HALAMAN 2

Sabtu, 28 November 2020

LATIHAN MENULIS RUMUSAN TINGKATAN 4 KSSM 2020




Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

 

Bahan 1 – Petikan

                Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang semakin rancak.  Penggunaan dan kemahiran bahasa sangat penting dalam meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.  Tahap penguasaan pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal menjadi peneraju ekonomi negara.

                Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian manusia.  Bahasa berperanan sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.  Melalui bahasa juga seseorang individu mampu untuk memnyampaikan kehendak perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan.  Dalam sistem Pendidikan di Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.  Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara termasuklah dalam pendidikan.  Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. 

                Kebanyakan penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka.  Kepada pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka.  Proses penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar.  Anaranya melibatkan sikap dan motivasi pelajar itu sendiri terhadap bahasa Melayu.  Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari.  Sikap positif ini perlu ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan dan pengetahuan yang diteroka melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan, membuat rujukan, dan membaca pelbagai bahan.  Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu, maka pelajar tersebut akan berusaha untuk mengukuhkan dan membaiki kelemhan dalam menggunakan bahasa Melayu sabagai bahasa pertuturan.

                Sebagai kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan  bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan bukan penutur bahasa Melayu adalah amat penting.  Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

(Dipetik dan diubah  suai daripada “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Utama” oleh Jaymani Sevanathan Dewan Siswa, Bil.8/2019)

 

    Bahan 2 – Lirik Lagu

 

                                  Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakalan lah bahasa kebangsaan kita

Marilah amalkan ramai-ramai

Bahasalah menyatukan kita semua

Yakinlah bahasa jiwa bangsa.

 

Marilah mari rakyat semua

Buktikanlah taat setia dengan satu bahasa

Maju bangsa maju negara

Megahkan bahasa kita

Bahasa jiwa bangsa

Lirik dan lagu;  Dol Ramli


             

 

 

 













7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA MINTA IZIN AMBIL BAHAN INI UTK DIGUNAKAN SEMASA PDPR. TERIMA KASIH

Unknown berkata...

assalamualaikum, saya mohon guna bahan ini, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, bahan yang sangat membantu saya. saya mohon izin untuk menggunakan bahan ini semasa PdPR, terima kasih.

Unknown berkata...

Saya mohon guna bahan puan.terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya mohon guna bahan ini Cikgu. Terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya minta izin guna bahan. T.kasih

Malar SGGS berkata...

Mohon keizinan utk menggunakan Bahan ini puan