HALAMAN 2

Selasa, 9 April 2019

TATABAHASA - Menukar Ayat Pasif kepada Ayat Aktif


MENUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF

SISTEM BAHASA
SOALAN 3(b)
Menukar ayat pasif kepada ayat aktif
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat akti tanpa mengubah maksud asalnya (tahun 2018)
(i)          Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.(2018)
(ii)         Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.(2018)
(iii)        Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.(2018)
(iv)       Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya.
(v)         Semua murid tingkatan lima diminta oleh Cikgu Syahir untuk ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.
(vi)       Keluhan dan masalah anak-anak remaja perlu didengar oleh ibu bapa supaya mereka dapat mengatasi gangguan emosi mereka.
(vii)      Beberapa  ujian kecergasan perlu kami lepasi sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.
(viii)     Tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah .
(ix)       Semua rakyat telah diseru oleh pihak kerajaan untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
(x)         Pihak kerajaan telah menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
(xi)       Laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa telah disediakan oleh setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya.

JAWAPAN:


Analisis ayat
(i)          Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.(2018)
Subjek : Kita
Objek  :  Barangan yang penting sahaja
Kata kerja: bawa – tambah imbuhan membawa
Ayat aktif:  Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
(ii)         Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia  itu pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
(iii)        Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.
(iv)       Kakak memberitahu emak bawa adik sedang membaca buku cerita di biliknya.
(v)         Cikgu Syahir meminta semua murid tingkatan lima untuk ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.
(vi)       Ibu bapa perlu mendengar keluhan dan masalah anak-anak remaja supaya mereka dapat mengatasi gangguan emosi mereka.
(vii)      Kami perlu melepasi beberapa ujian kecergasan sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.
(viii)     Pihak sekolah akan mengenakan tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau poteng sekolah.
(ix)       Pihak kerajaan telah menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.

(x)         Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa.














1 ulasan:

Unknown berkata...

TERIMA KASIH..SANGAT MEMBANTU..MINTA IZIN AMBIL BAHAN YA.