP SIHAT



Model contoh karangan ulasan

Kempen Cara Hidup Sihat akan diadakan pada 17 Mei 2014 bermula pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang.  Program  anjuran Taman Saujana Utama ini akan diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Saujana.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma darah, demonstrasi  CPR, ceramah dan pameran kesihatan.    Kempen seumpama ini penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya bersenam dan menjaga pemakanan supaya sentiasa sihat kerana kesihatan amat berharga daripada kekayaan dan wang ringgit.  Bersenam contohnya dapat mengeluarkan peluh.   Hindari makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.  Justeru semua masyarakat perlu menyokong kempen cara hidup sihat.
                                                          (100 patah perkataan)

1 ulasan:

Cuteniey berkata...

ayat yang amat bagus. terbaiklah!!!!!!!! :)