PERIBAHASA PT3...!
SENARAI PERIBAHASA YANG
TERDAPAT DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3
BIL
|
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
|
MAKNA
|
1
|
Air beriak tanda tak
dalam
|
Banyak bercakap tanda tiada
berilmu.
|
2
|
Alang-alang berminyak biar licin
|
Berbuat sesuatu jangan kepalang
tanggung.
|
3
|
Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan
|
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu,
biarlah diperoleh hasil daripadanya. (negatif)
|
4
|
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di
air mati kehausan
|
Sangat menderita kesusahan meskipun
bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di
negara yang kaya dan makmur.
|
5
|
Bagai air mencari
jenisnya
|
Berusaha untuk mencari ilmu dengan
tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
|
6
|
Bagai ayam disambar
helang
|
Mati tanpa sakit / hilang
tiba-tiba.
|
7
|
Bagai cendawan tumbuh selepas
hujan
|
Terlalu banyak pada sesuatu
masa.
|
8
|
Bagai cincin dengan
permata
|
Pasangan yang
sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama
cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
|
9
|
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup
segan mati tidak mahu
|
Hidup dalam
kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak
dimakan orang.
|
10
|
Bagai layang-layang putus
tali
|
Tiada berpedoman. @ sudah putus
harapan,bergantung pada nasib sahaja.
|
11
|
Bagai menatang minyak yang
penuh
|
Memelihara anak dengan penuh kasih
sayang.
|
12
|
Bagai minyak dengan
air
|
Orang baik kalau duduk dengan orang
jahat tidak akan menjadi jahat.
|
13
|
Bagai murai dicabut
ekor
|
Orang yang suka bercakap.
Perempuan yang suka bercakap
banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas
3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.
|
14
|
Bagai pucuk
dilancarkan
|
Amat
cepat.
|
15
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
bagaimana contoh begitulah gubahannya
|
Perangai anak biasanya mengikut orang
yang mengasuhnya.
|
16
|
Baik membawa resmi padi daripada resmi
lalang
|
Tidak sombong; rendah
diri.
|
17
|
Belayar sambil memapan, merapat sambil
belayar
|
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga
maksud tercapai.
|
18
|
Belum duduk sudah
berlunjur
|
Belum memperoleh sesuatu yang
dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
|
19
|
Berat mata memandang berat lagi bahu
memikul
|
Betapa berat kita melihat kesusahan
yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.
|
20
|
Berjagung-jagung dahulu sementara padi
masak
|
Sementara menunggu apa yang baik,
lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
|
21
|
Biar jatuh terletak, jangan jatuh
terhempas
|
Lebih baik menarik diri terlebih
dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
|
22
|
Biar mati anak jangan mati
adat
|
Adat yang tidak boleh
dilanggar.
|
23
|
Biar putih tulang jangan putih
mata
|
Lebih baik mati daripada menanggung
malu.
|
24
|
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan
bercantum juga
|
Perselisihan faham antara saudara-mara
dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik
semula.
|
25
|
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi
berkarat
|
Orang berilmu yang berdiam diri lebih
baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
|
26
|
Diibaratkan sebagai condong ditumpil,
lemah dianduh
|
Memberi pertolongan kepada orang-orang
di dalam kesusahan.
|
27
|
Dimana ada kemahuan, disitu ada
jalan
|
Seseorang yang bercita-cita tinggi
akan berusaha untuk mencapainya.
|
28
|
Genggam bara api biar sampai jadi
arang
|
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
29
|
Harimau mati meninggalkan belang;
manusia mati meninggalkan nama
|
Orang baik meninggalkan nama baik,
orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana
jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
|
30
|
Hendak belajar berenang dapatkan itik,
hendak belajar memanjat dapatkan tupai
|
Hendak mengetahui sesuatu perkara
bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara
itu.
|
31
|
Hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih
|
Setiap yang berkemahuan, tentu ada
jalan.
|
32
|
Ibarat burung, mata terlepas badan
terkurung
|
Tidak ada kebebasan atau
kemerdekaan.
|
33
|
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun,
jika tidak dibakar tidak akan berbau
|
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada
orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu
sahaja.
|
34
|
Kalau tak berada-ada tak akan tempua
bersarang rendah
|
Tentu ada sebab yang tersembunyi
menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan
kesan.
|
35
|
Kalau tiada rotan akar pun
berguna
|
Sesuatu perkara yang dihajatkan
sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
|
36
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya
|
Kita tidak akan mendapat hasil jika
tidak berusaha.
|
37
|
Kalau tidak kerana angin tidak akan
pokok bergoyang
|
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada
sebab-sebabnya.
|
38
|
Perempuan serasan, lelaki
pemalu
|
Pegangan hidup yang tidak
serupa.
|
39
|
Sebagai gembala diberi
keris
|
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak
berguna.
|
40
|
Sekali membuka pura, dua tiga hilang
berbayar
|
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga
maksud tercapai.
|
41
|
Semacam besar pacak daripada
tiang
|
Belanja lebih besar daripada
pendapatan.
|
42
|
Seperti air dalam
dulang
|
Negeri yang aman
sentosa.
|
43
|
Seperti api di dalam
sekam
|
Kejahatan yang dilakukan secara
diam-diam atau tanpa disedari
|
44
|
Seperti aur dengan
tebing
|
Dua orang yang berkawan rapat dan
saling membantu
|
45
|
Seperti aur ditarik
songsang
|
Pekerjaan atau perkara yang sukar
diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
|
46
|
Seperti embun dihujung
rumput
|
Tidak kekal / masa yang
singkat.
|
47
|
Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
|
Orang yang menyembunyikan
kelebihannya.
|
48
|
Seperti hujan jatuh ke
pasir
|
Nasihat yang tidak dihargai atau
sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
|
49
|
Seperti lintah menghisap
darah
|
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu
dengan cara lemah lembut.
|
50
|
Seperti lipas
kudung
|
Selalu bergerak dengan
cepat.
|
51
|
Ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya
|
Orang besar yang merendahkan diri
tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul
dengan orang kebanyakan, namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang
bisanya.
|
52
|
Yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran
|
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan
hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah
dimiliki.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan