HALAMAN 2

Isnin, 18 Ogos 2014

MODEL SOALAN RAMALAN NOVEL SPM 2014 - LATAR MASYARAKAT



1.   Contoh soalan dan jawapan esei novel Kabus Di Perbukitan

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (7markah)

Model Jawapan- novel Kabus Di Perbukitan

                Novel yang telah saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan.  Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat yang penyayang.  Contohnya Faridah sangat menyayangi ibunya Salmah.  Dia tetap tinggal bersama-sama ibunya walaupun selepas dia berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.
                Selain itu terdapat juga masyarakat yang taat kepada perintah Tuhan.  Ini jelas dibuktikan dengan Faridah tetap melaksanakan perintah Alllah dengan tidak meninggalkan solat wajib dan sentiasa melaksanakan solat sunat Tahajud walaupun dia tinggal di New Zealand.
                Akhir sekali, ialah terdapat masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel ini.  Contohnya Mejar (B) Kamarudin tetap mencari anaknya Faridah yang hilang akibat kemalangan di Bukit Fraser bersama-sama rakannya Buyung walaupun pihak mencari dan menyelamat telah menghentikan operasi mencari Faridah dan anak muridnya Iqbal yang masih hilang.


2.       Contoh  jawapan esei novel Melunas Rindu


         Novel  yang telah saya pelajari ialah novel Melunas Rindu.  Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang penyayang.  Contohnya Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dan dia memberikan tanah yang dibeli daripada Awang Sojar sebagai hadiah kepada ibu bapa angkatnya itu.

        Selain itu terdapat juga masyarakat yang taat kepada perintah Tuhan.  Ini jelas dibuktikan dengan Fuad yang sentiasa solat berjemaah di surau di kampungnya Danau Seberang dan selepas waktu Maghrib dia akan belajar mengaji dengan Pak Ismail.  Dia tidak pernah meninggalkan solat walau di mana dia berada.

        Akhir sekali , terdapat masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel ini.  Contohnya Fuad bertanggungjawab dan tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.



3.       CONTOH SOALAN DUA NOVEL(PERBANDINGAN)


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (8 markah)

Contoh jawapan:

        Dua novel yang saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan dan Novel Melunas rindu.
Terdapat latar masyarakat yang penyayang dalam kedua-dua novel yang saya kaji ini.  Contohnya dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah sangat menyayangi ibunya Salmah.  Dia tetap tinggal bersama-sama ibunya walaupun selepas dia berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.  Manakala dalam novel Melunas Rindu, Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dan dia memberikan tanah yang dibeli daripada Awang Sojar sebagai hadiah kepada ibu bapa angkatnya itu.

        Selain itu terdapat masyarakat yang taat pada perintah Tuhan.  Contohnya dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah tetap melaksanakan perintah Alllah dengan tidak meninggalkan solat wajib dan sentiasa melaksanakan solat sunat Tahajud walaupun dia tinggal di New Zealand.  Manakala dalam novel Melunas Rindu pula, Fuad yang sentiasa solat berjemaah di surau di kampungnya Danau Seberang dan selepas waktu Maghrib dia akan belajar mengaji dengan Pak Ismail.  Dia tidak pernah meninggalkan solat walau di mana dia berada.


4.        CONTOH SOALAN DUA NOVEL (PERBANDINGAN)

Masyarakat yang penyayang sering dikemukakan oleh pengarang dalam novel untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni. 

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)


Contoh Jawapan:

        Dua novel yang saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan dan Novel     Melunas rindu.
Memang terdapat latar masyarakat yang penyayang.  Contohnya dalam novel Kabus Di Perbukitan,   Faridah sangat menyayangi ibunya Salmah.  Dia tetap tinggal bersama-sama ibunya walaupun selepas dia berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.  Manakala dalam novel Melunas Rindu,masyarakat penyayang digambarkan melalui watak  Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dan dia memberikan tanah yang dibeli daripada Awang Sojar sebagai hadiah kepada ibu bapa angkatnya itu.









Tiada ulasan: