Kepada semua pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari tahun 2014.
Cikgu berikan tugasan yang pertama untuk tahun ini..Semoga pelajar-pelajar cikgu yang comel, cerdik dan bijaksana ini dapat memahami tugasan dan menyiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
Tugasan:
a) SALIN nota Aspek Kajian Komponen sastera ini dalam buku latihan
Komsas - Antologi Kasut Kelopak Jantung
b) Tinggalkan 3 helai muka surat pertama untuk jadual senarai latihan .
tuliskankan latihan bil 1 - Aspek kajian komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas)..tarikh bergantung kepada pelajar sendiri.
c) Sila hantar buku latihan pada hari Isnin
d) Nota akan dibincangkan semasa sesi pelajaran dan pengajaran nanti.
e) Sekiranya ada pertanyaan sila tuliskan di ruangan 'komen' di bahagian bawah tugasan .
Sekian, terima kasih.
NOTA
ASPEK KAJIAN KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)
Skop Kajian Teks Sastera
1. SINOPSIS:
Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah
novel atau cereka. Ringkasan mestilah memasukkan peristiwa pada bahagaian permulaan , kemuncak dan peleraian cerita secara ringkas.
2. TEMA :
- Idea utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penulis
dalam sesebuah karya.
- Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas
tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.
- Oleh sebab itu tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah
karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.
- Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, ka.sih sayang dan sebagainya
3. PERSOALAN:
- Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya
mereka yang ada hubungannya dengan tema.
- Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.
PEMIKIRAN
- Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.
- Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.
4. Plot :
Jalinan peristiwa atau jalan cerita dalam sesebuah karya sastera yang terjadi berdasarkan hukum SEBAb dan AKIBAT. Terdiri daripada 4 peringkat :
a) eksposisi/permulaan cerita
b) perkembangan dan perumitan cerita
c) klimaks/kemuncak cerita dan
d) peleraian/penyelesaian masalah.
5. Watak :
Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau
pelakon cereka yang yang dicipta oleh seseorang pengarang.
.
6. Jenis-jenis Watak
a) Watak Utama :
Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.
b) Watak Sampingan:
Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak Utama.
c) Watak Antagonis
Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.
d) Watak Protagonis
Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam sesuatu karya.
e) Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci.
f) Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.
g) Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang dan sering berubah.
h) Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
i) Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.
7. Latar :
"Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana
sesuatu peristiwa itu berlaku.
sesuatu peristiwa itu berlaku.
8. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa
9. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi
zaman, musim dan masa.
zaman, musim dan masa.
10. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa
dalam cereka berlaku
11. Nilai Murni:
unsur-unsur bernilai baik/positif yang boleh dicontohi dalam kehidupan
12. Mesej/Pengajaran/Amanat
Unsur atau perkara yang boleh dijadikan peringatan, pedoman dan
pengajaran kepada pembac
pengajaran kepada pembac
1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca
tertanya-tanya mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.
tertanya-tanya mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.
2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.
3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/
perlahan kepada orang lain.
perlahan kepada orang lain.
4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian
seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.
seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.
5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya
dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan
dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan
6. Prolog /Prakata: Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk
seperti puisi, nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah
seorang pelakon.
seperti puisi, nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah
seorang pelakon.
7. Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh
diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun.
diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun.
8. Teknik Pemerian:Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang
suasana latar dan peristiwa yang dialami oleh watak.
suasana latar dan peristiwa yang dialami oleh watak.
9. Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalka /
membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku.
membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku.
10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat
kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.
kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.
11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa
12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
mengembangan sesuatu plot.
13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu ‘aku’
seringkali digunakan.
14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar
daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang
kerap menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.
daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang
kerap menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.
15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.
- nada melankolik ( murung/sedih )
- nada romantis ( percintaan/keindahan)
- nada protes ( tentangan/ sanggahan )
- nada sinis ( mengejek/mempersenda )
- nada patriotik (semangat kebangsaan)
1 ulasan:
Sila komen di sini sekiranya ada soalan ye. tq
Catat Ulasan