HALAMAN 2

Isnin, 26 September 2022

PEMBETULAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022- TINGKATAN 4 (RUMUSAN)



 

BAHAGIAN C: RUMUSAN

[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN 

Baca petikan dan grafik di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak..

 

  Bahan 1 -  Petikan 

           Setiap tahun, ribuan orang bergantung pada penerimaan darah dan produk darah yang disumbangkan untuk kekal hidup.  Kecederaan dan penyakit tertentu boleh menyebabkan kadar darah seseorang menurun.  Tanpa bekalan darah yang cukup, mereka tidak akan menerima oksigen yang mencukupi dalam badan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian.  Umum mengetahui bahawa menderma darah membawa 1 001 manfaat.  Malah, menderma darah bukan hanya memberi kelebihan kepada penerima tetapi juga faedah kesihatan kepada penderma, selain dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

 

           Menderma darah juga dapat mencegah hemochromatosis, iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus seperti kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology.  Melalui pendermaan darah, penderma dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.  Hal ini demikian kerana para penderma akan menjalani analisis secara percuma bagi mengetahui tahap kesihatan dan jenis darah mereka.  Penderma darah juga akan mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan.  


    Bagi seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan.  Seterusnya, menderma darah juga dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu yang seterusnya dapat membantu menjaga kesihatan anda.  Sel darah merah banyak digunakan untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah apabila berlaku pendarahan berlebihan seperti kemalangan, pembedahan atau tumpah darah semasa bersalin.  Sel darah merah juga diperlukan untuk transfusi darah secara berkala bagi pesakit talasemia, kanser, dan penyakit buah pinggang demi mengekalkan kualiti kehdiupan yang baik.

 

           Masyarakat Malaysia sebenarnya sudah mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian dari tahun ke tahun.  Namun, masih ada yang ragu-ragu untuk menderma darah sedangkan banyak manfaat kesihatan yang bakal diperoleh.  Ramai antaranya fobia dengan darah dan tidak kurang juga mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.  Keadaan tersebut berlaku akibat kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah serta persepsi terpesong masyarakat yang berfikir mereka akan dapat jangkitan penyakit HIV dan hepatitis dengan menderma darah.

 

           Tamsilnya, Pusat Darah Negara (PDN) akan terus bergiat aktif bagi menggalakkan dan memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya menderma darah.  

 

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Derma Darah yang Anda Tak Tahu, Rugi Kalau Abaikan’ Sinarplus, sinarharian.com.my, Jun 2020 



Bahan 2- Poster



ISI-ISI RUMUSAN

PENDAHULUAN -2m

 

PENDAHULUAN

MARKAH

P1

Rumusan membincangkan manfaat/kelebihan/faedah/kepentingan menderma darah dan punca-punca/faktor/sebab masyarakat tidak menderma darah.

2

 

Isi-isi – 16 m 

Fokus 1 - Baha 1 manfaat/kelebihan/faedah/kepentingan menderma darah

F1B1

A1

Dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain

2

A2

Dapat mencegah hemochromatosis iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh.

2

A3

Dapat menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus.

2

A4

Dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.

2

A5

Menjalani analisis secara percuma.

2

A6

Mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan.

2

A7

Mengurangkan berat badan.

2

A8

Dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu.

2

 

Fokus 2 – Bahan 1 

- punca-punca/faktor/sebab/alasan masyarakat tidak menderma darah.  

F2B1

B1

Fobia dengan darah

2

B2

Mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.

2

B3

Kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah.

2

B4

Persepsi terpesong masyarakat.

2

 

Fokus 2 Bahan 2 - 

punca-punca/faktor/sebab/alasan masyarakat tidak menderma darah. 

F2B2

C1

Masyarakat takut gemuk selepas menderma darah.

2

C2

Masyarakat fobia/takut melihat jarum

2

C3

Masyarakat beranggapan bahawa menderma darah akan membuatkan badan mereka lemah.

2

C4

Persepsi salah bahawa mereka sangat lemah.

2

 

KESIMPULAN – 2m

K1

Kesimpulannya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah agar lebih ramai pesakit dapat diselamatkan.

2

K2

Kesimpulannya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah.

1

 

Contoh jawapan.

 

Rumusan membincangkan kelebihan  menderma darah dan punca-punca  masyarakat tidak menderma darah.(P1)

            Antara kepentingannya ialah menderma darah dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain(A1) dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus.(A3) Seterusnya, menderma darah dapat mengurangkan berat badan (A7) dan merangsang pengeluaran sel darah baharu.(A8)  Menderma darah juga dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.(A4)

 

            Antara punca masyarakat tidak menderma darah ialah fobia dengan darah (B1) dan mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.(B2) Punca seterusnya ialah kerana kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah.(B3). Masyarakat juga fobia melihat jarum (C2) dan beranggapan bahawa menderma darah akan membuatkan badan mereka lemah.(C3).

            Kesimpulannya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah agar lebih ramai pesakit dapat diselamatkan. (K)

                                                                                    (117 patah perkataan)








Tiada ulasan: