HALAMAN 2

Isnin, 12 Ogos 2019

PEMANTAPAN TATABAHASA - AYAT SUSUNAN BIASA & AYAT SONGSANG

Kenali Ayat susunan biasa.
Subjek di depan dan predikat di belakang.

(Subjek + penerang subjek) + (predikat + penerang predikat.)

Contoh 1:

Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.

Siti Nurhaliza (subjek)
berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu. (Predikat)

* dengan kelahiran anak sulungnya itu (penerang predikat)


Contoh 2:

Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang.

Rumah yang telah usang itu (subjek)
* yang telah usang itu (penerang subjek)

telah roboh akibat angin kencang.(predikat)
* akibat angin kencang (penerang predikat)

Contoh 3:

Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.

Penduduk kampung (subjek)

menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.
* setiap tahun - keterangan masa 


Ayat Songsang apabila berlaku pendepanan predikat.

Contoh 1:

Berasa bersyukur Siti Nurhaliza dengan kelahiran anak sulungnya itu.
(pendepanan sebahagian predikat)

Berasa bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza.
(Pendepanan seluruh predikat)


Contoh 2:

Telah roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu.
(pendepanan seluruh predikat.

Telah roboh rumah yang telah usang itu akibat angin kencang.
(pendepanan sebahagian predikat)


Contoh 3:

Menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung setiap tahun.
(pendepanan sebahagian predikat)


Setiap tahun, menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung
(pendepanan sebahagian predikat.  - memulakan ayat dengan keterangan masa)


LATIHAN:

SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa  di bawah kepada  ayat susunan songsang  tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di sungai kanak-kanak itu.

2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
Ayat songsang: belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital.

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang. 
Ayat songsang : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

Ayat songsang: Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

Soalan 2:Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)                  Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
(ii)                  
(iii)                Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iv)               Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

Jawapan:

(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad. -(Pendepanan keseluruhan predikat)

 - Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu -(Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)

(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

-Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh predikat)

- Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana rasanya yang enak. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

- Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa adjektif)

(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

-        Di halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

-        Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)


-        Berguguran di halaman nuuah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan seluruh predikat)


SOALAN 3:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)      Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.

Ayat songsang: Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif sebentar tadi.

(ii)          Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi.

Ayat songsang: Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

(iii)      Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup  Sihat itu Sungguh menggalakkan

Ayat songsang: Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu.

SOALAN 2:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)        Budak-budak itu mandi di lombong.
Ayat songsang: Mandi di lombong budak-budak itu.


(ii)    Sufian Subandoro sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat di hospital Sufian Suharto.

      (iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik
Ayat songsang: Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.

       (ii) Anak-anak Pak Man Toya  itu berkejar-kejaran di taman.
Ayat songsang: Berkejar-kejaran di taman permainan anak-anak Pak Man.

(v)     Keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
Ayat songsang: Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.


(vi)  Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu


Ayat songsang: Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni.



















7 ulasan:

عبده العمراوى berkata...




شركة كشف تسربات المياه ببقيق
شركة تنظيف كنب بالنعيرية

Blogger berkata...

Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

Over 160 000 women and men are utilizing a simple and secret "liquids hack" to lose 1-2lbs each and every night in their sleep.

It is simple and it works with anybody.

Here's how to do it yourself:

1) Grab a drinking glass and fill it up half glass

2) Now use this proven hack

and become 1-2lbs thinner as soon as tomorrow!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya minta izin untuk gunakan latihan ini kepada anak murid saya. Terima kasih. Semoga kehidupan cikgu penuh keberberkatan dan rahmat dariNya.

hidayah z berkata...

Assalamualaikum cikgu saya share latihan ini ya. Semoga cikgu murah rezeki. Terima kasih.

Unknown berkata...

Assalammualaikum cikgu ilmu yg cikgu bagi ni sangat senang difahami 😁👍🏻

hannah berkata...

assalamualaikum cikgu..saya minta izin share latihan ini dengan anak murid sy ya..terima kasih

Unknown berkata...

Perseta pertandingan pidato itu sangat petah berbicara