HALAMAN 2

Rabu, 24 Julai 2019

SKEMA RUMUSAN & PEMAHAMAN SETI 1 - HEBAT SPM 2019


SKEMA JAWAPAN
Pendahuluan:

  1. Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab berlakunya kemerosotan kualiti udara di negara kita.  (2m)
  2. Rumusan membincangkan faktor-faktor berlakunya kemerosotan kualiti udara dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. (2 m)

Isi tersurat- punca-punca berlakunya kemerosotan kualiti udara
  1. Pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang perindustian
  2. Bilangan kenderaan yang semakin bertambah
  3. Pembakaran terbuka
  4. Penebangan hutan tanpa perancangan strategik
  5. Pembebasan gas klorofluorokarbon daripada alat penyaman udara
  6. Asap rokok
  7. Pembangunan yang pesat
  8. Fenomena alam

Isi tersirat: - langkah-langkah mengatasi masalah kemerosotan kualiti udara
  1. Amalan berkongsi kereta
  2. Menggunakan pengangkutan awam
  3. Mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang melakukan pembakaran terbuka/kilang yang tidak menguruskan pembebasan asap toksik
  4. Melakukan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan
  5. Mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon
Kesimpulan:
Semua pihak haruslah bekerjasama dalam memulihara kualiti udara agar dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita.





SKEMA SOALAN PEMAHAMAN – SET 1
(i)                  Maksud rangkai kata mengejar pembangunan
-      Mencapai kemajuan
-      berusaha untuk mencapai kemajuan
(ii)                 kesan-kesan kemerosotan kualiti udara kepada kesihatan
-      meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
-      melambatkan tindak balas manusia
-      menyebabkan mengantuk
-      penyakit lelah
-      memberi kesan kepada fungsi paru-paru
(iii)                pendapat tentang langkah-langkah keselamatan
-  mengurangkan sebarang aktiviti luar – untuk mengelakkan daripada terdedah dengan udara tercemar
-      banyakkan minum air kosong – mengurangkan sakit tekak
-      sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan aktiviti  luar
-      memakai penutup mulut – mengelakkan kesan udara tercemar









Tiada ulasan: