HALAMAN 2

Selasa, 4 Ogos 2020

NOVEL SILIR DAKSINA - CONTOH DARIPADA PERWATAKAN WATAK UTAMA





   Watak Utama berperanan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. ( KBAT )


Novel yang saya pelajari ialah Novel Salir Daksina karya Nizar Parman.  Watak utama novel ini ialah Haiqal Hakimi.  Haiqal ialah anak kepada Abdullah Kayan dan Rafiqah . Novel ini telah menonjolkan perwatakan watak utama iaitu Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan.

    Antara perwatakan Haiqal Hakimi yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan ialah Haiqal seorang yang berani. Contohnya, Haiqal berani memberitahu kepada uminya tentang rancangannya ke Johor untuk menjejaki sejarah hidup ayah kandungnya selepas tamat peperiksaan STPM.  Haiqal juga berani menaiki bas ekspres seorang diri untuk ke kampung Seri Purnama di Batu Pahat   untuk menjejaki kisah silam ayah kandungnya Abdullah bin Kayan di Johor.  Sifat Haiqal ini harus dicontohi supaya kita bersikap berani menempuh cabaran dalam kehidupan demi mencapai hasrat dan cita-cita.

     Selain itu, seorang yang penyayang. Contohnya, Haiqal sangat sayang akan ayah dan ibunya kandungnya. Haiqal sanggup menjejaki ayah kandungnya yang telah meninggal atas perasaan sayang yang mendalam akan ayahnya. Situasi ini mengajar saya untuk sentiasa memberikan perasaan sayang yang mendalam terhadap keluarga supaya hubungan kekeluargaan menjadi lebih utuh.

Haiqal juga seorang yang gigih. Haiqal gigih belajar tarian zapin jincat daripada Pak cik Bakar.  Haiqal juga gigih belajar daripada Lazim di balai raya.  Kegigihan Haiqal ini memberi mengajar saya untuk sentiasa gigih berusaha untuk memastikan kejayaan dapat dicapai dalam sesuatu yang saya usahakan.

Akhir sekali, seorang yang prihatin. Contohnya, Haiqal Hakimi memujuk Ratna yang bersedih kerana mendapat tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM. Haiqal cuba untuk menenangkan hati Ratna yang sedih. Situasi ini juga harus dicontohi dalam kehidupan iaitu kita mesti  sentiasa prihatin terhadap hal sekeliling dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain.









































Tiada ulasan: