HALAMAN 2

Isnin, 17 Februari 2020

Analisis "Novel Darah Titik Di Semantan -Bab 9: Ada Ubi Ada Batas


Latar tempat – kubu di Lubuk Senggarat, Sungai Semantan, rumah pasung

Latar Masa – tengah hari, malam

Peristiwa -

-   Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu Lubuk Sengarat

-    Bambu runcing sudah siap

-    Pak Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang

-    Datuk Bahaman pula tiba di kubu itu - memikul seutas rantai besi yang panjang bersama-sama dengan Imam Perang Weh

-   Tuk Muda Bidin dan Datuk Panglima Raja mengiringi mereka - meletakkan rantai besi betul-betul di pangkal pokok merbau berdarah

-    Datuk Bahaman memegang hujung rantai itu lalu terjun ke dalam lubuk - berenang ke seberang seorang diri - mengikat rantai besi itu pada pangkal pokok jambu air di seberang sungai - berenang semula ke seberang

-    Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpulkan orang mereka untuk mengepung rumah pasung (balai polis)

-   Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang- orangnya perlu merempuh rumah pasung itu - semua mata-mata Inggeris itu perlu dibunuh dan senjata mereka perlu dirampas

-   Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh segera beredar

-   Lajis membawa berita bahawa Desborough mudik dengan lima puluh orang mata-mata Sikh - sebuah daripada perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan - ada mayat di dalam perahu itu

-   Datuk Bahaman berbisik bahawa mayat itu ialah mayat Ismail

-   Enam buah perahu yang lain sedang mudik hendak menangkap Datuk Bahaman

-   Kalau tidak dapat menangkap Datuk Bahaman hidup-hidup, mayat Datuk Bahaman hendak dibawa juga ke Kuala Semantan

-   Senja tiba - perahu yang membawa Desborough tiba

-   Perahu-perahu yang lain pun sampai

-   Perahu Desborough mula bergerak semula - apabila bahagian tengah perahu itu hampir bersetentang dengan rantai yang tenggelam di dalam air, Datuk Bahaman merentap rantai besi hingga tegang - perahu Desborough pun terbalik - Desborough dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai

-   Perahu kedua, ketiga, dan keempat juga terbalik apabila Datuk Bahaman menarik rantai besi itu

-   Datuk Bahaman memberikan perintah serang - Lajis naik ke darat lalu memukul tabuh

-   Pertarungan berlaku - berpuluh-puluh bambu runcing bertaburan menghujani tempat air berpusing di sebelah hilir

-   Beberapa orang mata-mata Sikh hilang di olak lubuk

-   Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya
mengejar musuh-musuh yang bergantung pada perahu yang terlingkup

-   Kira-kira sejam kemudian, keadaan pun sunyi semula - orang- orang Datuk Bahaman pulang ke kubu

-   Malam itu, mereka berkumpul di rumah Datuk Bahaman

-   Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan besar













1 ulasan:

Blog27999 berkata...

Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

At least 160 thousand women and men are hacking their diet with a simple and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each night while they sleep.

It's simple and works all the time.

Just follow these easy step:

1) Hold a glass and fill it half glass

2) Now do this weight loss HACK

you'll become 1-2lbs skinnier the next day!