HALAMAN 2

Jumaat, 1 April 2016

WATAK UTAMA NOVEL SEJAMBAK BAKTI




Watak Utama
RAZALI

















-  Razali ialah anak kepada Mak Sopiah
-  anak tiri kepada Pak Zakaria.
-  pelajar tingkatan 5
-  Penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah,
   Sekolah Menengah Teknik Pertanian Sri Kayangan.

- seorang yang bertanggungjawab
  Contoh:  Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasinya dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya.  Akhirnya sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam pertandingan koperasi peringkat daerah.

. Seorang yang rajin  belajar.
Contohnya:   Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.

- seorang yang suka menolong.
Contohnya dia telah membantu Munif yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi peperiksaan SPM

. Seorang yang hormat kepada ibunya.
Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

 -  Seorang yang pemaaf
. Misalnya  Razali sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnah Razali mencuri wang koperasi sekolah, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya.

 -  Seorang yang tabah.
Contohnya :  Razali sentiasa tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang ditimbulkan oleh Munir yang cemburu dengan kejayaan Razali dan hubungan mesranya dengan Ramlah.



Tiada ulasan: