HALAMAN 2

Rabu, 6 Mac 2019

Latihan Isi tempat kosong - sinopsis novel Sejambak Bakti




SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis novel berikut. 

Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang  ­­­___(1)___ sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Seorang pelajar lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh seorang ahli lemaaga pengarah. ___(2)___ masuk ke koperasi itu dan memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada petang itu akan diadakan mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah dan membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa  ___(3)___ telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.

___(4)__ berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai Penolong Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan kawan-kawannya, Leong dan Silvam, mula ___(5)___ dengan Razali. Kemarahan Munir bertambah apabila seorang pelajar baharu sekolah mereka rapat dengan Razali. Di samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain cuba menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas. ___(6)___ akan diadakan atas dasar kebajikan dan untuk kebaikan murid-murid.

Sikap Munir yang sering tidak __(7)__ kerja sekolah, mengganggu pelajar perempuan, dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu, iaitu  ___(8)___. Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan nasihat, Munir berjanji tidak akan berbuat demikian lagi. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut menyebabkan Munir menajdi lebih marah dan menuduh Razali yang ___(9)___ perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap sebagai penghalang hasrat mereka untuk merapati ___(10)___ dan ___(11)___

Petang itu, Razali ___(12)___ oleh Munir dan rakan-rakannya. Ramlah, Swee lan, dan Saridedevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian itu ingin  ___(13)__ perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh Razali. Razali tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah tirinya. Ketika sampai di rumahnya, ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali menceritakan perlakuan Munir terhadapnya. Ayah tiri Razali iaitu ___(14)___ ternampak akan keadaan Razali lantas menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang lain.   ___(15)___ mempertahankan anaknya. Tindakannya menyebabkan Razali terasa dan ingin bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan Silvam dihukum ___(16)___ kerana membelasah Razali.

Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus ___(17)___ bersama wakil koperasi-koperasi sekolah di Malaysia di Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah membuka mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di Malaysia. Selepas dia pulang dari kursus itu, mereka mengadakan mesyuarat tentang pertandingan koperasi anjuran ___(18)___. Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi. Munir tidak mahu memberikan kerjasama dan memilih untuk ___(19)___. Walau bagaimanapun, dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli untuk melakukan tugas. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia ternampak ___(20)___ itu lalu diambilnya. Setelah itu, Munir dan rakan-rakannya merancang sesuatu bagi membalas dendam terhadap Razali. Suatu malam, koperasi telah diceroboh masuk. Kesesokan harinya, apabila koperasi dibuka, Razali mendapati kedai semua barang jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak ___(21)___ telah dicuri. Dia melaporkan kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat tetapi tiada kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam  ___(22)___ Razali yang memecah masuk koperasi kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu  ___(23)___ Razali daripada rumah tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan dan Marzuki bahawa Koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk ___(24)___ dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya, pihak sekolah telah dapat  ___(25)___, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang sama nombornya dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang  ___(26___). Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan  ___(27)___ selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan meminta maaf kepada Razali dan keluarganya.

Keputusan pertandingan Koperasi telah diumumkan. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat  __(28)__. Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat berbangga dengan kejayaan mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak Sopiah dan Pak Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan __(29)__, iaitu bapa kepada Ramlah. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau menjemput mreka ke bilik pejabatnya. Pak Ramli menceritakan hubungan mereka bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami Mak Sopiah dan  ___(30)___ kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu mencadangkan untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangkakan kejayaan koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya.

Pilihan Jawapan


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)
bermain bola
kunci koperasi
RM200
Menuduh
Cikgu Zulkifli

memeriksa beg
digantung sekolah
Johan
Pak Ramli
ayah kandung
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
Razali
Munir
Berdendam
Menyiapkan
Bilik bacaan
Cikgu Muniam
Mengadukan

Koperasi         
Menghalau
Bertanda ‘K’
Menangkap
Swee lan
Saridevi
dibelasah
Melaporkan
Mak Cik Sopiah
Pak Zakaria
rotan

1 ulasan:

tokaykantin@gmail.com berkata...

Tp byk koperasi sekolah skrg menjalankan perniagaan yg melanggar perjanjian sewa kantin sekolah dan mengetepikan undang² KPM.
Byk koperasi dgn sengaja mengajar pelajar utk berniaga secara tak sah

Rujuk blog sy
https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/kantin-sekolah.html?m=1