HALAMAN 2

Khamis, 7 Ogos 2014

Rumusan 6 - langkah-langkah mencegah pembalakan haram dan kepentingan mengekalkan kawasan hutan


Soalan Rumusan (30 Markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah pembalakan haram dan kepentingan mengekalkan kawasan hutan.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Satu demi satu pendedahan dibongkar oleh media massa mengenai pembalakan haram bagi memenuhi kehendak pembangunan tanpa mempedulikan keselesaan habitat haiwan atau tumbesaran tumbuhan di sesuatu kawsan yang terlibat.  berikutan dengan itu, timbul beberapa persoalan, antaranya adakah berlaku kes pembalakan tanpa kebenaran di hutan simpanan?  Selain itu , apakah langkah-langkah yanbg telah diambil oleh  kerajaan untuk mencegah pembalakan haram?

       Risikan bersepadu yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa Jabatan Perhutanan dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) secara berkala telah berjaya membongkar beberapa kes pembalakan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak  bertanggungjawab.  Kes yang ditemui di Bukit Enggang, Bandar Sungai Long, Selangor misalanya ialah hasil daripada risikan yang dijalankan. Pada tahun 2010 sahaja, lima tangkapan dengan hukuman penjara selama 10 bulan dikenakan dan tiga tangkapan lagi dikenakan hukuman penjara 11 bulan terhadap mereka yang didapati bersalah.

       Kerajaan telah memperuntukkan RM150,000.00 hingga RM200,00.00 setahun menerusi Projek Pembalakan Haram Sifar kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor khususnya bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).  Pemantauan melalui udara menggunakan helikopter turut dijalankan sebagai langkah membanteras kegiatan ini. Seterusnya, diamalkan sistem Pengurusan Memilih (SMS) iaitu satu sistem pengurusan di dalam kawasan hutan asli yang diwartakan sebagai Hutan simpanan Kekal (HKS) bagi menjamin pengeluaran hasil  hutan khususnya kayu balak secara mapan iaitu mencapai tempoh matang antara 25 hingga 55 tahun.

       Sistem ini membabitkan bancian bagi menentukan had tebangan pokok yang matang di dalam kawasan HKS yang dikenal pasti mengikut had keluasan tebangan tahunan yang ditetapkan Majlis Perhutanan Negara.  Jabatan perhutanan juga menetapkan bahawa had tebangan ditentukan berasaskan dua jenis utama kayu balak iaitu damar (dipterokarpa) seperti spesies pokok cengal, meranti dan kruing serta bukan damar (bukan dipterokarpa) yang meliputi pokok merbau, kempas dan nyatuh.  Hal ini bertujuan bagi memastikan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada hutan yang ditinggalkan selepas pembalakan terdiri daripada pokok jenis damar yang menjadi identiti hutan hujan negara ini.  Bancian terhadap anak-anak pokok yang tinggal turut dilaksanakan selepas pembalakan bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk pertumbuhannya.

       Oleh sebab kegiatan pembalakan haram banyak mendatangkan kerugian kepada kehidupan kita dan ekosistem semula jadi, maka kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.  Kita tidak mahu generasi akan datang tidak dapat melihat dan menikmati keindahan flora dan fauna lantaran kesan-kesan pembalakan haram.



  (Dipetik dan diubahsuaikan daripada- Sejauh Mana Kes Pembalakan Haram Diselesaikan Tanpa Persoalan' oleh Wan Jailani Razak- Berita Harian, Mei 2011)


Soalan 2(a)  Soalan pemahaman petikan umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i)   Berikan maksud rangkai kata menjadi identiti.    [2 markah]


(ii)  Nyatakan ciri-ciri Sistem Pengurusan Memilih.  [3 markah]


(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif pembalakan haram terhadap alam sekitar?
[4 markah]


Rujuk di sini  -  SKEMA JAWAPAN

Tiada ulasan: