Baca petikan
dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 –
Petikan
Selepas tamat belajar, setiap individu
mestilah mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mereka demi masa
depan. Pada masa ini, bukan mudah
mendapatkan pekerjaan jika tidak kena cara dan gayanya. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh
seorang pencari kerja terutamanya peluang kerja yang kurang berbanding minat
sesorang pencari kerja. Hal ini ditambah pula dengan kegawatan
ekonomi, dan kelulusan atau kelayakan yang tidak seiring dengan kehendak
bidang pekerjaan.
Bagaimanapun, seseorang pencari kerja
mestilah memikirkan pelbagai kaedah dan berusaha untuk mendapatkan
pekerjaan. Mereka mestilah mengetahui
jenis pekerjaan yang terdapat di pasaran.
Mereka juga mestilah menyesuaikan pekerjaan tersebut dengan kelulusan
yang dimiliki dan sepadan pula dengan syarat yang diperlukan untuk memperoleh
pekerjaan yan diingini. Di samping itu,
penyelidikan dan pencarian berkaitan pekerjaan serta organisasi yang menawarkan
pekerjaan mestilah diambil kira oleh seseorang pencari kerja. Kemudian, seseorang itu juga mesti membuat
analisis dan senarai pendek pekerjaan yang sesuai dengan minat dan
kelulusan. Sikap positif dan proaktif
dalam mencari dan menghidu peluang mestilah ada bagi seorang pencari kerja agar
senang memperoleh pekerjaan.
Setiap pencari kerja mestilah
mendapatkan pelbagai info menerusi media masa yang selalu memaparkan
iklan. Rakan-rakan yang bekerja juga
boleh dijadikan tempat untuk bertanya soal pekerjaan. Seseorang pencari kerja juga boleh pergi ke
tempat-tempat atau organisasi yang menawarkan pekerjaan bagi mendapatkan
maklumat mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Seterusnya seseorang itu perlu memastikan
bahawa pekerjaan yang dicari itu adalah pekerjaan yang diminati. Hal ini demikian, kerana minat akan menentukan
seseorang itu berpuas hati dengan kerja yang dilakukan. Seseorang itu menjadi sayang akan pekerjaan
yang dilakukan. Jika tidak berjaya, carilah pekerjaan yang ada potensi
untuk menimbulkan minat diri. Tegasnya,
pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum seseorang itu terjun ke bidang
pekerjaan. Sebelum bekerja, seseorang
tiu perlu membuat pelbagai kajian demi memperoleh pekerjaan yang menjamin masa
depan.
Dipetik dan diubah suai daripada “Tips mencari pekerjaan” Berita Harian.
TEMA : Usaha/kaedah
untuk memilih pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pencari kerja
Fokus 1 –
Fokus 2 –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan